Hidup dalam alam rumah tangga pasti ada ujiannya. Ujian itulah yang membentuk diri kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur, selain merapatkan diri kita kepada Allah SWT. Sentiasalah bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup kita sebaliknya mohonlah agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi sesuatu ujian dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, janganlah kecewa dan mencela. Cikgu Shaini Razali berkongsi beberapa tip dan zikir yang boleh isteri amalkan sekiranya diberi ujian berdepan dengan suami yang macam-macam perangai. Sekurang-kurangnya perkongsian wanita ini mengajar isteri untuk reda menghadapi masalah dengan hati yang lebih tenang.
Macamana cara isteri nak redha dengan sikap suami yang “macam2” ?
Redha atau sabar ni cakap memang senang tapi realitinya tak semua orang mampu sebab redha ni hanya akan datang pada HATI YANG TENANG.
Cukup tenang ke hati kita sekarang ni hinggakan keredhaan bisa singgah?
IKLAN
Macamana nak pastikan hati sentiasa dalam keadaan tenang ?
FOLLOW TIPS INI
===============
PERTAMA, dengan cara ELAK BUAT DOSA
Caranya : jaga lidah, jaga pandangan, jaga pendengaran daripada melakukan dosa dan paling penting bagi wanita, jaga aurat.
KEDUA, banyakkan amalan supaya pahala kita lebih banyak daripada dosa. Lagi kurang dosa, lagi mudah hati nak jadi tenang.
▪️Banyakkan ngaji. Awal2 ni, boleh lazimkan baca surah pilihan, misalnya.. Lepas Subuh – Yasin Lepas Asar atau Maghrib – Ar Rahman/Al Waqiah Lepas Isyak – Al Mulk/As Sajdah
Nanti boleh tambah bacaan. Mengaji untuk khatam, baca 10 muka sehari semasa bangun untuk solat malam. Dengan cara ini kita akan khatam 1x setiap 2 bulan.
IKLAN
▪️Banyakkan sedekah Utamakan keluarga terdekat Kerap belanja makan pada kawan-kawan Bersedekah selepas subuh jangan lupa
▪️Banyakkan tolong orang Sentiasa cari peluang untuk membantu kerana ia adalah asbab dosa kita diampunkan dan urusan dipermudahkan.
▪️Istiqomah solat dhuha Paling sedikit buatlah 2 rakaat kerana fadhilatnya kita akan sentiasa diberi rasa rajin beribadah.
IKLAN
Sebaiknya 6 rakaat supaya segala urusan kita pada hari tersebut dipermudahkan
▪️Istiqomah qiamullail Qiamullail adalah apa2 saja amalan pada malam hari (biasanya bermula jam 2 pagi hingga sebelum subuh) yang mendatangkan pahala cth solat sunat, mengaji, berzikir, menulis tazkirah dll. Tak semestinya kita buat semua sekali dalam 1 malam. Buat ikut kemampuan.
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
KETIGA, banyakkan zikir. Sekurang-kurangnya 1000 zikir sehari. Buatlah hingga malam bagi wanita yang haid tapi pada hari-hari biasa, sebaiknya buat hingga asar sb malam nanti kita nak fokus untuk mengaji pula.
Contoh zikir ▪️100 laa ila haillalah wahdahu laa syarikalah…kullisyai in qodir. ▪️100 subhanallahiwabihamdihi ▪️100 zikir fatimah (subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar) ▪️40 zikir nabi yunus (La ila ha illa anta, subha naka inni, kuntu minazzhoolimin) ▪️40 La hawlawala quwwata illa billah (baca lebih lagi baik) ▪️6-7 zikir dpd mathurat. Pilih mana2 zikir. Dibaca 3x setiap zikir yang dipilih. Sila rujuk mathurat. Baca lebih lagi baik. ▪️100 selawat ▪️500 istighfar
Makin kurang dosa, makin hati jadi tenang dan makin kita boleh redha dengan apa juga masalah.
Lama mana nak buat untuk nampak hasilnya ?
Apa kata sis cuba dulu buat dalam 3 hari. Pastu cakap dengan kshaini hati tu tenang ke tak?
Orang dah kahwin je akan rasa dan mengalami saat-saat ini. Saat tinggal Rm10 dalam dompet walhal lagi seminggu nak gaji. Cari lauk paling jimat sekali nak makan sebab takut duit tak cukup bila bayar. Inilah dia asam garam perkahwinan. Kerana kita bukan kahwin dengan anak kaya yang hidupnya tersedia semua benda.Tapi realiti ini menjadikan kita suami isteri lebih menghargai antara satu sama lain. Baca perkongsian lelaki bernama Amir Syahir ini.
Bila dah beberapa tahun berkahwin, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Kehidupan semakin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Kredit: Tangkap Pictures
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Kalau dulu gaji RM1600 hidup sorang cukup-cukup makan je. Ketika kahwin, gaji RM1600 cukup pula nak sara anak orang. Tup tup, bini bunting pelamin pula. Memang kahwin itu membawa bersamanya berkat.
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit.
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Jangan kau ingat bila dah kahwin, terus nak senang. Tu dalam drama petang-petang je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
sekadar gambar hiasan
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
Untuk mengumpul wang demi mendirikan rumah tangga sememangnya satu agak sukar. Apatah lagi jika anda mempunyai gaji yang kecil dan cukup-cukup makan. Ia memerlukan masa untuk mengumpul wang tersebut.
Antara jalan mudah dan cepat untuk berkahwin tentunya dengan membuat pinjaman bank. Bukan setakat buat majlis kahwin, anda boleh honeymoon ke luar negara menggunakan duit tersebut. Tak perlu susah-susah nak simpan duit dan ikat perut.
Perkara ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana kehidupan selepas berkahwin memerlukan lebih banyak wang berbanding majlis perkahwinan itu sendiri.
Jika anda berhutang, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah-masalah ini selepas berkahwin nanti:
1. Semakin besar hutang, semakin terbeban
Ramai yang tidak sedar atau mereka sebenarnya tidak ambil peduli tentang hal ini. Apabila anda membuat pinjaman yang besar, ia akan membebankan diri anda. Mana tidaknya, anda perlu membayar hutang serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Sukar untuk anda lari dari bebanan ini. Jika anda melengahkan bayaran, semakin tinggi beban yang terpaksa ditanggung.
2. Ambil masa yang lama untuk selesaikan
Nak pinjam duit untuk majlis perkahwinan tidak cukup hanya seribu atau dua ribu. Tentunya anda akan meminjam belasan atau puluhan ribu. Tentu anda tidak mampu selesaikan dalam dua atau tiga bulan. Paling tidak, anak dah 3 pun hutang masih belum selesai.
3. Tambah hutang makin kurang keselesaan rumah
Anda pasti akan terbeban dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, perkahwinan, rumah dan banyak lagi. Pastinya keadaan ini buat anda tidak selesa dan keadaan di rumah terabai. Mana tidaknya, wang yang sepatutnya digunakan untuk memberi keselesaan di rumah perlu digunakan untuk membayar hutang.
4. Perlu tunda keinginan dan kemahuan
Apabila berhutang, anda perlu bersedia banyak perkara. Keinginan dan kemahuan anda juga terpaksa disekat. Anda tidak boleh membeli barangan idaman anda.
5. Punca salah faham dan perbalahan
Bila anda tertekan dengan bebanan hutang, secara tidak langsung ia akan menyebabkan terjadinya perbalahan antara anda dan pasangan. Tekanan itu terpaksa anda tanggung seorang diri.
Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka yang keras terutama suami, anak-anak dan orang tersayang adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. serta berdoa semoga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha).
.
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.
KAEDAH PERTAMA
Mengikut aturannya, bacalah
Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21
Maksudnya : “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”
Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.
Maksudnya :
“Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.”
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid” “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
.
KAEDAH KEDUA
Kaedah dengan cara zikir dan doa pelembut hati .
Zikir dan Doa Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati isterinya menjadi lembut.
Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir ”
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .
Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak 7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)
Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Hembus dimuka suami dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.
(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)
{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada perubahan dan kesannya.}
KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)
Maksudnya: “Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan.”
KAEDAH KELIMA
Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :
“Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :
“Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran.”
.
KAEDAH KEENAM
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19′
Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
.
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman, sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
“Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku.”
Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
“Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku”
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)
Sahabat yang dimuliakan
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.
Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita..