Adakah anda tergolong dalam kategori orang yang ada perancangan untuk berkahwin tapi hasrat itu terpaksa dipendamkan dulu sebab tak cukup duit? Jangan bimbang kerana perkongsian daripada Kak Sha ini mungkin boleh membantu anda.
Diharapkan moga perkongsian berguna ini boleh memberi nafas lega untuk anda merealisasikan hasrat berumah tangga.
HALOOO… NI KAK SHA NAK PESAN KEPADA YANG BERDARAH MUDA TU, JANGAN LAAA SEGALA PERKARA INGIN DICUBA. ORANG TUA-TUA KATA, TAK MENYEMPAT. PAHAM KE IDOKKK? PADA USIA MUDA REMAJA NI, KITA JANGAN SESEKALI MEMBUAT SESUATU PERKARA TERGESA-GESA TANPA BERFIKIR. ADA POSITIF DAN NEGATIF DI SEBALIK TINDAKAN KORANG TU. BAGUS YANG MEMPUNYAI SIFAT INGIN TAHU DAN INGIN MENCUBA PELBAGAI PERKARA. AKAN TETAPI, MELANGKAH MASUK KE ZAMAN PERKAHWINAN INI BUKANLAH PERKARA MAIN-MAIN. INGIN DIINGATKAN, DALAM PERKAHWINAN TIADA “TRY & ERROR”.
BAGI KEBANYAKAN KAUM WANITA, BILA TENGOK ANAK BUAH ATAU BABY-BABY COMEL, TERDETIK DI SUDUT HATI INGIN MENIMANG ANAK SENDIRI SECEPAT MUNGKIN. BILA MENONTON DRAMA DAN FILEM CINTA, ALANGKAH SUWIT DAN BAHAGIANYA KEHIDUPAN PASANGAN TERSEBUT. JANGAN TERPEDAYA YA KORANG, KEHIDUPAN SELEPAS BERKAHWIN BUKANLAH SESUATU YANG SENANG. BAHKAN NAK MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN ITU SENDIRI JUGAK SUSAH DAN MEMERLUKAN KOS YANG AMAT BANYAK.
BUKAN LA KAK SHA NI NAK MENAKUT-NAKUTKAN KORANG, TAPI HANYA INGIN KONGSIKAN FAKTA DAN REALITINYA. YE, TIDAK DINAFIKAN SELEPAS BERKAHWIN ALLAH JANJIKAN REZEKI BERKAHWIN. TAPI KITA JUGA PERLULAH MERANCANG DENGAN BETUL.
KITA HIDUP DI BANDAR, GAJI BULANAN BERAPA JE. AWAL BULAN TERIMA GAJI, POTONG ITU INI, HABIS. TAMBAHAN PULA ADA PELBAGAI AKTIVITI DAN KEDAI MAKAN ALA HIPSTER YANG TERINGIN KITA MENCUBA. SETIAP AWAL BULAN “AKU DESERVE MAKAN SEDAP-SEDAP, SEKALI JE”. SEKALI JE KE? EH ALAA…
TAK APA, LEPAS BACA KORANG BACA ARTIKEL INI, CUBA TERAPKAN TIPS-TIPS INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KORANG YA. KAK SHA DOAKAN MOGA KORANG YANG BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN TU BOLEH TARIK NAFAS LEGA.
MULA LEBIH AWAL
Kepada pasangan muda di luar sana yang sudah bertemu jodoh, dinasihatkan catat cara perbelanjaan korang setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk korang senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini. Bahkan inilah peluang korang untuk mengumpul lebih banyak setiap bulan.
Dengan adanya buku nota untuk mengesan budget bulanan korang, kini korang dah tau berapa yang korang mampu simpan setiap bulan sebenarnya. Bila duduk bersama pasangan korang tu, bincang la apa perkara wajib yang perlu ada untuk majlis korang nanti. Berapa ramai yang akan dijemput dan sebagainya.
Pelbagai cara sebenarnya yang boleh korang lakukan untuk menyimpan wang, yang penting terapkan disiplin dalam diri. Janganlah “bulan ni guna extra RM100, bulan depan ganti.” Percayalah, korang akan ulang perkara sama bulan depan. Wang simpanan ini bukan sahaja untuk kenduri kahwin, selepas berkahwin pun masih perlu teruskan hidup.
BAKAL PENGANTIN POMPUAN PERLU JUGA BERTANGGUNGJAWAB
Ads
Bila cakap saja mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tapi tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat sesama? Ye duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi nanti.
Wahai bakal pengantin pompuan, awak juga yang akan berkahwin dengan lelaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan korang berdua, jadi janganlah bebankan si dia seorang dalam hal menyimpan duit ni ya.
BUAT KERJA PART TIME
Untuk korang yang ada masa lebih tu, bolehlah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin nanti.
Ads
UKUR BAJU BADAN SENDIRI
Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari gahnya lokasinya, atau betapa mahal kos pelaminnya, malah bukan juga dari betapa mahalnya mas kahwinnya. Yang penting keberkatan majlis itu.
TAHAN NAFSU
Ads
Siapa yang tak excited bila berjalan-jalan di mall dan lihat perkataan SALE besar-besar warna merah. Lagi-lagi kaum wanita, tak duduk diam dibuatnya. Ada je alasan yang diberi untuk pergi membeli-belah. Sebelum korang langkah masuk untuk mencuba baju dan kasut yang cantik-cantik itu, tarik nafas dalam-dalam dan kata pada diri korang “TAHAN NAFSU”, aku kena menyimpan untuk majlis aku akan datang.
Kawan adalah lagi satu faktor yang akan mempengaruhi korang menggunakan wang berlebihan budget, tidak salah untuk keluar dan luang masa bersama mereka, akan tetapi pastikan budget korang tidak lari. Beritahu kawan korang tu dengan cara baik yang korang sedang menyimpan dan tidak boleh selalu makan luar hihihi.
Dating bersama kekasih, kalau boleh ingin berjumpa hari-hari. Sehari tak bersemuka naik gila rasanya. Ingat setiap kali korang keluar berdating, akan ada jer wang yang mengalir keluar daripada dompet tu.
Kak Sha tengok bebudak sekarang ni, kerja biasa-biasa jer tapi bila keluar phone dari poket kemain lagi, canggih manggih dari handphone Kak Sha ni huhuhu. Kekadang bukan satu, malah sampai dua phone canggih yang dipakainya. Kena la tengok kemampuan kita dan untuk kegunaan apa, jika setakat untuk Instagram dan Facebook mungkin boleh ditangguhkan dahulu pembeliannya betul tak?
“Bermacam-macam cara yang boleh kita lakukan sebenarnya untuk mengelakkan membuat pinjaman. Ia hanya persoalan cepat atau lambat duit kita cukup untuk melangsungkan perkahwinan. Sabar dan jaga disiplin diri. Bak kata orang tua-tua, “BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN”.”
MOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU PADA KORANG YANG NAK KAHWIN TU.. DAN JANGAN LUPA SHARE DAN BAGITAU KAT KEKAWAN ATAU SEDARA MARA YANG NAK KAHWIN TU OK.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Veil adalah pelengkap kepada persalinan perkahwinan atau pertunangan anda. Bakal pengantin perempuan yang masih belum jumpa dan tidak terfikir jenis veil yang anda mahu, mulakan pencarian inspirasi anda di sini!
Hiasan beading yang separa berat di atas veil anda boleh menjadikan stail anda kelihatan elegan. Susunan beading dengan corak yang berseni menjadikan veil anda kelihatan lebih eklusif.
Kadang kala anda tidak perlukan beading untuk tampak manis. Cukuplah dengan sulaman kerawang yang berpadanan dengan baju anda. Veil pendek juga sesuai untuk yang berbadan petite dan yang mahu kelihatan ringkas
Jika anda tidak selesa kerana beading yang berat atau kerawang bukanlah citarasa anda, dan anda mahukan sesuatu yang lebih ringkas, gunakan veil dengan potongan sisi yang menarik. Di bahagian tepi potongan ini, hiasakan secara minimal seperti yang anda suka
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keluarga adalah teras dan asas dalam perhubungan antara manusia dengan manusia. Jika hubungan keluarga sudah berantakan, maka hancurlah hubungan-hubungan yang lain. Dan di dalam sebuah rumah tanggalah tegaknya kepimpinan seorang lelaki bernama suami. Jangan harap seseorang mampu memimpin ummah sebelum berjaya memimpin orang rumah.
Apabila berbicara tentang perkahwinan semua menganggapnya indah, namun sedarkah mereka dalam sesebuah perkahwinan ada turun naiknya. Ini pesanan buat ketua rumah tangga, dan imam buat keluarga oleh Pahrol Mohamad Juoi.
Sebuah rumah tangga juga bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kapal yang sedang belayar. Suami ialah nakhodanya. Peranan nakhoda sangat penting kerana dia bukan sahaja perlu memastikan keselamatan para penumpang tetapi pada masa yang sama dia perlu memastikan kapal yang dikemudikannya itu sampai ke matlamat. Begitulah suami, dia mesti menyelamatkan isterinya daripada kesengsaraan hidup dunia sekali gus mencapai keredaan Allah di akhirat.
Rasulullah SAW berpesan terus kepada suami: ”sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Sehubungan dengan itu terdapat beberapa keperluan (zahir dan batin) yang mesti diusahakan oleh seorang suami sebagai melengkapkan infra struktur dan prasarana dalam menyara hidup, mendidik dan memimpin isterinya. Tugas memenuhi keperluan ini merupakan tanggung-jawab paling asasi dan faktor yang paling kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalannya dalam sesebuah rumah-tangga.
PENUHI 4 KEPERLUAN ISTERI
Sebagai imam, suami pada dasarnya wajib memenuhi empat keperluan isterinya.
Pertama- keperluan fizikal dan material, seperti soal makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan sakit demam isterinya. Ini merupakan keperluan paling asas. Selagi keperluan ini dipenuhi, maka itu petunjuk bahawa suami masih mahu bertanggungjawab walaupun mungkin ada kelemahan dalam memenuhi keperluan-keperluan yang lain.
Kedua- keperluan akal (ilmu). Para suami wajib mengajar isterinya ilmu fardu Ain. Soal taharah, wuduk, solat dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab suami mengenalkan isterinya kepada Allah, Rasul dan lain-lain elemen dalam rukun iman (Tauhid). Kemudian disusuli cara-cara beribadah asas dalam rukun Islam (Feqah) diikuti pengamalan nilai-nilai mulia pada diri (adab & akhlak).
Ketiga – keperluan emosi. Seorang suami mesti memberi kasih sayang kepada isterinya. Untuk membina dan mengekalkan kasih sayang, maka suami harus menjadi pendengar yang baik pada isterinya. Ingatlah, tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar. Suami yang baik ialah seorang pendengar yang baik.
Keempat- keperluan batin atau rohani. Ini bukan sahaja merujuk kepada keperluan seksual, tetapi keperluan mendapat pendidikan dan akhlak yang baik untuk diteladani. Keperluan ini sangat sukar diisi oleh suami sedangkan ini adalah keperluan yang paling utama dibandingkan keperluan-keperluan yang lain. Bukan itu sahaja malah ada suami yang tidak menganggap soal ini sebagai satu keperluan pun. Apa yang dipentingkan hanyalah keperluan fizikal dan akal semata-mata.
Islam juga sangat mementingkan persoalan ini berdasarkan perintah Allah dalam Al Quran:“Wahai orang yang beriman, selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada azab api neraka.”
ADA SUAMI YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMENUHI KEPERLUAN FIZIKAL DAN AKAL ISTERI DENGAN ANGGAPAN MEREKA SUDAH PUN MENJALANKAN TUGAS SUAMI DENGAN BAIK, SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA MEREKA BUKANLAH SUAMI YANG BAIK KERANA MENGABAIKAN KEPERLUAN EMOSI DAN HATI ISTERI. SEBAB ITULAH TIDAK HAIRAN JIKA KITA DAPATI RAMAI ISTERI YANG TERTEKAN EMOSI DAN TERDERA JIWANYA KERANA ROHANI MEREKA KOSONG, TIDAK PERNAH TERISI.
KAHWIN BUKAN UNTUK SERONOK
Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri. ‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga.
Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita. Untuk mendapat haknya yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.
Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta. ‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.
Ayat Quran yang berbunyi, “selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka” sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!
Sumber : JK PEKA IKRAM
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luasnya nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadap hambaNya, termasuk yang bukan Islam. Namun ada kalanya kita berdepan dengan masalah kewangan sehingga perbelanjaan tertentu terpaksa dipotong dan rasa seperti tidak ‘cukup’.
Sebagai umat Islam, terdapat beberapa amalan dan doa murah rezeki yang boleh diamalkan malah amat disukai Allah SWT. Berikut adalah antara amalan dan doa supaya rezeki kita dilancarkan dan melimpah ruah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak.
1) Sentiasa beristighfar
Perbuatan berbentuk rintihan hamba kepada Allah SWT kerana kesal dan mengakui dosanya. Allah SWT amat suka dan kasihan kepada mereka yang sering bertaubat. Allah SWT akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa beristighfar seperti yang dijanjikanNya di dalam sebuah hadith :
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’I, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.).
2) Solat 5 waktu
Jika mahu rezeki sentiasa masuk dan mendapat keberkatanNya, pastikan anda tidak tinggal solat 5 waktu, malah lebih elok jika mampu menunaikan secara berjemaah.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu nexcaya Aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A).
3) Sentiasa bersedekah
Tahukah anda, mereka yang gemar bersedekah hartanya tidak berkurangan bahkan semakin bertambah. Sentiasa ikhlaskan hati ketika bersedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurnianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261).
4) Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
Janganlah kita menjadi golongan anak derhaka yang mengabaikan ibu bapa dan hanya mengingati mereka ketika berdepan dengan kesempitan hidup. Berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah reseki (Allah) daripadanya.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).
5) Memudahkan urusan orang lain
Sentiasa ada kebaikan untuk kita apabila kita berbuat baik terhadap orang lain. Malah Allah SWT akan permudahkan pula urusan kita. Justeru itu, sentiasalah memudahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan.
Selain amalan, umat Islam digalakkan sentiasa berzikir dan mengamal serta menghafal doa murah rezeki. Antaranya adalah :
Asma’ul Husna boleh dijadikan sebagai doa murah rezeki seharian kerana ia menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati serta mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. Selain membantu melapangkan rezeki, ia juga membantu ‘memaniskan’ iman.
Surah Al-Ikhlas juga boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki. Sebagaimana Hadis Riwayat At-Tabrani yang bermaksud:
Surah Al-Waqi’ah juga punya ‘khasiatnya’ tersendiri dalam usaha untuk melapangkan rezeki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!