Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Bagaimanapun, warna kegemaran seseorang lelaki lebih ringkas.
Kebiasaanya kemestian buat mereka yang menggunakan warna kegemaran mereka hanya pada kereta, cat rumah atau bilik dan kebanyakan baju untuk dipakai ke tempat kerja.
Tapi adakah kaum wanita mengetahui bahawasanya setiap warna itu menggambarkan perwatakan dan siapakah lelaki itu secara kasarnya.
Anda boleh menilai karakter dan peribadi lelaki itu dengan hanya melihat pada warna yang menjadi kegemarannya.
Warna Merah
Sinonim dengan agresif dan tenaga, warna merah ini sangat digemari oleh lelaki berani dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baharu. Mementingkan kerja dan teliti dalam setiap perkara.
Perwatakan lelaki yang menggemari warna merah adalah mereka yang selalu memaksa orang lain. Sekiranya ada lelaki yang gemar menyarungkan pakaian bewarna merah, ia melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian.
Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.
Warna Biru
Bagi penggemar warna biru, mereka yang menyukai warna ini adalah tergolong sebagai pemurung dan agak pasif dalam banyak hal. Mereka seorang yang cintakan ketenagan dan kedamaian.
Golongan ini sering mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam hal percintaan kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan perasaan.
Ads
Warna biru sebenarnya warna komunikasi yang mana ia berkait rapat dengan kelenjar tiroid yang mengawal metabolism badan dan lontaran suara.
Jika seseorang lelaki itu menggemari warna biru dan sering menjadi pilihannya, mungkin si dia adalah yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Biru melambangkan ketenangan, tetapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak menyembunyikan perasaan.
Warna Hitam
Warna hitam juga menjadi pilihan kaum lelaki kerana ia tampak ringkas dan kemas. Ianya mudah diadun dengan apa saja jenis warna. Tambahan pula, warna hitam melambangkan ciri lelaki sejati.
Mereka yang memilih warna ini dikatakan jenis yang ringkas dan sempoi, tidak mahu menarik perhatian dan lebih gemarkan kesederhanaan.
Selain itu, hitam memperlihatkan satu sisi maskulin yang cukup nyata. Mengikut kajian, warna hitam melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofisikated dan boleh menyesuaikan diri. Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan.
Ads
Jika si dia berminat dengan warna hitam, dia boleh dikatakan seorang yang sangat sofisikated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannya. Warna ini juga menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa sahaja cabaran yang tiba.
Biasanya, lelaki yang suka memaki warna ini, mereka adalah seorang yang gemar bergaya elegan , mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh. Jika rona ini dikenakan dengan kemas, ia menunjukkan imej yang rapi, ringkas dan versatile.
Namun, lelaki yang suka memakai pakaian berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapa pun.
Warna Putih
Putih melambangkan kesucian dan kesegaran. Simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Jika seseorang lelaki itu meggemari warna putih, ini bermakna dia adalah orang yang sentiasa ingin memulakan hidup baru dan bersedia menempuhnya bersama anda.
Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Si dia yang menggemari warna putih ini juga sangat cermat dalam pelbagai hal.
Ads
Warna Kelabu
Bezanya dengan warna kelabu yang masih boleh dikategorikan ‘adik-beradik’ kepada warna hitam. Ia mudah disuaipadan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijaksana dan tegas, Namun, golongan ini turut dikatakan tidak pandai membuat keputusan.
Warna Hijau
Bagi lelaki yang amat gemar dengan warna ini, mereka dikatakan orang yang sangat cemburu dan kurang rasa percaya pada orang lain. Mereka juga dikategorikan sebagai pendiam dan tidak banyak bercakap.
Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatahdan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.
Warna Kuning
Warna ini melambangkan tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Tidak ramai lelaki yang sukakan warna ini kerana dianggap terlalu terang.
Lelaki yang menggemari warna ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa dalam perhubungan, Lelaki yang memaki pakaian berwarna kuning adalah mereka yang merangsang visualnya dan pemikiran.
Mereka dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat yang masih mencari pasangan, Lelaki ini kongsi, tip mudah. Nak cari makwe, carilah yang simple je sebab yang simple ni senang jaga.
Makwe Simple ****************
Kebanyakan makwe simple yang pernah gua jumpa, bijak tentang pengurusan kewangan dan suka berdikari.
Kau yang single ni carilah makwe yang simple je. Makwe simple ni senang nak jaga. Tak minta benda bukan-bukan.
Makwe simple sangat low profile. Antara lain;.
Dah ada simpanan sendiri. Bukan harapkan bakal suami 100%. Pandai menyimpan lah senang kata. Tak membazir pada benda yang bukan-bukan.
Lebih pentingkan aurat daripada fesyen. Takpelah dianggap kuno ke, tak up to date ke, asyik-asyik tudung bawal ke, selalu pakai baju labuh ke, pakai baju sama dengan zaman nenek kau ke, asalkan aurat terjaga.
Make up pun simple. Kadang kala malas nak make up. Acah-acah natural beauty gitu. Paling tak pun, gincu, bedak, foundation.
Tak beli minyak wangi yang mahal sampai RM300 lebih sebotol. Harga make up pun murah-murah. Jimat sikit duit kau nak bela nanti.
Imun dengan perkataan SALE / Jualan Murah. Beli apabila benar-benar perlu saja.
Tak minta pakwe / tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan tak minta hadiah. Tak suka minta itu ini. Kalau kau tengah pokai, dia pula yang akan belanja dan tolong kau.
Tak manja sangat. Tak anggap pakwe / tunang kau tu kepunyaan dia sorang je. Ini kerja nak berkepit je. Pakwe / tunang kau nak buat kerja pun rimas.
***
Apa guna bersiap sejam tapi pakai tudung pun tak lepas dada. Pakai tudung Neelopah tapi belit ikat belakang tayang dada ke orang ramai.
Apa guna berhias sejam tapi cukur kening lukis balik. Cantik memang cantik tapi haram tu.
Makwe simple ni selalu takkan susahkan kau. Lebih-lebih lagi bila dia tahu pasangan dia ramai adik beradik dia kena tanggung. Dia lagi lah akan bersama-sama kumpul duit untuk kahwin.
Emosi dia lebih stabil dan tak mudah sentap. Takde la nak sikit-sikit merajuk. Kau tu pakwe / tunang bluetick mesej WhatsApp pun nak meroyan bagai. Dah merajuk, makan banyak. Lepas tu jadi gemok. Dah gemok, bising. Kah!
Kad jemputan telah pun diedarkan kepada semua senarai tetamu. Ini menandakan tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan anda akan dilangsungkan. Dalam membayangkan kemeriahan itu nanti, apa yang lebih penting saat ini adalah anda perlu meningkatkan tahap kesihatan diri.
Maklumlah, bukankah anda merupakan ‘orang penting’ pada majlis tersebut terutama ketika musim hujan begini. Semua mata akan tertumpu kepada anda.
Sudah pasti anda tidak mahu di hari bahagia itu nanti, wajah sugul yang anda pamerkan kerana kurang sihat atau sebagainya. Jadi untuk menjamin tahap kesihatan yang stabil, ayuh tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan cara yang berkesan.
1. Tidur Yang Berkualiti
Berdasarkan kajian, sebahagian wanita hanya tidur enam jam sahaja sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebam hitam di keliling mata. Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
2. Ketawa
Merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia yang bakal dilalui nanti. Tempuhlah dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan.
3. Jangan Pendam Emosi
Perasaan anda tentunya bertambah rungsing, lebih-lebih lagi jika hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin hantaran, cenderahati atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, janganlah terlalu bimbang dan memendam emosi hingga menjejaskan mood anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan membantu meningkatkan kekuatan diri.
4. Elakkan Stres
Stres yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan lemah dan tidak bermaya di hari persandingan.
5. Ambil Vitamin
Kesibukan membuat persiapan tentu membuatkan anda tidak cukup makan. Jangan biarkan diri anda tidak terurus sebegitu. Ambil vitamin A, C, E dan mineral agar dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.
6. Minum Air Masak
Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurang-kurangnya ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lendir di hidung dan kerongkong.
7. Senaman
Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan sistem imun diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari keraian bukan?
8. Kurangkan Makanan Manis
Jangan membenarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak muat. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi penampilan anda di hari bahagia.
9. Tingkatkan Pengambilan Makanan Berkhasiat
Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda.
10. Terapi
Perkara penting beberapa hari sebelum tibanya hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan. Ini akan memerikan tubuh anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menerima undangan perkahwinan tentunya korang akan memikirkan apa hadiah atau barang yang ingin di bagi buat pasangan mempelai ini. Jangan risau ini anta idea yang korang boleh bagi sememangnya amat berguna.
Lesung Batu
Nampak rare kan? Lesung batu sememangnya digunakan untuk bahan masakan seperti menumbuk cili, bawang, belacan untuk dijadikan bahan masakan. Tentunya pengantin akan menghargai dengan pemberian ini.
Set pinggan mangkuk
Hadiah ini pastinya benda yang paling penting buat pasangan pengatin kerana ia amat berguna pada setiap hari. Kita akan memerlukan pinggan, cawan, dan mangkuk untuk menikmati makanan.
Buku resipi
Ya, betul walaupun sekarang adalah zaman teknologi yang boleh memudahkan untuk kita mencari bahan atau resipi masakan melalui gajet tapi buku masakan tidak akan sama rasanya dengan gajet yang kita ada mungkin kerana ‘feel’ yang lain. Ia lebih berguna dan sangat mudah tak perlu nk scroll dan cari-cari.
Kuali
Peralatan utama apabila didapur sememangnya kuali lah kan. Apa kata korang hadiahkan mereka set kuali ini. Mesti mereka suka. Pengantin tak perlu risau dah nak beli kuali untuk memasak kerana keperluan utama sudah selesai.
Beg pakaian
luggage beg sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan hadiah sebab pasangan pengantin yang baru berkahwin akan menyiapkan diri mereka untuk berbulan madu. Jadi tak salah korang hadiahkan mereka beg ini kan, boleh didapati Dalam banyak size.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!