Rasanya terlalu banyak kes dimana suami digoda oleh orang ketiga dan akhirnya mengakibatkan keruntuhan rumahtangga yang sudah lama dibina.
Apa punca sebenar mereka bertindak begitu? Bagi sesetengah wanita, lelaki yang sudah berumahtangga lebih romantik dan juga lebih stabil berbanding lelaki bujang.
Mereka sepertinya lebih seronok menganggu keharmonian rumahtangga orang lain dan merasa bangga apabila lebih diharga dan dicintai. Mereka tidak kisah perasaan isteri dan anak-anak lelaki tersebut, malah tidak kisah dihina dan dimaki kerana perbuatan terkutuk itu.
Sememangnya lelaki yang mampu dari segi duit dan baik dalam agamanya mampu berkahwin lebih dari seorang, namun sesetengah cara yang tidak sesuai itu membuatkan isteri berang apabila mahu dimadukan dengan suami berlaku curang.
Akibat kecurangan itu selalunya bukan kerana dimulakan oleh lelaki, tetapi kerana digoda oleh wanita yang sengaja untuk menguji kesetiaan suami terhadap isteri. Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, kedua-duanya harus dipersalahkan.
Wanita yang suka melihat kehancuran orang lain boleh dikatakan sebagai seorang yang sakit jiwa. Jiwanya sentiasa terasa kosong dan sentiasa rasa iri hati dengan kebahagaiaan orang lain. Penyakit hati ini sukar diubati melainkan dekatkan diri dengan Allah s.w.t dan sentiasa muhasabah diri.
Mereka juga kesepian dan mahukan lebih perhatian, dengan menganggu rumahtangga orang dan menjadi punca keruntuhan kebahagian orang lain, dia merasa bangga dan rasa lebih dihargai.
Jadilah seorang wanita yang memahami perasaan wanita yang lain. Jangan terlalu ego dan tinggi diri. Apa yang dilakukan pada hari ini, jika kita menjatuhkan orang lain pada hari ini, tidak mustahil perkara yang sama akan terjadi pada diri anda dikemudian hari kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI