
Lelaki, amat sukar untuk menangis berbanding perempuan. Itu memang fitrah kejadian Tuhan. Lelaki, jiwanya lebih keras manakala perempuan pula jiwanya lebih lembut dan mudah rapuh.
Apabila seorang lelaki tidak menangis, bukanlah beerti dia tidak simpati dan tidak punya perasaan, tapi sebenarnya dia sedang menahan. Menahan air matanya daripada gugur bercucuran. Walau sekuat mana hati dan jiwa seorang lelaki, pada suatu saat dan ketika, air matanya akan mengalir jua.
Kehilangan orang yang dicintai
Insan yang dicintai bukan hanya bermaksud kekasih semata-mata, malah ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai. Ianya mungkin boleh dikaitkan dengan kematian orang yang mereka cintai.
Berjaya membanggakan ibu bapa mereka
Dalam menggenggam sesuatu kejayaan, ternyata mereka berjaya dalam membahagiakan ibu bapa mereka dengan kejayaan yang mereka peroleh. Akhirnya, mengalir air mata berharga mereka apabila menyaksikan kedua orang tua mereka tersenyum.
Sedih melihat orang yang rapat sengsara
Ianya dapat dikaitkan apabila adik beradik mereka sendiri sedang ditimpa musibah atau dugaan. Sama ada dari segi masalah kewangan, kesakitan, atau sebaliknya. Mereka mudah menjadi lemah lantas mengalirlah air mata mereka.
Telah mengecewakan seseorang
Lelaki boleh mengalirkan air mata sekiranya mereka telah mengecewakan seseorang, walaupun lelaki sudah dikenali dengan hati yang macho, namun apabila mereka mengecewakan seseorang, mereka juga mempunyai perasaan seperti insan lain, tetap berasa bersalah dengan apa yang terjadi, lalu gugurlah air mata mereka.
Selesai melafazkan akad nikah
Bagi setiap lelaki, saat untuk melafazkan akad nikah adalah perkara yang paling mereka takuti. Masa itu lah semua benda nak rasa, takut, sedih, risau, berdebar-debar. Namun setelah selesai melafazkan, sudah pasti mereka akan rasa cukup tersentuh lalu mengalir air mata hero mereka. Perkara yang selama ini ditakuti akhirnya sudah selesai.
Media Sosial Hanya Tunjuk Yang Paling Best, Tapi Hakikatnya…

Masalah dalam perkahwinan boleh berlaku berpunca daripada keganasan fizikal seperti ketika seorang mempunyai kecenderungan memukul pasangan untuk tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, satu lagi bentuk penderaan yang ada dalam hubungan jangka panjang ini adalah penderaan emosi atau pembulian emosi.
Apa itu penderaan emosi?
Mungkin dengan memberi contoh penderaan emosi akan lebih jelas menjelaskan definisinya. Bayangkan anda tidak pernah merasa selesa menghadapi pasangan anda. Apa yang anda rasa apabila perlu berdepan si dia adalah kebimbangan dan juga ketakutan.
Anda merasakan apa yang keluar dari mulut pasangan akan memakan diri dan akhirnya anda akan berusaha untuk menggembirakan pasangan anda. Anda tidak perlu mengalami gangguan emosi, tetapi hanya dengan dikutuk, diancam, dikritik, diintimidasi, dipermalukan dan dimanipulasi sepanjang tempoh tertentu. Kemudian, anda telah didera secara emosi.
.
Motif
Ketika dalam penderaan perhubungan, ada pendera dan yang didera. Apa yang membuatkan seseorang menjadi pendera? Terdapat beberapa sebab tingkah laku berubah. Seseorang yang membesar di bawah persekitaran buli daripada ibu bapa cenderung untuk belajar daripada mereka sifat yang kasar.
Dia mungkin lebih percaya kepercayaan palsu dalam perkahwinan dan wanita secara umum. Di samping itu, kekurangan model yang sesuai sejak zaman kanak-kanak boleh menyumbang kepada perkembangan tingkah laku tersebut. Ia bukan untuk mendapatkan bentuk fizikal.
Sebagai contoh, suami sebagai pendera. Selalunya, apa yang dia lakukan dipanggil sebagai penderaan emosi secara emosional kepada isteri adalah mementingkan diri sendiri kerana dia hanya melihat sesuatu perkara daripada perspektifnya dan dia membuat penolakan untuk cuba berada di tempat isterinya. Satu lagi istilah untuk menggambarkan orang itu adalah rujuk sendiri (self-referenced).
Kita boleh mempertimbangkan ini seolah-olah seseorang rujuk sendiri kepada anda, dia boleh memberikan anda sesuatu tanpa mengakui keperluan sebenar anda. Kemudian jika anda menolak, dia bertindak seolah-olah dia telah terluka. Maksudnya, tidak semua pembuli memanipulasi tujuan atau berorientasikan diri. Kadang-kadang, mereka hanya mahu kita bahagia tetapi ketidakmampuan mereka untuk melihat perkara yang kita lakukan boleh menghasilkan sesuatu yang tidak diingini.
Sebenarnya, tidak banyak yang kita boleh lakukan selepas mengetahui kita dalam keadaan pembulian emosi. Walaubagaimana pun, menyedari perkara tersebut masih lebih baik daripada kehilangan diri anda dalam kemurungan yang disebabkan oleh penderaan mental.
Hubungan yang sihat dibina atas kepercayaan, empati dan sokongan antara satu sama lain. Sekiranya anda menyedari bahawa hubungan anda menimbulkan penderaan emosi, terapi dapat membantu menyelamatkan perkahwinan anda. Jika tidak, apa yang boleh anda lakukan ialah menjadi kuat dan cuba untuk berbincang masalah dengan pasangan anda dengan cara yang terbaik.
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
OLEH : Farah Aziz
Bila Dah Jadi Suami, Memanglah Kena Hadap Stres Urus Rumah Tangga Pula

Bila isteri mulai stres atau didalam tekanan, tak kiralah atas urusan ditempat kerja mahupun urusan rumahtangga suami patut rasa susah hati.Suami kena ambil berat bila isteri menunjukkan tanda-tanda nak stres. Bukan apa, bahaya bila isteri mulai stress ni, kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kesihatan dan kecantikan dalaman mahupun luaran seorang isteri. Para suami mohon take note!
Jom baca perkongsian ilmu daripada Doktor Taufiq Razif ini;
Stress buat kerja rumah ni bukan tekanan yang direka reka ataupun sebab isteri kita manja. Bukan! Ianya satu tekanan yang emosi yang sangat mendera kalau pasangan kita jenis tak memahami dan tak membantu.
Saya pernah terduduk rebah bila terpaksa jadi surirumah masa isteri saya berpantang anak pertama dulu. Stress menguruskan rumahtangga ni tak ramai suami yang sanggup tahan!
Sampai sekarang saya faham kalau isteri saya mengadu kepenatan jaga anak sebab saya dah rasainya sendiri dulu. Tu yang saya kadang-kadang bagi je peluang isteri ber-‘me time’ dengan hobi menanam orkid kesayangannya tu.
Buat la apa pun sayang, asalkan kurang stres tu!
Kenapa saya tak nak isteri saya stres?
Saya tahu efek stress ataupun tekanan emosi ni akan memakan diri pasangan kita secara fizikal dan juga mental. Kalau tak percaya cuba tengok efek stres ataupun tekanan emosi ni pada pasangan kita sendiri.
1. Haid Jadi Tak Teratur
Perasan tak kadang-kadang haid si dia jadi tak teratur dan kacau bilau? Mungkin isteri kita tengah stress la tu! Ikut kajian, stress yang akut ataupun kronik boleh membuatkan hormon tubuh menjadi tak stabil.
2. Rambut Gugur
Stress pada emosi dan psikologi boleh membuatkan rambut beransur ansur masuk ke fasa keguguran. Stress pada tahap tertentu boleh menyebabkan isteri kita mengalami Tellogen Effluvium! Stress melampau ni akan menyebabkan folikel rambut masuk kepada fasa berehat. Dalam beberapa bulan kemudian, rambut boleh tiba-tiba je gugur waktu menyikat dan waktu tengah mandi!
3. Jerawat Naik
Stress ataupun tekanan emosi memang akan meningkatkan hormon cortisol dalam tubuh badan pasangan kita. Hormon ni la nanti yang akan menyebabkan kalenjar minyak pada wajah si dia merembeskan lebih banyak minyak. Tanpa sedar, wajah isteri kita jadi makin berminyak dan penuh jerawat!
4. Cepat Gemuk
Bila isteri gemuk je kita salahkan diorang kan? Padahal mungkin isteri kita naik berat badannya sebab tengah menahan stress yang melampau!
– Hormon cortisol yang keluar ketika isteri kita tengah stress menyebabkan metabolisma badan jadi makin menurun! Bukan tu je, stress yang melampau juga boleh menyebabkan selera makan bertambah dan juga “sugar cravings ”.
5. Kurang Subur
Kajian terkini mengatakan wanita yang tinggi enzim alpha-amylase mempunyai kesukaran untuk mengandung. Lebih mengejutkan lagi, enzim alpha-amylase tu dikaitkan dengan stress! Wanita yang mempunyai enzim ni pada kitaran haidnya dalam jumlah yang tinggi akan 12% lebih kurang peluang untuk hamil dibandingkan dengan wanita lain!
Ni la kenapa saya tak nak isteri saya stress sangat. Saya tahu kalau betul la saya nak isteri saya cantik dan sihat luaran dan dalamannya saya kena pastikan tahap stress isteri saya berada dalam keadaan yang terkawal.
Hidup rumahtangga mana la yang tak stress kan? Tapi sekurang-kurangnya kita sebagai suami ni la yang kena ringankan bebanan tekanan tu bersama-sama isteri kan. Baru la orang kata ‘ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ‘ dan bukannya ‘ awak yang pikul, awak yang jinjing ‘.
Tolong ajar dan sebarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing ye. InsyaAllah rumahtangga yang harmoni datang daripada pasangan yang memahami.
Patutlah Ramai Lelaki Bujang Terkejar-Kejar Nak Kahwin Dengan Janda

Janda bermakna wanita yang tidak bersuami lagi, mungkin kerana telah bercerai dan kerana ditinggal mati oleh suaminya. Sayangnya, budaya ketimuran memberi kesan negatif kepada janda daripada duda. Kaum janda seringkali diletakkan sebagai wanita pada posisi yang rendah, lemah, tidak berdaya dan memerlukan belas kasih sehingga dalam keadaan sosial budaya seringkali wujud ketidakadilan.
Sebahagian besar lelaki ingin berkahwin dengan wanita bujang. Malah status lelaki sebagai duda pun masih akan mensasarkan wanita bujang. Adakah perlu nikah dengan bujang? Tentu tidak!
Wanita yang menyandang status sebagai janda pun masih layak untuk dinikahi. Baik oleh duda atau lelaki yang belum pernah berkahwin sebelum ini. Berikut 7 kelebihan jika menikahi seorang janda.
Banyak tahu tentang hubungan
Seorang wanita yang menyandang status sebagai seorang janda memang tahu lebih banyak tentang seorang lelaki, tentang hubungan lelaki dan wanita. Sekurang-kurangnya dia telah mempunyai pengalaman yang cukup.
Tidak hanya itu, wanita seperti ini boleh memahami dunia ba*tin seorang lelaki, sehingga dia faham betul apa yang harus dilakukan dan tidak perlu dilakukan. Hal ini tentu akan membantu seorang lelaki memiliki perasaan tenang dalam menjalani hubungan asma*ranya.
Janda tidak banyak menuntut
Seorang janda yang telah mempunyai anak akan cenderung tidak ingin banyak bermimpi tentang hubungan. Ertinya dia sama sekali tidak memerlukan seorang yang romantis, penuh dengan kata manja, drama, dan lain sebagainya. Dia mungkin telah banyak bermimpi di perkahwinan pertamanya. Dia tidak akan banyak menuntut saat menjalani hubungan dengan anda.
Dia akan ‘Memanusiakan’ anda
Pengalaman masa lalunya mungkin telah banyak mendidik tentang apa yang harus diberikan pada suami dan bagaimana dia membuat seorang lelaki benar-benar memainkan peranannya di rumah tangga. Hal ini akan dapat dilihat pada kebebasan dan ruang yang cukup untuk anda menjadi seorang suami yang semestinya. Terlebih lagi dia akan mengajarkan banyak pelajaran hidup dalam membina rumah tangga.
Selain itu, peranan seorang isteri bagi dia akan lebih sempurna lagi. Sebab tentunya dia tidak ingin gagal untuk kali kedua dalam menjadi seorang isteri. Bukankah itu menarik?
Memiliki pengalaman membesarkan anak
Membesarkan seorang anak jelas bukan mudah. Perlu pengalaman, kesabaran, dan ketelitian. Bagi seorang ibu tunggal, membesarkan seorang anak bukan perkara mudah. Namun pengalaman akan mendewasakan dia dan akan membuatnya lebih enjoy lagi ketika melahirkan anak kedua bersama anda.
Janda tidak manja
Biasanya, watak seseorang memang sedikit banyak dibentuk oleh keadaan. Seorang ibu tunggal mampu melakukan pelbagai perkara sendirian. Pergi kemana pun sendiri tanda ditemani oleh sesiapa.
Yang menjadi titik penting bagi anda adalah dia boleh mengurus dirinya sendiri ketika anda meninggalkannya untuk bekerja. Anda tidak perlu bimbang kerana dia tidak akan manja dan menyusahkan anda.
Dia tahu apa erti kebahagiaan dalam rumah tangga
Ketika seorang wanita memutuskan bercerai dari perkahwinan pertamanya, tentu tidak mudah. Biasanya hal itu dicetuskan oleh kurangnya kebahagiaan dalam rumah tangga. Tentu dia akan sangat menghargai itu ketika berkahwin untuk kali kedua dengan anda. Dia akan sangat mengutamakan keharmonian rumah tangga, peranan seorang isteri yang baik, serta tidak akan banyak pertengkaran di dalam rumah.
Ini akan menjadi titik untuk anda yang mahukan rumah tangga yang harmoni. Dia sudah cukup mengetahui selok-belok dan liku-liku rumah tangga.

Tidak mudah cemburu
Dia tahu, dia sedar bahawa dirinya seorang janda yang sudah mempunyai anak. Namun anda malah memilih dia untuk dijadikan pendamping hidup. Dia akan menilai anda sebagai lelaki yang tidak semata-mata melihat wanita dari fizikal.