Nak cari jodoh ni, bukan macam nak cari baju. Senang je. Pilih-pilih, bila sesuai terus bayar. Nak mengenali seseorang pun ambil masa. Nak kena tetapkan matlamat,buat pilihan dan bersedia hadapi risiko dalam berumahtangga pula. Patutlah, bila ditanya pada kaum lelaki wanita macam mana yang jadi pilihan, jawapannya mudah je. Yang kerja kerajaan!
Dulu-dulu, semua orang berkejar-kejar nak jadi kakitangan kerajaan. Mak ayah pun dari awal dah pesan pada anak-anak, pilih kerjaya yang ada jaminan masa depan iaitu dengan bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Mana yang bertuah, dapatlah makbulkan cita-cita mak ayah. Tapi mana yang kecundang, mereka pasang ‘strategi’ baharu.
Yang dah ‘selamat’ bernikah dengan kakitangan kerajaan ni,dah boleh tarik nafas lega. Tengoklah sekarang ni, yang terjamin pekerjaannya pun adalah kakitangan kerajaan. Tak risau sangat kena buang kerja, kena potong gaji pun tidaklah sampai separuh dan banyak lagi kelebihan orang kerajaan ni.
Begitulah perkongsian yang dicoretkan dalam Facebook Maryam Elyas. Dari kaca mata seorang lelaki mengenai wanita yang menjadi pilihan.
************************************************************************
Dulu, masa CikYam masih lagi seorang wartawan, CikYam selalu kena outstation.
Paling dekat outstation ke Port Dickson. Paling jauh pernah dihantar bertugas ke Korea Selatan. Banyak destinasi kat dalam negara ni pernah CikYam diarahkan pergi. Luar negara pun jugak.
Bila outstation ni, banyak la masa nak sembang dengan geng wartawan dan fotografer. Hubungan kami walau tak rapat sangat tapi kalau kat tempat tugasan, kami selesa nak sembang sesama.
Pernah masa tu CikYam kat Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. CikYam kat sana tiga hari, dua malam. Masa tu memang ramai wartawan dan fotogtafer yang dibawak ke sana. Kami naik bas.
Chalet kami sederet. Satu chalet dua orang. Tiap malam, sebelum tido, orang chalet sebelah, kiri kanan akan lepak depan chalet CikYam sebab kebetulan depan bilik CikYam tu ada meja dan kerusi. CikYam sebilik dengan wartawan dari Harian Metro. Sambil lepak, minum kopi dengan makan jajan.
Ada satu topik hangat kami borak malam tu. Kami berenam. Empat pompuan dan dua lelaki. Tiga daripada kami wartawan dan tiga lagi fotografer.
Topik kami, kalau nak kahwin, apa kriteria yang dijadikan keutamaan.
Kami yang pompuan ni kemain la pilih lelaki beriman la, bertanggungjawab la, ensem la. Paling penting bukan anak emak. Haha.
Tapi kami berempat agak terkejut dengan jawapan fotografer lelaki. Korang tau tak apa kriteria yang orang lelaki pilih kalau nak kahwin? Ini jawapan daripada lelaki sendiri tau. Nak tau apa jawapannya?
Diorang kalau nak kahwin, diorang akan pilih pompuan yang kerja kerajaan. Itu kriteria utama. Tak kisah kerja apa, gred apa, yang penting kerja kerajaan. Kalau gred 41 ke atas, tu lagi bagus. Maknanya kerja kerajaan dengan gaji degree. Haaa gitu.
Salah sorang fotografer tu mengakui tengah bercinta dengan dua pompuan. Sorang kerja cikgu dan sorang lagi kerja kat firma guaman swasta. Dan dia dalam proses nak putuskan hubungan dengan yang kerja kat firma guaman tu. Malah mak dia sendiri pun galakkan dia kahwin dengan cikgu tu.
So, CikYam tanya la kenapa pilih cikgu tu? Dia kata stabil dari segi kewangan, takkan peningkan dia.
Perghhhh. Sampai macam tu kriteria yang dipilih. Kestabilan kewangan bakal isteri sangat penting sebab lelaki malas nak pening-pening fikir bab duit. Maksudnya, dia nak isteri ada duit sendiri supaya dia tak terlalu terbeban nak tanggung kos rumahtangga.
Fotografer tu kata, dia kerja swasta. Dia pun tak tahu sampai bila organisasi media tempat dia kerja tu dapat bertahan. Kalau bakal isteri kerja kerajaan, at least masa depan mereka terjamin. Perghhhh, masin mulut fotografer tu. Sekarang zaman kovit ni memang ramai orang media kena buang kerja.
Masa kami sembang malam tu, cuma sorang pompuan dah kahwin. Lagi tiga orang belum kahwin termasuklah CikYam. Masih bujang time tu. Masa tu CikYam fikir, patutlah aku masih bujang, sebab aku kerja swasta. Kahkahkah!
Ermmmm, tapi masa ni, CikYam tak fikir sangat pun pasal kahwin. Masih hoyeh-hoyeh seronok kerja sana sini buat liputan.
“Orang pompuan ni pilih calon suami yang menyenangkan hati. Patut la pompuan mudah terjerat dengan ayat power. Orang lelaki ni nampak je huha-huha tapi panjang betul pemikiran untuk pilih calon isteri, kan?” fikir CikYam sebelum tidur malam tu. Sambil fikir sambil garu kaki yang gatal-gatal kena gigit pacat masa kat selut siang tadi.
Nota CikYam:
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Memang ramai yang berfikiran macam ni. Tak salah pun. Jodoh itu rahsia Allah. Andainya memang Allah nak jodohkan dengan kakitangan kerajaan, maka terbinalah rumahtangga yang diidamkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI