Tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku sedikit perbalahan, persengketaan dan malah ada sampai pasangan merajuk. Selalunya yang paling ‘kuat’ dan mudah merajuk tentulah kaum isteri. Kalau isteri merajuk, suami kenalah pujuk. Jangan biarkan isteri mengasingkan diri. Jangan biarkan isteri merajuk terlalu lama atau memendam rasa.
Sebagai manusia biasa dan tidak sempurna, kita ada kelemahan. Masing-masing perlu selesaikan. Ketika inilah suami perlu bijak memainkan peranan kerana suami adalah imam dalam sesebuah keluarga.
Berikut perkongsian daripada Imam Muda Hassan Adli
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri. Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu. Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian. Dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami.
Sumber: Facebook Imam Muda Hassan Adli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI