
Ramai lelaki diluar sana suka pada wanita yang bertubuh genit atau rendah. Jadi buat anda yang boleh dikatakan kecil dan comel ni, jom lihat sebab utama lelaki suka pada wanita yang lebih rendah.
1. Tetap comel
Tak dinafikan wanita rendah ini comel dan kelihatan awet muda. Walaupun umur dah masuk 30an tetap nampak seperti sweet 18.
2. Mudah nak pilih pakaian
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh ‘shopping’ kat area pakaian kanak-kanak (yang ni kena ambil saiz kanak-kanak yang paling besar).
3. Kekal dengan pasangan
Kajian mengatakan orang rendah ni akan setia pada cintanya.
4. Jimat masa
Suami boleh kongsi cermin untuk bersiap, tak perlu la nak tunggu turn kan?
5. Boleh pakai kasut tumit tinggi
Wanita yang tinggi tidak digalakkan pakai ‘high heels’? sebab nanti terlebih tinggi dari suami pula kan. Perempuan rendah tak ada masalah, boleh pakai ‘high heels’ dengan yakinnya.
6. Senang nak dukung
Mereka ni ringan, jadi kalau dia merajuk suami boleh terus dukung saja.
7. Sangat ‘awesome’ untuk dipeluk
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi. Dan mereka ni pun sentiasa rasa selamat sebab seolah-olah dilindungi bila kedudukannya paras-paras ketiak suami sahaja.
8. Selera besar
Rata-rata wanita kecil ni tak makan banyak. Selera je besar, jadi pasangan kena ‘standby’ la perabiskan makanan yang ada.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengantin Nak Mekap Cantik, Pelembap Muka WAJIB Pakai

Fokus kepada bakal pengantin, kalau nak mekap cantik kemas tak cepat cair anda kena rajin pakai pelembap. Tak kira jenis kulit macam mana sekali pun, kena jadikan rutin pagi dan malam sebelum tidur.
Nak Mekap Cantik
Ini cara nak mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti kusam dan jerawat.
Jadi kali ini anda boleh cedok beberapa ilmu tentang kecantikan daripada saudari Zaty Asri tentang pemilihan pelembap ikut jenis kulit.
Sebenarnya pelembap ada dua jenis tekstur iaitu krim dan gel. Mesti ramai tak tahuapa perbezaan ini, bukan? kan?
Tekstur Krim

Tekstur – Pekat (Campuran Minyak+Air)
• Tahan lama di kulit
•Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Kering + Kulit Kusam
Boleh cuba Bio Essence Moisturizer. Dia dapat repair & replenish & renew skin.
Tekstur Gel

•Tekstur – Ringan
• Tidak melekit bila pakai
• Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Berminyak, Kulit Kombinasi, Kulit berjerawat
Boleh cuba Hada Labo Moisturizer. Dapat glowing & hydrateskan kulit.
Harga agak keras tetapi berbaloi dengan hasilnya. Penting untuk anda pilih pelembap yang bersesuaian.
Sebagai contoh kulit berminyak, tapi pakai krim. Makanya shining teruk lah muka sampai boleh tersumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.
Kulit kering pula kalau pakai gel memang tak cukup kelembapan pada kulit dan menyebabkan kusam.
Jadi sekarang semak, betul tak pilihan pelembap yang anda pakai itu? Kalau salah, jom betulkan supaya kulit kita lebih sihat dan glowing tanpa masalah jerawat dan jeragat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Anda Ikhlas Terima Kekurangan Pasangan, Nikmat Bahagia Pasti Melekat!

Tiada manusia yang dilahirkan sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Manusia yang sentiasa inginkan kesempurnaan daripada sesuatu merupakan orang yang kurang bersyukur.
Kehidupan suami isteri menuntut anda berdua untuk saling menerima pasangan seadanya. Malah hidup anda pasti akan lebih sempurna apabila pasangan saling melengkapi serta mengerti kekurangan dan kelebihan yang anda miliki.
Walaupun berbeza latar belakang, pemikiran, minat dan sebagainya, di situlah terletaknya nikmat dalam rumah tangga. Saat anda bersedia untuk menerima kekurangan pasangan, itulah tanda anda mencintainya.
Dengan belajar menerima kekurangan pasangan, pastinya akan terbina sebuah rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan warohmah.
“Cinta mampu menerima kekurangan. Dan cinta ada untuk saling melengkapi kekurangan.”
1. Belajarlah untuk tidak selalu melihat kekurangan pasangan anda, tapi usahakan untuk melihat kekurangan yang ada pada diri anda sendiri. Buatlah semacam catatan tentang diri anda sendiri, anda juga mampu menulis dengan jujur kekurangan yang ada pada diri anda. Dengan begitu anda tidak merasa menjadi diri yang sempurna dan mampu untuk menerima kekurangan pasangan anda.
2. Jika kekurangan yang ada pada diri pasangan anda bersifat merugikan keluarga, cubalah untuk berdiskusi. Katakan keberatan anda terhadap sifat dan tingkah lakunya yang anda rasa tidak benar. Cari solusi yang tepat demi kebaikan bersama.
3. Kekurangan yang ada pada pasangan hendaknya jangan dijadikan bahan untuk merendahkannya. Berikan motivasi yang dapat membangunkan kepercayaan dirinya dan berusaha untuk menutupi kekurangan yang ada.
4. Jangan memendam kekesalan dalam diri jika anda menemui masalah dengan kekurangannya. Akan lebih baik jika anda berterus-terang dan meluahkannya. Cubalah untuk tidak emosi. Jika anda memendam dan mendiamkan hal tersebut, anda akan menjadi antipati dan kemudian ia akan menjadi konflik yang akhirnya mencetuskan pertengkaran.
5. Bersama-sama mencari jalan keluar terhadap kekurangan yang ada pada pasangan. Misalnya, pasangan anda suka tidur mendengkur, anda bawanya berjumpa dengan doktor. Jika harus melakukan terapi, dampingilah pasangan Anda ketika melakukan terapi tersebut. Kehadiran anda akan sangat berguna bagi kesembuhannya.
6. Tutupi kekurangan pasangan anda di hadapan orang lain. Janganlah menambah bebannya dengan cara menceritakan kekurangannya kepada orang lain. Cukup hanya anda yang mengetahuinya, sebab pasangan anda akan semakin rasa rendah diri jika kekurangan yang ada pada dirinya diketahui oleh orang lain.
7. Carilah informasi dan tip untuk mengatasi kekurangan yang ada pada dirinya. Ada banyak informasi yang anda dapat dari pelbagai sumber tentang perkara yang anda anggap sebagai sebuah kekurangan pada pasangan. Kemudian Anda mampu mengikuti langkah-langkah yang diarahkan. Ingatlah bahawa tujuan anda adalah untuk kebaikan bersama.
8. Belajar untuk rasa ikhlas menerima kekurangannya dan cuba mengalah tentang kekurangan yang ada pada dirinya. Tidak ada manusia yang sempurna baik sifat mahupun tingkah laku. Oleh kerana itu jika ingin membentuk sebuah keluarga sakinah, cubalah untuk belajar dengan ikhlas dan menerima kekurangan yang ada pada diri pasangan anda.
Sumber: Mutiara Hikmah (Meniti Cinta Keredhaan Illahi)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengantin Nak Nampak Cantik Hari Bersanding, Sampai Obses Berdiet!

Ada Kes dilaporkan kerana tidak ingin digelar pengantin gemuk, usaha seorang wanita untuk mendapatkan bentuk badan idaman menjelang hari perkahwinannya berakhir dengan maut. Wanita obesiti seberat 107 kg ini bertekad menyertai diet ketat LighterLife, sebuah program menurunkan berat badan yang mengehadkan pengambilan 530 kalori sehari. Dengan berat badan 20 kg lebih ringan, beliau maut 11 minggu kemudian akibat kegagalan jantung yang serius.
Setiap bakal mempelai pasti terdorong untuk tampil cantik di hari perkahwinannya. Bukan sekadar pada penampilan wajah dan busana pengantin yang dikenakan, malahan bentuk badan yang langsing juga seolah suatu trofi yang ingin dimenangi.
Program menurunkan berat badan sebetulnya tidak menuntut perbelanjaan yang tinggi, tetapi kejayaannya banyak bergantung kepada komitmen masa dan kesungguhan minda untuk mencapainya. Tanyakan pada diri anda, mengapa anda ingin langsing? Apakah kerana semata-mata ingin menyarung persalinan yang diimpikan atau untuk dilihat sihat dan bahagia di jinjang pelamin? Mulakan usaha anda dan nikmatilah ganjarannya.
PASTIKAN BERSARAPAN
Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting untuk permulaan hari. Namun begitu, ramai bakal pengantin yang tidak mengendahkan sarapan, sebaliknya terus keluar bersenam sebaik terjaga dari tidur. Menurut pelatih kecergasan terkemuka, Brian Sutton, mengelakkan sarapan adalah kesilapan paling besar untuk berdiet.
“Ia sama seperti berbuka puasa. Tubuh anda pasti kelaparan selepas 6-9 jam waktu tidur. Dengan bersarapan, ia membekalkan semula tenaga yang hilang dan membantu mengawal nafsu makan anda hingga ke penghujung hari.”
Anda disarankan untuk mengambil sarapan yang tinggi kandungan serat kerana ia lambat dihadam dan membuat perut kenyang, lebih lama. Antaranya ialah bijirin sarapan berkhasiat yang rendah gula seperti emping jagung, muesli dan oat. Taburi hirisan buah-buahan segar seperti anggur, kiwi atau strawberi di atasnya. Sekiranya anda inginkan lebih tenaga, ambil semangkuk putih telur setengah masak bersama roti gandum bakar yang enak. Nikmati juga buah-buahan seperti oren dan pisang untuk mempelbagaikan hidangan.
TENGAHARI
Teruskan pengambilan nutrisi yang sihat pada waktu makan tengahari. Sebaik-baiknya, bawalah bekal makanan sendiri ke pejabat. Nah, anda bukan sahaja dapat mengawal saiz hidangan yang diambil, malah lebih beruntung kerana dapat menjimatkan wang untuk perkara yang lebih penting di hari perkahwinan. Bawalah bekal seperti sandwich tuna, burger sayuran atau roti gandum berjem, ia rendah kalori serta mampu meningkatkan jumlah pengambilan serat. Variasikan dengan snek sihat seperti yogurt rendah lemak dan sebiji epal.
Jika terpaksa juga untuk keluar makan di restoran, elakkan dari berkunjung ke restoran makanan segera. Anda pasti sukar untuk mencari menu makanan segera yang benar-benar sihat dan tidak menggemukkan. Sebaik-baiknya, pergilah ke restoran deli atau restoran makanan tempatan yang menyajikan hidangan sandwich, buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menyihatkan.
MAKAN MALAM
Peraturan yang sama masih berkuatkuasa untuk makan malam. Jika boleh, makanlah di rumah kerana anda dapat menjimatkan perbelanjaan, lebih berkhasiat dan menghalang diri dari makan berlebihan.
Selepas makan, teruskan dengan membuat senaman ringan seperti membersihkan dapur atau membasuh pinggan mangkuk, berbanding terus menikmati semangkuk aiskrim yang cukup tinggi kandungan kalori. Namun jika tiada pilihan atau ingin menukar selera di restoran, anda disarankan agar memilih menu salad segar berbanding stik atau mi tempatan.
Cuba elakkan dari mengambil nasi yang banyak dan lauk-pauk yang berat. Satu lagi tip mudah, berkongsilah makanan anda dengan teman untuk mengecilkan saiz hidangan yang sedia ada.
SOALAN LAZIM
- Makan banyak, tapi berat badan kurang?
Makan 5-6 hidangan kecil sepanjang hari lebih ideal berbanding 2-3 hidangan besar. Amalkan snek sihat seperti mengudap kekacang, buah-buahan kering atau yogurt jika terasa lapar. Usah cepat terpedaya dengan nasihat ‘jangan makan nasi atau roti’ untuk kurus kerana karbohidrat amat penting untuk membekal tenaga yang diperlukan tubuh. Diet tinggi protein atau diet rendah karbohidrat hanya disyorkan kira-kira sebulan sebelum majlis perkahwinan, bukannya untuk sepanjang hidup!
- “Alah, cuma secawan latte. Apa salahnya?”
Menikmati secawan kopi segera di kafe mewah pasti kelihatan seperti idea hebat di saat anda letih berkunjung dari satu butik ke satu butik pengantin. Awas, secawan mocha caramel latte yang dititip krim putar mampu menjadi bencana kepada diet anda! Malah kebanyakan minuman lain seperti soda, jus buah-buahan, isotonik, latte dan sebagainya amat kaya dengan kalori. Kenapa tidak, cecair masih tetap makanan dan ia mengandungi kalori.
- Berbaloikah mengambil pil pelangsing?
Ramai bakal pengantin yang mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil pil pelangsing, kapsul pembakar lemak dan minuman tertentu untuk menguruskan badan. Realitinya, tidak wujud jalan mudah untuk langsing.
Setiap kisah sukses individu tercetus dengan pelan pemakanan yang bijak dan latihan kecergasan yang berterusan. Usahlah terus-menerus membazirkan wang, lebih baik anda menumpukan perhatian pada senaman dan mengawal pemakanan dengan bijak. Banyak wang yang dapat dijimatkan untuk persiapan majlis kelak.
ANDAI DIBOLEHKAN MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN NANTI, JANGANLAH ADA PENGANTIN YANG HILANG KEYAKINAN DIRI APABILA BENTUK BADAN BERUBAH INCI. JADILAH DIRI SENDIRI KERANA KECANTIKAN SEMULAJADI ITU LEBIH BERERTI.
JANGAN MEMBERI TEKANAN KEPADA JIWA DAN TUBUH YANG INGINKAN SESUATU YANG SEMPURNA. BE YOURSELF!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

