Penampilan seseorang hijabis apabila bergelar ratu sehari perlu dititikberatkan agar penampilan anda sopan dan tidak terlalu menonjol. Pemakaian hijab yang betul dan sempurna juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda mematuhi syariat dan dalam pada masa yang sama tampak anggun dan menawan.
Dalam pemakaian tudung buat pengantin berhijab, ada beberapa faktor yang perlu diberi keutamaan agar penampilan anda terlihat sopan dan menawan. Jom kita lihat 6 langkah penting yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan gaya tudung yang tepat dan sempurna di majlis perkahwinan. Mudah dan cukup praktikal!
1. PEMILIHAN FABRIK
Sebaiknya pilih fabrik yang tidak berkilat untuk digayakan di hari bahagia anda seperti satin. Ia bersifat panas dan bakal membuatkan anda tidak berasa selesa pada tempoh yang lama. Fabrik terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah sifon, georgette, cita, sari dan renda.
IKLAN
2. PEMILIHAN RONA
Rona pemilihan tudung juga perlu dititikberatkan agar penampilan anda lebih menyerlah. Sekiranya busana anda berona biru lembut, sebaiknya pemilihan tudung berada dalam kumpulan rona yang sama. Jangan memilih tudung yang kontra seperti merah, kuning dan sebagainya.
3. STAIL TUDUNG
Perkara penting yang perlu diingat oleh para muslimah ialah cara pemakaian tudung. Seharusnya tudung yang dipakai perlulah menutup bahagian dada agar tampak sopan dan menutup aurat. Pemilihan tudung juga haruslah tidak terlalu jarang sehinggakan boleh kelihatan bentuk telinga dan leher.
IKLAN
4. ANAK TUDUNG YANG SESUAI
Anak tudung juga boleh membuatkan penampilan tudung anda lebih kemas dan terletak. Pilih anak tudung yang boleh menutupi keseluruhan kepala anda agar meemudahkan sesi pemakaian layah dan tiara.
5. KESESUAIAN TUDUNG DENGAN BENTUK MUKA
IKLAN
Gaya tudung juga harus mengikut kesesuaian bentuk muka anda. Sekiranya anda memiliki bentuk wajah yang petak, anda boleh memilih anak tudung yang mempunyai awning. Ia dapat memberikan ilusi yang lebih panjang buat wajah anda. Pilihan rona tudung juga harus sesuai dengan ton kulit anda.
6. PERINCIAN
Elak dari memakai tudung yang sarat dengan perincian manik atau batu permata. Cukup sekadar kosong dan polos. Padankan tudung polos anda dengan layah berjemeki dan tiara ringkas. Pastinya penampilan anda lebih menawan dan relevan.
#WorldHijabDay
#WonderHijabi
#StrongInHijab
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua hari lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Inilah masa untuk kita meningkatkan lagi amal ibadah kita kerana pintu syurga pada waktu ini dibuka seluas-luasnya. Jadi, buatlah amal kebaikan dan pahala sebanyak yang mungkin.
Sebelum berpuasa, anda digalakkan untuk bersahur kerana ia merupakan perkara sunat. Isilah perut anda sedikit walau dengan sebiji kurma. Memandangkan Ramadan bakal tiba, kami ingin kongsikan 13 perkara yang boleh anda lakukan bermula azan Subuh sehinggalah sebelum anda bangkit daripada tikar sejadah.
Perkongsian ini meraih 24.4K Retweets dan dikongsi oleh pemilik akaun, @tufairies. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].
Solat Subuh berjemaah. Ia 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian [Al-Hadith].
Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang
daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].
Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.
Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.
Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.
Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.
Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.
Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.
Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.
Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].
Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].
Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.
NOTA!
Amalkan ketika berseorangan.
Amalkan juga ketika bersama keluarga.
Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.
Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.
Sekarang kita tengok di setiap majlis kahwin dah jarang orang bawa hadiah untuk pengantin. Kebanyakan dari kita lebih senang beri duit sebagai hadiah. Memang tidak dinafikan, duit amat diperlukan oleh pengantin yang baru memulakn hidup. Tapi ada beberapa barang yang memang berguna untuk dijadikan hadiah.
Barang Elektrik
Kuali
Tuala
Bantal
Pinggan Mangkuk
Duit
Kipas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apakah hukum seorang wanita yang awalnya memakai tudung disebabkan sesuatu tapi sampai satu masa dia membuka tudung kerana ia merasakan memakai tudung itu bukan dirinya yang sebenar, lalu dia buka tudung kerana merasakan isu dirinya yang sebenar.
Jawapan:
Alhamdulilah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat.
Firman Allah dalam surah an-Nur, 24:31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka (wanita Muslimah) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;”
Berkata Imam Ibn al-Jarir al-Tabari Rahimahullah dalam Jami` al-Bayan (19/159): “Yakni hendaklah para wanita itu melabuhkan tudung kepala mereka menutup dada-dada mereka supaya tertutup juga dengan itu rambut, tengkuk dan telinga mereka.”
Berkata Syeikh al-Maraghi dalam Tafsir-nya (18/99) : “Wanita pada zaman dahulu menutup kepala mereka dengan khimar (tudung) dan melabuhkan hujung tudung itu ke belakang badan supaya terdedah leher dan dada mereka, seperti kebiasaan zaman Jahiliyyah, lalu mereka dilarang syarak daripada berbuat sebegitu lagi. Berkata Sayyidatuna Aisyah RA: “Semoga Allah merahmati kepada kaum wanita Muhajirin yang awal. Mereka, apabila Allah menurunkan ayat : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ, mereka lantas mengoyakkan kain Murat (sejenis tekstil yang diperbuat daripada bulu bebiri) mereka lalu mereka jadikan sebagai tudung.”
Ini merupakan dalil jelas tentang kewajipan menutup aurat dan inilah yang disepakati oleh para ulama.
Ucapan sebegini adalah berbahaya kerana ditakuti padanya mengandungi unsur kekufuran. Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili hafizhahullah: “Jika seorang muslim mengingkari suatu hukum syarak yang sudah disepakati ke atasnya dan mudah diketahuinya dalam agama, maka dia sudah kafir.” Rujukal-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/233). Justeru sewajarnya seorang Muslim itu mengelakkan sedaya mungkin menyebut “Ingin menjadi diri sendiri” sebagai justifikasi terhadap maksiat yang dia lakukan.
Adapun jika dia menyebut perkataan itu kerana dia tidak mahu menutup aurat tetapi dia mengiktiraf bahawa dia tertakluk kepada hukum syarat tersebut, maka hukumnya adalah fasiq dan kufur nikmat.
“Sekiranya seseorang itu beri`tikad dan mengakui bahawa semua hukum syarak yang telah disepakati dan diketahui dalam agama secara darurat (mudah), tetapi tidak melakukan tuntutan itu, lalu melakukan perbuatan yang dilarang itu, maka orang itu adalah pelaku maksiat, fasiq dan bukannya kafir.” Lihat Ibid.
Begitu juga jika seseorang itu tidak memakai tudung atas alasan-alasan lain seperti kejahilan dan mendapat ancaman daripada sebahagian masyarakat bukan Islam seperti yang berlaku di negara-negara luar. Kes-kes seperti ini ulama telah berbincang panjang dan ramai dalam kalangan ulama yang membenarkan atas alasan darurat.
Sebenarnya, perintah untuk menutup aurat itu adalah datang daripada Pencipta diri manusia itu sendiri yakni Allah SWT. Justeru menjadi diri sendiri bererti menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang soleh dan soleh. Sewajarnya manusia membenarkan ayat-ayat Allah dan melatih dirinya untuk mengikut hukum hakam yang telah Allah SWT tetapkan untuk bertanggungjawab ke atas amalannya di Hari Kiamat kelak. Firman Allah SWT:
نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Maksudnya: “Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).”
(Surah al-Waqi`ah: 57)
Manusia-manusia yang melatih dirinya mengikut kehendak Allah SWT, mesti pun penuh dengan dugaan dan rintangan, luar dan dalam, akhirnya akan sedar dan tenang tenteram hatinya kerana itulah acuan dirinya yang sebenar. Firman Allah SWT:
Maksudnya: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah( yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah al-Baqarah: 138)
Allah SWT mengetahui perkara ini kerana Dialah yang paling mengetahui masa lalu, masa sekarang, dan masa depan para hamba, lantas menerangkan kepada manusia keadaan mereka yang tenang dan pasrah apabila mengetahui perjuangan mereka selama ini berbaloi. Firman-Nya:
Mereka yang beralasan menjadi diri sendiri untuk tidak menutup aurat berkata mereka tidak mahu bersikap hipokrit atau munafik. Padahal berasa berat dan malas untuk melaksanakan syariat Allah itulah ciri munafik yang patut dijauhi. Firman Allah Taala:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah al-Nisa: 142)
Sememangnya jalan menuju kesempurnaan diri itu melalui pelaksanaan syariat itu akan bertemu pelbagai mehnah dan tribulasi khususnya daripada hawa nafsunya. Namun Allah SWT telah memberi jaminan bahawa Dia sendiri akan membukakan jalan kemudahan kepada mereka yang melatih dirinya untuk menjadi dirinya yang sebenar mengikut acuan Allah SWT. Firman-Nya:
Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Surah al-‘Ankabut: 69)
Semoga kita diberikan hidayah dan direzekikan kekuatan untuk mengikut hidayah itu.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!