Busana pengantin amat penting untuk menampilkan penampilan yang anggun buat ratu sehari. Selain potongan, perincian dan fabrik yang tepat, warna busana juga memainkan peranan yang cukup penting.
Seperti yang sedia maklum, warna putih mampu memberikan kesan elegan yang tiada tara buat gaya ratu sehari. Kesan eksklusif dan classy dari warna ini mampu membangkitkan mood romantis yang tiada tara.
Pereka-pereka terkenal antarabangsa juga sering menggunakan warna ini bagi mengilhamkan busana penganti yang cantik dan menawan.
Jom kita lihat busana dari pereka terkenal ini dalam menginspirasikan busana pengantin impian anda!
Ads
Angel SanchezAngel Sanchez
1. Angel Sanchez
Pakaian perkahwinan tradisional dengan sentuhan moden! Itulah rekaan pereka ternama dalam koleksi Bridal Spring 2017 pada kali ini. Koleksi serba putih beliau pada kali ini cukup eksklusif dengan sulaman bunga timbul yang eksentrik. Tampak mewah dan eksklusif, koleksi beliau banyak terdiri dengan sulaman renda yang menawan.
Oscar De La RentaOscar De La Renta
2. Oscar De La Renta
Cukup romantis dan demure. Rekaan pereka terkenal Oscar De La Renta pada pertunjukan Bridal Spring 2017 cukup mengkagumkan. Beliau menggunakan fabrik yang cukup relevan untuk digayakan oleh ratu sehari. Siluet duyung dengan perincian minimalis bakal menjadikan penampilan ratu lebih moden.
Ads
TemperleyTemperley
3. Temperley
Mengambil inspirasi daripada bintang hollywwod 30’s, pereka Temperley cuba menampilkan kesan yang klasik dan bohemian dalam setiap rekaannya. Siluet ringkas dengan penggunaan fabrik yang eksklusif, pereka ini menjanjikan dress yang cukup menawan dan elegan. Pereka ini juga menampilkan rekaan yang lebih sopan dan feminin.
Zuhair MuradZuhair Murad
4. Zuhair Murad
Seperti biasa, pereka terkenal ini sekali lagi membariskan koleksi yang cukup eksklusif. Dengan potongan yang elegan, penggunaan renda eksklusif, rekaan beliau bakal menjadikan penampilan si ratu sehari bagaikan puteri raja. Sarat dengan perincian labuci dan batu permata, tentunya rekaan beliau bakal menjadi perhatian hadirin yang hadir.
Ini 15 kesalahan yang anda perlu jauhkan supaya hari bahagia berjalan tanpa kelam kabut dan masalah.
Khususnya buat persediaan bakal pengantin perempuan, tanpa anda sedar sebenarnya banyak kesalahan yang anda mungkin ‘terbuat’ gara-gara terlupa dan langsung tak ambil tahu dek kerana banyak sangat persediaan yang perlu dibuat.
Jom, semak satu-persatu.
Jangan Sampai Buat 15 Kesalahan Ini Waktu Naik Naik Pelamin!
1. Tukar jenis skincare dalam tempoh 6 bulan sebelum majlis.
2. Buat facial atau rawatan dekat muka dalam tempoh 3 minggu- 1 bulan sebelum majlis.
3. Tak atur betul-betul jadual vendor perkahwinan sekurang-kurangnya 1-2 minggu sebelum majlis, bila nak pasang pelamin, make-up MUA dan sebagainya.
4. Inner atau anak tudung tak masuk warna dengan warna selendang atau tudung. Pilihan warna tudung tak sesuai dengan baju (terutama sekali kalau pengantin pakai busana songket).
5. Tak asingkan atau lunaskan bayaran vendor ikut tarikh yang mereka dah tetapkan (atas persetujuan bersama).
6. Tak scrub tangan sebelum berinai. Lebih baik untuk pengantin lakukan scrub tangan & kaki 1 jam – 30minit.
7. Tak sarapan sebelum make-up session. Pastikan makan dahulu baru berhias.
8. Pakai baju T-Shirt semasa berhias atau make-up. Sebaiknya untuk anda pakai baju yang berbutang semasa sesi make-up supaya mudah untuk anda tukar ke persalinan pengantin.
9. Tak cuba terlebih dahulu untuk pakai contact lenses atau kanta lekap buat first timer. Kalau boleh, sebulan sebelum majlis perkahwinan anda kena belajar pakai kanta lekap tersebut.
10. Tak rendam kanta lekap semalaman atau 6 jam sebelum majlis menggunakan lens solution.
11. Banyak buat kerja membasuh. Nanti inai cepat pudar.
12.Tak sediakan tempat untuk sesi make-up yang selesa untuk pengantin dan jurusolek (MUA). Cahaya dan suhu dalam bilik make up tu penting ya.
13.Tak pakai bengkung siap-siap sebelum sesi bersolek.
14.Tak tuam muka dengan ais sebelum sesi bersolek. Yang ni boleh minta tips persediaan daripada MUA masing-masing, supaya kena dengan keadaan kulit.
15. Elakkan kerja yang berat sampai terlalu penat.
Kalau mahukan wajah yang berseri-seri bak bidadari di majlis perkahwinan anda, jangan buat 15 perkara di atas ya. Persediaan awal mesti dilakukan supaya tak ada gosip pengantin tak naik seri!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal pengantin yang nak awet muda, boleh amalkan minuman epal dengan pucuk pegaga jadikan jus. Sungguh ini membantu buat kulit wajah anjal dan anti kedut dalam masa jangka yang panjang.
Sungguh, orang dulu-dulu pun banyak amalkan minuman berkhasiat macam ini, Jadi rugi kalau anda tak cuba!
Campur Epal Dengan Pucuk Pegaga
Cara alami ini lebih selamat diamalkan daripada menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan atau kulit anda. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi dan dijamin selamat.
Perkongsian dari facebook Petua Ibu ini memberitahu jus pegaga hijau pekat ini sangat sedap dan seperti jus epal.
Bahan-bahan:
Segenggam pucuk pegaga
Sebiji epal
Secawan air
Sedikit susu pekat (jika mahu)
Kisar semua bahan ini hingga hancur.
Cara Membuat:
Kisar semua bahan hingga hancur. Tambahkan sedikit susu untuk memberi sedikit kemanisan.
2. Boleh diminum seperti biasa. Rasanya yang sedap membuatkan anda tidak akan berhenti meminumnya.
Owh ya, kalau amalkan minuman ini secara konsisten, hasilnya kulit wajah kekal awet muda, flawless dan glowing.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Koleksi 20 Doa Terbaik Untuk Suami Yang Elok Dibaca Oleh Isteri
Di sini akan disenaraikan beberapa doa yang bagus untuk amalan seorang isteri. Doa-doa ini elok di baca untuk masalah di atas. Doa ini bagus di baca setiap kali selesai solat fardhu. Doalah dengan sepenuh hati. InshaAllah akan dimakbulkan segalanya.
.
Doa 1
Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2
Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3
Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Doa 4
Ya Allah, berkatilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5
Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 7
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 8
Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
.
Doa 9
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10
Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11
Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Doa 12
Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13
Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalan-MU yang lurus.
Doa 14
Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
Doa 15
Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 16
Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
Doa 17
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami
Doa 18
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Doa 19
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka
Doa 20
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Yakinlah Kerana Doa Itu Adalah Senjata Untuk Orang Mukmin
Itulah 20 koleksi doa terbaik untuk suami yang bagus di baca oleh isteri. Tidak kisahlah apa saja masalah dalam rumahtangga, jangan terlalu cepat berputus asa. Bersabar dan mengadulah tentang segala masalah yang berlaku kepada Allah SWT selalu. Sebagai seorang yang beragama Islam, doa adalah senjata untuk orang mukmin. Berdoalah kepada Allah SWT. Mohonlah pertolonganNya.
Doa untuk suami dari seorang isteri adalah hadiah yang paling bernilai. Ingatlah wahai para isteri, walau apa saja yang terjadi selalulah berdoa kepadaNya Yang Maha Esa tanpa henti. Serahkan segalanya kepadaNya Yang Lebih Mengetahui. Dari jauh ku turut mendoakan semoga rumahtangga kalian sentiasa aman dan bahagia, ameen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!