Wanita sememangnya dikenali sebagai seorang individu yang cukup rumit dan sukar untuk difahami. Kadangkala, kaum wanita sendiri tidak tahu apa yang mereka mahukan. Rumit kan?
Bak kata Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebook miliknya, wanita tidaklah serumit yang disangka. Anda cuma perlu tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.
Jom kita baca perkongsiannya. Semoga anda semua lebih memahami wanita selepas membaca perkongsian oleh Mohd Fadli Salleh ini.
*****
Ramai orang kata wanita ini sukar difahami dan makhluk yang rumit. Taklah. Wanita tidak serumit yang kau sangka sebenarnya.
Kau hanya perlu tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.
Oh, kau juga kena ingat tarikh lahir dia, tarikh jumpa, tarikh tunang, tarikh kahwin, tarikh lahir mak ayah dia, tarikh lahir anak-anak, tarikh pertama kali kau bawa dia tengok wayang dan bermacam tarikh lagi.
Kau juga perlu memahami air muka dia. Kalau muncung apa makna, kalau senyum sindir apa maknanya, kalau masam apa dia, paling bahaya kalau senyum menggoda dan melirik manja. Ada la tu apa-apa dia nak. Beg tangan baru atau gelang emas contohnya.
Kena juga faham diam wanita lebih bahaya dari bebelan mereka. Lebih baik dia membebel dari dia mendiam. Kalau dia dah mula diam, baik kau buat-buat pengsan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Wajah Kacak Yang Dicari, Tetapi Seorang Lelaki Yang Baik & Bertanggungjawab
Juga jangan sesekali kedutkan tudung mereka yang baru iron. Kena sabar menjawab tudung mana yang matching dengan baju dia.
Kena pandai teka mereka nak makan apa. Kau kena ada sixth sense bab ini. Tapi percayalah, payah betul nak teka selera wanita.
Jangan sesekali tegur lemak dibadan mereka. Dia nak kurus, tapi dia suka makan. Kau kena faham itu.
Kena juga faham, kalau kerongsang dia hilang, kau yang kena marah. Eh?
Juga jangan lewat bila berjanji dengan mereka. Kena sabar menunggu mereka bersolek. Kena ingat warna kegemaran mereka. Jenama kasut dan beg tangan yang mereka suka. Etc.. Etc… Etc….
Tak lah. Wanita tidak serumit yang kau sangkakan.
Errr, jap. Lepas baca balik aku rasa mereka ni rumit la pula.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI