
Siapa tidak sedih, orang yang kita sayangi yang berjanji untuk bersama kita suatu hari nanti meninggalkan kita.
Seorang wanita Indonesia yang telah kehilangan tunangnya bulan lepas dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 tetap meneruskannya ‘perkahwinannya’ bersendirian demi memenuhi hasrat terakhir pasangannya.
Intan Syari, 26 tahun, seorang petugas hospital telah mengupah penyelenggara majlis bernama “Adiela” dan menetapkan pada 11 Nov sebagai hari perkahwinan mereka, menurut laporan The Straits Times/Asia News Network.
Tunang Intan, Rio Nanda Pratma yang merupakan seorang doktor perubatan adalah antara 189 penumpang Lion Air yang terhempas 13 minit selepas berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.
Rio dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang selepas menghadiri persidangan di Jakarta.
Gambar Intan yang melangsungkan ‘perkahwinannya pada 11 November memaparkan beliau memakai gaun pengantin dan tudung putih sambil memegang mawar putih kini viral di media sosial di Indonesia.
Salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan Intan sedang mempamerkan cincin perkahwinannya ke arah kamera.
“Terdapat kesedihan yang tidak dapat saya pamerkan, namun saya harus tersenyum untuk awak dan saya tidak akan bersedih dan harus kuat seperti yang selalu dipesan oleh awak,” kata Intan, sebagai dipetik berkata dalam media sosialnya.
“Walaupun anda tidak berada di sebelah saya, tetapi adikmu tetap berada di sisi saya untuk memenuhi hasrat terakhir anda yang paling indah dan saya tahu awak gembira di sana,” kata Intan.
Rio merupakan seorang doktor perubatan di Hospital Bakti Timah, Pangkal Pinang.
“Dia seorang yang baik dan sentiasa mahu membantu pesakit. Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa di dunia, tiada yang kekal,” kata Intan.
Tragedi Lion Air merupakan antara insiden penerbangan terburuk Indonesia sejak pesawat Garuda Indonesia terhempas di Medan pada tahun 2017 yang mengorbankan 234 penumpang.
Sumber: Astro Awani
Ada Lelaki Tak Tunjuk Tahap Sayang Masa Bercinta, Tapi Dah Jadi Suami Dia Layan Isteri Bak Permaisuri!

Tanyalah pada sesiapa pun tentu mereka ada impian nak dapatkan pasangan yang perfect. Kalau dapat, satu bonus tapi kalau tak dapat jangan bimbang kerana tak mustahil lepas kahwin pasangan akan beri layan kepada anda bak raja atau permaisuri.
Betapa beruntungnya Noor Fathin Azlan apabila miliki pasangan yang menjadi dambaan setiap wanita. Bersyukurlah dengan apa yang ada (pasangan) kerana setiap pasangan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Jadi hargailah dia!
Dulu masa kami bercinta, punyalah rasa annoying gila dekat dia. Bila nak jumpa dia, kena naik train dari Bukit Angkasa turun dekat Kepong Sentral sebab dia duk Damansara. Bila keluar naik kereta, kongsi duit tol atau minyak kereta sama-sama. Punyalah kedekut. Makan pulak selalu dekat gerai paling lekeh. Menu paling sedap yang aku selalu makan nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan milo ais tapi kalau rasa berani sikit cuba order tomyam campur. Bab makan selalunya dia belanja. Tapi takde istilah lepak cafe hipster.
Kalau pergi temankan dia shopping, memang betul-betul aku temankan. Dia takkan tanya, nak baju nak seluar ke tak? Jangan harap dia akan tanya. Pernah sekali aku berhutang duit sebab nak bayar sewa rumah, eh alih-alih dia tuntut balik sebab hutang katanya. Dan banyak lagi.
Mesti orang akan pelik kenapa aku masih terima dia jadi suami. Aku masih ingat lagi dia pernah cakap selagi aku tak jadi isteri dia, dia takkan layan aku selayaknya seorang isteri dapat. Dia akan layan aku tahap paling biasa-biasa. So, aku nak tengok betul tak apa yang dia cakap, jadi aku kahwin dengan dia. Bukan sebab aku berani mengambil risiko, tapi aku dah nampak sesuatu dalam diri dia selain rajin bekerja tetapi sangat berkira dengan perempuan yang bukan isteri dia.
Lepas kahwin, haaaaa tudiaa. Apa aku nak, dia sediakan semuanya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya berjenama. Pernah dia hadiahkan jam G-Shock berharga RM450 sebab aku cakap cantik je padahal seumur hidup aku, aku tak pernah pakai jam. Pantang aku usha-usha barang, mesti dia akan belikan. Pantang aku cakap nak makan itu ini, dia mesti akan belikan walaupun jauh. Pantang bagi dia apa saja yang aku nak, dia pasti akan tunaikan. Kadang kalau keluar shopping, kalau aku tak tahu nak beli apa-apa, dia akan marah aku balik sebab dia cakap aku mengada.
Sebab kenapa? Sebab aku dah jadi isteri dia. Aku tanggungan dia sekarang. Itulah tugas seorang suami, hidup untuk membahagiakan isteri.
Ada sesetengah lelaki, dia tak tunjuk tahap sayang dia masa bercinta, tunggulah bila dah jadi suami isteri, insyaallah dia akan layan bak pemaisuri.
Kepada perempuan-perempuan di luar sana, sudah-sudahlah berangan nak pasangan yang perfect macam Hafiz Mahamad, nak relationship goals dsb. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap pasangan ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Hargailah!
Bukanlah Semua Lelaki Nampak ‘Alim’ Itu Ciri Suami Pembimbing Ke Syurga!

Seorang wanita berkongsi satu kisah di mana dia sering diganggu dan diminati oleh guru kelas agama di kawasan rumahnya. Memandangkan dia merupakan pelajar paling muda dan belum berkahwin, guru yang digelar ustaz itu didakwa ingin mengambil kesempatan terhadapnya. Lebih mengejutkan, ustaz tersebut sudah mempunyai isteri.
Saya bukanlah seorang wanita yang begitu gorgeous atau hot. Saya biasa-biasa saja. Siapa yang kenal saya dan pernah jumpa depan-depan, tahulah. Tapi, saya pernah diuji dengan hadirnya seorang Ustaz yang begitu mengambil berat tentang diri saya. Kisahnya bermula apabila saya mula menghadiri kelas Tajwid bertahap yang dianjurkan oleh Ustaz tersebut. Kelasnya agak popular di tempat saya tinggal. Dalam keadaan saya baru sahaja tamat pengajian di sebuah politeknik ketika itu, maka saya turut sertai kelas Tajwid tersebut.
Memang saya yang paling muda. Dan sayalah satu-satunya yang masih belum berkahwin ketika itu. Walaupun saya baru sahaja sertai kelas tersebut, sayalah yang paling menonjol. Dek kerana saya selalu mendapat markah penuh bagi ujian Tajwid bertulis yang diadakan di dalam kelas. Bukanlah niat saya untuk menonjolkan diri, tapi ketika itu saya jawab soalan ujian berdasarkan apa yang saya telah pelajari.
Namun, saya tak sangka, saya menjadi perhatian Ustaz. Saban hari, Ustaz semakin mengambil berat tentang keadaan diri saya. Semakin kerap Ustaz hantar WhatsApp malam-malam. Hampir setiap hari Ustaz WhatsApp saya dengan soalan-soalan yang tak penting. Husna dah makan? Husna, kamu dah nak tidur ke? Husna, saya tengah free.
.
Datang meminang
Awalnya, saya anggap biasa, walaupun saya memang balas ala kadar. Sampailah suatu masa, saya perasan yang Ustaz akan mesej saya setiap kali pukul 11 malam. Saya mula syak sesuatu, maka saya tanya, hanya untuk memancing kepastian. Ustaz sekarang ada kat mana? Saya baru habis mengajar. Masih di tempat mengajar. Kenapa?balas ustaz di dalam mesej tersebut. Tepat! Sangkaan saya tepat! Ustaz akan rajin mesej saya ketika dia bukan berada di rumah, bukan berada berdekatan dengan isterinya.
Lama kelamaan, Ustaz kemudiannya berani bertanya di mana saya tinggal, alamat rumah saya dan seumpamanya. Saya tanya kembali, untuk apa Ustaz nak tahu? Manalah tahu ada orang nak datang meminang kamu nanti”, katanya. Saya tak anggap itu suatu gurauan. Apatahlagi sejak dua menjak ketika itu, Ustaz kerap menceritakan perihal anak-anaknya umur sekian sekian, bersekolah di tempat sekian sekian, dan semakin kerap bertanyakan hal-hal peribadi saya. Pernah dia bertanyakan pendapat saya tentang poligami. Lantas apa saya buat?
Saya berhenti hadirkan diri ke kelasnya. Ustaz call saya, berkali-kali, tapi saya tak angkat. Saya mengelak. Cukuplah. Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan menghargai harga diri wanita lain, saya memilih untuk tak melayan. Saya cuba meletakkan diri saya di tempat isterinya. Luluhnya hati jika isterinya dapat tahu dia sibuk bermesej dengan wanita lain pada waktu malam, siang dan tak kira waktu. Hancurnya hati jika isterinya dapat tahu dia sibuk-sibuk mengambil berat tentang wanita lain ketika isterinya tidak di depan mata. Saya cut off terus. Terus tak munculkan diri di hadapan Ustaz dan langsung tak layan mesej-mesejnya.
Banyak Tawaran Diberikan
Dan sesetengah lelaki juga, lebih sibuk memikirkan sunnah poligami sampai lupa sunnah monogami. Lupakah kalian bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menduakan Khadijah r.a sepanjang hidup Baginda? Lupakah kalian duhai lelaki, Rasulullah s.a.w hanya berpoligami hanya selepas kewafatan Khadijah r.a itupun atas perintah Allah s.w.t, bukan kerana nafsu semata? Lupakah kalian?
.
Jangan layan dan lebih berperikemanusiaan
Perkara yang paling membangkitkan emosi saya adalah apabila ada segelintir lelaki yang hanya fokus pada sunnah poligami hanya untuk menghalalkan perbuatan cubaan curang mereka. Dengan mudah, si suami biarkan perasaannya beralih arah. Andai ditanya, pastinya akan dijawab, Perasaan ini tiba-tiba ada. Tidak. Sama sekali tidak. Perasaan itu tidak akan ada dengan tiba-tiba. Melainkan telah dibuka ruang untuknya. Ya, ada melayan. Kalau melayan, apa jadi? Kamu buka ruang dan jalan untuk perasaan itu wujud.
Bila sudah melayan walaupun hanya sedikit, maka perasaan itu akan timbul sedikit demi sedikit sehinggalah menular sampai ke tahap mabuk kepayang, walaupun ketika itu kamu sudah ada isteri di depan mata dan melayani dirimu sehabis baik yang boleh si isteri laksanakan. Mata dan nafsu yang liar, tidak akan pernah merasa cukup. Dan ingat, syaitan itu licik! Jadi buat wanita di luar sana, sekiranya anda diuji dengan kehadiran suami orang yang menunjukkan minatnya terhadap diri anda, JANGAN LAYAN.
Cut off terus conversation tersebut apabila semakin melalut, walaupun dia adalah seorang ustaz. Sentiasa letakkan diri kita di tempat orang lain, supaya kita lebih berperikemanusiaan untuk tak mengkhianati perasaan orang lain. Benarlah kata-kata yang pernah berbunyi, “Kesetiaan wanita teruji apabila lelaki tidak memiliki apa-apa.
Kesetiaan lelaki teruji apabila dia telah miliki segalanya.”
Semoga Allah bantu kita untuk sentiasa merasa cukup dengan pasangan yang kita ada sekarang, sentiasa nampak kelebihannya biarpun ada kekurangan, sentiasa bersyukur dan sentiasa setia dengannya sampai hujung nyawa, sampailah ke syurga-Nya. Allahumma aamiin.
Sumber: Husna Layyinah
Tak Pernah Lewatkan Solat, Hubungan Cinta Suami Isteri Mampu Kekal Ke Akhirnya

Ramai pasangan suami isteri tak ambil pusing besarnya kuasa SOLAT dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang dah kerap kali berkongsi perihal solat dalam ceramahnya baik di Youtube, Facebook mahupun Instagram.
Mulalah cari macam-macam formula nak pikat kembali hati pasangan. Formula yang mak ayah motivator Ustaz Ebit Lew ini pegang mudah saja ‘solat awal waktu’. Sebab kata-kata itulah yang dituturkan oleh arwah emaknya sebelum pergi menghadap Ilahi. Bacalah sampai habis, nanti pasangan suami isteri akan jumpa rahsia membina rumah tangga bahagia bersama pasangan anda.
Walau Sakit InsyaAllah Ayah Solat
Ramai pasangan suami isteri tak ambil pusing besarnya kuasa SOLAT dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang dah kerap kali berkongsi perihal solat dalam ceramahnya baik di Youtube, Facebook mahupun Instagram.
Mulalah cari macam-macam formula nak pikat kembali hati pasangan. Formula yang mak ayah motivator Ustaz Ebit Lew ini pegang mudah saja ‘solat awal waktu’. Sebab kata-kata itulah yang dituturkan oleh arwah emaknya sebelum pergi menghadap Ilahi. Bacalah sampai habis, nanti pasangan suami isteri akan jumpa rahsia membina rumah tangga bahagia bersama pasangan anda.
Walau Sakit InsyaAllah Ayah Solat
“Maafkan mak tak dapat masak dan layan ayah setiap hari kerana mak dah nak pergi. Kalau ayah nak jumpa mak dalam syurga jaga terus jaga solat awal waktu. Dia minta ayah saya baca fatihah.. dia nak dengar.”
Sedih bila hari ini tengok orang mengadu. Suami sibuk dengan telefon setiap hari. Tak peduli keluarga. Pandang pun tak mahu. Balik lewat. Sampai rumah main handphone. Tak ambil tahu hal isteri dan anak-anak. Duduk lepas tu keluar balik 2 ke 3 pagi setiap hari.
Dengan orang luar baik. Dengan keluarga kasar sangat. Muka tak nak senyum. Tak pernah ajak keluarga solat atau baca Al-Quran. Doa sama-sama pun tak pernah.
Pohon doakan ayah mertua saya dan ayah saya yang sakit waktu ini.
Terima kasih tak terhingga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang membantu merawat ayah saya dan ayah mertua saya. Semua kakitangan Hospital Selayang, Hospital Muadzam Shah, Hospital Tentera, Hospital Ampang, Klinik Medivron yang semuanya sangat baik.
Pasti Allah balas dengan sebaik-baiknya. Terima kasih. Allah tambah rezeki dan kebaikan sampai syurga buat semua doktor dan kakitangan hospital yang baik.
Terima kasih adik beradik dan ipar yang menjaga ayah dan ayah mertua. Allah sayang semua.
Ini Pula Kisah Ayah Mertua Ustaz Ebit Lew
Ayah mertua saya seorang yang sentiasa bercinta dengan mak mertua saya.
Syukur Allah hadiahkan mertua yang setiap kali jumpa saya sentiasa mendoakan saya. Juga seperti ayah sendiri. Sangat baik. Ya Allah. Sifat ayah mertua buat saya malu. Penuh kelembutan dan cinta.
Ayah mertua tercinta. Berdua ke surau dan majlis ilmu semenjak 50 tahun lalu…subhanallah. Jadi imam. Suka menolong orang. Sentiasa cakap terima kasih. Saya malu rasa. Saya yang patut 24 jam cakap terima kasih sebab beri anaknya yang baik, solehah dan menawan.
Terima Kasih Allah
Terima kasih kerana Allah hadiahkan rasa cinta ini.
Diberi mak ayah dan mak ayah mertua yang sentiasa memberi contoh kisah cinta kerana Allah.
malam tadi tengah malam dia kata ayah doakan program keluarga sunnah sabtu ini jadi asbab hidayah. Kita buat apapun minta asbab orang bukan Islam dapat Islam.
Doakan ayah dapat datang katanya. Itulah doa buat hati ini makin semangat buat dakwah.