Busana pengantin amat penting untuk menampilkan penampilan yang anggun buat ratu sehari. Selain potongan, perincian dan fabrik yang tepat, warna busana juga memainkan peranan yang cukup penting.
Seperti yang sedia maklum, warna putih mampu memberikan kesan elegan yang tiada tara buat gaya ratu sehari. Kesan eksklusif dan classy dari warna ini mampu membangkitkan mood romantis yang tiada tara.
Pereka-pereka terkenal antarabangsa juga sering menggunakan warna ini bagi mengilhamkan busana penganti yang cantik dan menawan.
Jom kita lihat busana dari pereka terkenal ini dalam menginspirasikan busana pengantin impian anda!
Ads
Angel SanchezAngel Sanchez
1. Angel Sanchez
Pakaian perkahwinan tradisional dengan sentuhan moden! Itulah rekaan pereka ternama dalam koleksi Bridal Spring 2017 pada kali ini. Koleksi serba putih beliau pada kali ini cukup eksklusif dengan sulaman bunga timbul yang eksentrik. Tampak mewah dan eksklusif, koleksi beliau banyak terdiri dengan sulaman renda yang menawan.
Oscar De La RentaOscar De La Renta
2. Oscar De La Renta
Cukup romantis dan demure. Rekaan pereka terkenal Oscar De La Renta pada pertunjukan Bridal Spring 2017 cukup mengkagumkan. Beliau menggunakan fabrik yang cukup relevan untuk digayakan oleh ratu sehari. Siluet duyung dengan perincian minimalis bakal menjadikan penampilan ratu lebih moden.
TemperleyTemperley
3. Temperley
Mengambil inspirasi daripada bintang hollywwod 30’s, pereka Temperley cuba menampilkan kesan yang klasik dan bohemian dalam setiap rekaannya. Siluet ringkas dengan penggunaan fabrik yang eksklusif, pereka ini menjanjikan dress yang cukup menawan dan elegan. Pereka ini juga menampilkan rekaan yang lebih sopan dan feminin.
Ads
Zuhair MuradZuhair Murad
4. Zuhair Murad
Seperti biasa, pereka terkenal ini sekali lagi membariskan koleksi yang cukup eksklusif. Dengan potongan yang elegan, penggunaan renda eksklusif, rekaan beliau bakal menjadikan penampilan si ratu sehari bagaikan puteri raja. Sarat dengan perincian labuci dan batu permata, tentunya rekaan beliau bakal menjadi perhatian hadirin yang hadir.
Bagusnya Dato Alha Alfa kongsi tip buat pewangi rumah sendiri, jimat poket suami isteri yang suka suasana kemas dan bersih.
Kalau sebelum ini anda terus beli pewangi yang sudah siap, kali ini apa kata cuba DIY sendiri, yang penting wangi dan tahan lama. Barulah pasangan kita selesa duduk rumah.
Baking soda – 2 sudu
Ajax Fabuloso – 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran.
Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan cita rasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Ingat, anda boleh mengubah jumlah minyak pati atau jenis minyak pati yang digunakan untuk mencipta pewangi yang sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, sesuaikan juga jumlah garam dan vinegar mengikut keperluan anda.
Ada pasangan suami isteri pilih bercerai secara baik apabila sedar perasaan cinta tak lagi wujud dalam rumahtangga.
Pelik, ingat disebabkan orang ketiga atau masalah kewangan, tetapi rupanya cuma disebabkan tiada lagi perasaan sebagai suami isteri yang saling mencintai dan yang tinggal hanya perasaan sebagai kawan.
Banyak kes perceraian (sivil) yang kami buat, pasangan datang bersama ditemani anak-anak. Mereka nampak mesra, tak ada gaduh-gaduh pun, siap sembang dan gelak-gelak lagi.
Siap kadang bila masuk satu famili, saya tanya, nak buat urusan beli rumah ke? Lalu dijawab oleh suami, tak, kami nak failkan divorce.
Saya tanya joint ke single petition? Jawab dek isteri kat tepi, joint la, murah sikit. Sambil senyum-senyum kat suaminya. Dari mula, saya memang tak sangka, merekalah suami isteri yang nak bercerai tu. Nampak mesra betul.
Ada suami yang bergaji RM5k sebulan tapi sanggup bagi nafkah RM3k buat isteri dan seorang anak. Hakim siap tanya, RM3k ni banyak, lebih dari separuh gaji kamu. Betul kamu nak bagi jumlah ni?
Dan suami jawab, ya saya sanggup. Saya tahu isteri saya akan jaga anak saya dengan baik.
Ada isteri yang bila suaminya bagi nafkah 3 anak sebanyak RM500 sahaja. Hakim tanya, betul kamu sudi terima nafkah banyak ni je untuk 3 anak? Isteri jawab, saya sanggup, saya tahu dia pun tak bergaji tinggi.
Nampak tak? Masing-masing masih saling menjaga, saling belas dan saling bertolak ansur.
Saya pernah dengar hakim bertanya, “Kamu berdua nampak ok je, kenapa nak bercerai?”
Jawapannya…
“Tiada persefahaman” “Tak sehaluan”
Yang tak melaluinya, pasti akan kata, kalau masih sayang, masih ok, tak ada masalah, kenapa nak bercerai?
Tak semua yang kita lihat di mata kasar adalah apa yang sebenarnya berlaku.
Saya pernah tanya seorang isteri yang bercerai secara baik. Katanya walaupun mereka tinggal serumah tapi mereka dah tak bersama sebagai suami isteri sejak anak bongsu lahir. Dan anak bongsunya dah berusia 14 tahun pada masa tu.
Ada seorang suami tu, katanya, dia dan isteri jarang jumpa. Dia balik, isteri dah tidur. Dia bangun, isteri dah pergi kerja. Anak-anak banyak dengan isteri dan famili sebelah isteri sebab rumah mereka dekat dengan rumah famili isteri.
Tidur asing-asing, bilik asing-asing. Kalau terserempak dalam keadaan aurat terbuka, terus lari sembunyikan diri macam jumpa ajnabi sedangkan itu pasangan kita yang tiada aurat antara kita.
Tak ada istilah rindu dah. Jumpa, jumpa lah. Tak jumpa pun tak apa. Ada hal penting, wassup je.
Risau? Pandailah si dia jaga diri.
Tiada ucapan hari lahir? Hari ulangtahun perkahwinan? Bercuti sama-sama? Tengok tv sama-sama? Makan sama-sama? Saling bercerita kisah harian.
Jawapannya, entahlah. Tak ada rasa apa-apa pun.
Makan sendiri, tidur sendiri, susah sendiri, segalanya sendiri. Senang cakap, suami atau isteri tu ada dengan tak ada, sama je. Tak ada beza.
Kenapa perkara ini terjadi?
Kebanyakan yang nak bercerai secara baik ni, bukannya ada kekasih lain, bukannya dah membenci, bukannya dah tak suka. Tapi mereka dah tiada perasaan sebagai suami isteri terhadap pasangan. Perasaan mereka sama seperti kawan lain.
Yang masih mengikat mereka, hanyalah tanggungjawab kepada anak-anak, dan kesedaran bahawa dia suamiku, aku isterinya. Itu saja.
Kadang setiap kali cuba untuk berbual, ada saja perkara yang buat masing-masing rasa macam, ah malas nak cakap, cakap pun macam tu jugak. Atau tiap kali berbincang untuk satu-satu keputusan, tak berakhir dengan keputusan yang dipersetujui, tapi hanya keputusan yang dibuat atas dasar malas nak gaduh.
1 hari, 2 hari, berlarutan seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun. Keadaan masih begitu, hati makin tawar. Tambahan dengar rakan-rakan bercerita tentang betapa indahnya perkahwinan mereka. Sedang dia hanya mampu senyum.
Sebenarnya segalanya berpunca dari perasaan tak puas hati yang disimpan, tak terluah. Umpama gunung berapi. Disimpan puluhan tahun, sampai masa ia meledak. Lepaskanlah dari hubungan terus mengikat dalam keterpaksaan.
Fitrah suami isteri adalah bersama dalam suka dan duka. Teman susah dan senang. Tidur bersama. Makan bersama. Sentiasa saling mencintai. Sentiasa rasa dihargai dan menghargai. Jika semua tu dah tak ada, apa guna lagi sesuatu hubungan.
Jika pasangan kita dah tak macam dulu, carilah puncanya. Kalau lelaki tak nak bercakap, sebab sifatnya yang tak suka bercerita. Kalau perempuan tak nak bercakap, sebab mungkin dia dah penat bercerita.
Semoga perkongsian ini membuka mata dan hati pasangan suami isteri di luar sana. Jaga dan hargailah selagi masih ada cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup bahagia melihat pelakon, Beto Kusyairy bersama isterinya, meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 tahun baru-baru ini berdua di Pulau Tuba.
Menurut Beto menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dia dan isteri tidak meraikan anniversary mereka kerana genap setahun bapa mentuanya telah meninggal dunia pada sehari sebelum ulangtahun perkahwinan mereka.
“16 tahun bersama cuma tahun ini kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami.”-kapsyen Beto di TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap Beto sebagai seorang suami yang sangat setia, serta ada yang sempat bertanyakan kepada pelakon ini petua untuk kekal bahagia dalam rumah tangga.
“Tips kekal bahagia sampai ke hari ini. Please..”
“Aku tak tahu kenapa, Terasa bahagia. Walaupun berdua. Semoga ada rezekinya ya.”
“Muka mirip, alhamdulillah.”
“Ya Allah, rahmatilah kedua suami isteri ini. Kurniakan mereka dunia dan akhirat. Aamin.”
“Beruntungnya si isteri dapat yang macam ni. Dan beruntung jugak si suami dapat isteri macam ni.”
“Tapi Siapalah Saya Untuk Menasihati..”
Beto dilihat membalas salah satu komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa petua dirinya untuk kekal bahagia bersama isteri adalah mencipta kebahagiaan, bukannya mencari.
“Cipta..Bukan mencari. Tapi siapalah saya untuk menasihati.”-balas Beto Kusyairy
Sekadar info, Beto Kusyairy mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Tisha Sahar pada Februari 2008. Namun pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...