Sebut sahaja bab diet atau mahu menurunkan berat badan, berlambak tip dan saranan yang diberikan baik oleh persendirian mahupun menerusi bacaan di internet serta buku. Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.

Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis sakit. Antaranya termasuklah untuk menurunkan berat badan.

Wanita Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan Dalam Masa 20 Hari Dengan Habbatussauda

Sebenarnya, di dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin

dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. kalau anda nak turunkan berat badan atau mengalami masalah kesihatan seperti selsema atau batuk, boleh cuba petua ini hasil perkongsian dari Sumaiyah Abdullah.

RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA

Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat. Bahan-bahannya adalah: 2 sudu besar habatussauda, 1 jug air, 1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan) Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.

Cara-caranya : 

IKLAN

1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.

2- Esok paginya, korang rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.

3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.

4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.

5- Kacau rata. Dan taraaa. Dah siap. Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri. Amalkan sehari sekali sebelum sarapan. Kalau korang nak tahu,

IKLAN

Dalam habatussauda ni terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. That’s why la ia berkesan untuk menurunkan berat badan. Kandungan saponin dalam habatussauda ni juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan.

Jadi, badan akan terasa ringaaan je. Tak de mengah-mengah lagi. Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum. Selamat mencuba.

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

Sumber : Sumaiyah Abdullah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI