Hidup dalam alam rumah tangga pasti ada ujiannya. Ujian itulah yang membentuk diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur, selain merapatkan diri kita kepada Allah SWT. Sentiasalah bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup kita sebaliknya mohonlah agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi sesuatu ujian dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, janganlah kecewa dan mencela. Cikgu Shaini Razali berkongsi beberapa tip dan zikir yang boleh isteri amalkan sekiranya diberi ujian berdepan dengan suami yang macam-macam perangai. Sekurang-kurangnya perkongsian wanita ini mengajar isteri untuk reda menghadapi masalah dengan hati yang lebih tenang.

Macamana cara isteri nak redha dengan sikap suami yang “macam2” ?

Redha atau sabar ni cakap memang senang tapi realitinya tak semua orang mampu sebab redha ni hanya akan datang pada HATI YANG TENANG.

Cukup tenang ke hati kita sekarang ni hinggakan keredhaan bisa singgah?

Macamana nak pastikan hati sentiasa dalam keadaan tenang ?

IKLAN

FOLLOW TIPS INI
===============

PERTAMA, dengan cara ELAK BUAT DOSA

Caranya : jaga lidah, jaga pandangan, jaga pendengaran daripada melakukan dosa dan paling penting bagi wanita, jaga aurat.

KEDUA, banyakkan amalan supaya pahala kita lebih banyak daripada dosa. Lagi kurang dosa, lagi mudah hati nak jadi tenang.

▪️Banyakkan ngaji.
Awal2 ni, boleh lazimkan baca surah pilihan, misalnya..
Lepas Subuh – Yasin
Lepas Asar atau Maghrib – Ar Rahman/Al Waqiah
Lepas Isyak – Al Mulk/As Sajdah

Nanti boleh tambah bacaan. Mengaji untuk khatam, baca 10 muka sehari semasa bangun untuk solat malam. Dengan cara ini kita akan khatam 1x setiap 2 bulan.

IKLAN

▪️Banyakkan sedekah
Utamakan keluarga terdekat
Kerap belanja makan pada kawan-kawan
Bersedekah selepas subuh jangan lupa

▪️Banyakkan tolong orang
Sentiasa cari peluang untuk membantu kerana ia adalah asbab dosa kita diampunkan dan urusan dipermudahkan.

▪️Istiqomah solat dhuha
Paling sedikit buatlah 2 rakaat kerana fadhilatnya kita akan sentiasa diberi rasa rajin beribadah.

IKLAN

Sebaiknya 6 rakaat supaya segala urusan kita pada hari tersebut dipermudahkan

▪️Istiqomah qiamullail
Qiamullail adalah apa2 saja amalan pada malam hari (biasanya bermula jam 2 pagi hingga sebelum subuh) yang mendatangkan pahala cth solat sunat, mengaji, berzikir, menulis tazkirah dll. Tak semestinya kita buat semua sekali dalam 1 malam. Buat ikut kemampuan.

KETIGA, banyakkan zikir. Sekurang-kurangnya 1000 zikir sehari. Buatlah hingga malam bagi wanita yang haid tapi pada hari-hari biasa, sebaiknya buat hingga asar sb malam nanti kita nak fokus untuk mengaji pula.

Contoh zikir
▪️100 laa ila haillalah wahdahu laa syarikalah…kullisyai in qodir.
▪️100 subhanallahiwabihamdihi
▪️100 zikir fatimah (subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar)
▪️40 zikir nabi yunus (La ila ha illa anta, subha naka inni, kuntu minazzhoolimin)
▪️40 La hawlawala quwwata illa billah (baca lebih lagi baik)
▪️6-7 zikir dpd mathurat. Pilih mana2 zikir. Dibaca 3x setiap zikir yang dipilih. Sila rujuk mathurat. Baca lebih lagi baik.
▪️100 selawat
▪️500 istighfar

Makin kurang dosa, makin hati jadi tenang dan makin kita boleh redha dengan apa juga masalah.

Lama mana nak buat untuk nampak hasilnya ?

Apa kata sis cuba dulu buat dalam 3 hari. Pastu cakap dengan kshaini hati tu tenang ke tak?

-CikguShainiRazali-

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI