Ketahuilah Duhai Isteri, Inilah 5 Syarat Untuk Wanita Mudah Masuk Ke Syurga Allah!

Ketahuilah Duhai Isteri, Inilah 5 Syarat Untuk Wanita Mudah Masuk Ke Syurga Allah!

Wanita adalah adalah sebaik-baik kejadian dan mulia di sisi Allah SWT. Biarpun ketika zaman Jahiliyah kanak-kanak perempuan dibunuh, namun Islam mengangkat darjat golongan wanita. Bersyukurlah sesiapa yang dilahirkan sebagai insan istimewa ini.

Wanita yang beruntung adalah wanita yang menjaga auratnya, mentaati suami jika dia telah berkahwin, menjaga maruah dan yang paling utama, mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Bagi wanita yang sudah berkahwin, suami adalah sumber pahala yang paling mudah untuk dikaut setiap hari. Setiap tanggungjawab yang ditunaikan semuanya berpahala. Beruntung wanita sebenarnya.

Bagaimana Wanita Mudah Untuk Masuk Syurga Allah?

Wanita mudah untuk menikmati syurga yang Allah jadikan asalkan dirinya melakukan perkara-perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ini merupakan lima syarat agar wanita mudah masuk syurga.

Syarat Pertama

Hendaklah melaksanakan kewajipan agama. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang  bermaksud), “Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga”

Syarat Kedua

Hendaklah seseorang wanita itu mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at- Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang  menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau  tidak bersamanya.

Syarat Ketiga

Selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (yang bermaksud): “Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.”

Syarat Keempat

Rajin bersolat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dan Abu Said رضي الله عنه bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda (yang bermaksud): “Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah”.

Syarat Kelima

Adalah berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda  (yang bermaksud): “Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling  banyak menjadi penghuni neraka”.

Demikianlah kelebihan seorang wanita Islam. Tidak sukar untuk wanita masuk syurga asalkan menjaga kelima-kelima perkara ini. Namun sayangnya, ramai wanita kini tidak pandai menjaga maruah diri, tidak menutup auratnya, menderhakai suami dan sebagainya. Wallahua’lam..

Sumber: bicarasantai.com

Agar Majlis Perkahwinan Lancar, Awasi 3 Hal Penting Ini

Agar Majlis Perkahwinan Lancar, Awasi 3 Hal Penting Ini

Menyempurnakan majlis perkahwinan agar berlangsung dengan sukses menuntut masa yang panjang dengan bantuan mental dan fizikal yang sihat. Semua yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mendambakan satu majlis yang sempurna. Memuaskan para tetamu undangan juga menjadi suatu hal yang wajib dilaksanakan bagi para pasangan sebagai indikator kejayaan sebuah majlis perkahwinan. Oleh itu bakal pengantin perlu beri perhatian akan beberapa hal berikut untuk majlis berjalan lancar.

Tingkatkan keselamatan persekitaran

Mempersiapkan keadaan keselamatan merupakan hal yang paling penting anda perhatikan. Dengan keadaan ramai orang yang berkerumun tentunya terdedah akan hadirnya orang-orang yang memiliki niat jahat di dalam majlis perkahwinan yang anda buat. Untuk itulah peranan petugas keselamatan seperti polis atau rela perlu ditingkatkan untuk mengusir kejadian yang tidak di ingini.

Pastikan tok kadi dan saksi hadir tepat pada waktunya

Kehadiran tok kadi sebagai juru nikah perkahwinan anda tentunya merupakan perkara terpenting dari lancarnya sebuah acara. Bayangkan, ketika semua tetamu undangan telah hadir, makanan sudah dihidangkan dan seluruh keluarga besar telah hadir, tetapi tok kadi dan saksi belum menampakkan dirinya, apa yang bakal anda lakukan? Yang pasti jangan panik, maka untuk menghindari hal itu segera pastikan pegawai yang hadir dan catat nombor telefonnya agar mudah dihubungi. Kalau perlu, lakukan perjanjian dari awal hari dan suruh orang untuk menjemput pegawai tersebut agar anda boleh memastikan sendiri kehadirannya dalam perkahwinan agar majlis berjalan lancar.

Cuba periksa persiapan semua vendor perkahwinan

Dalam menyelenggarakan majlis perkahwinan, persiapan seluruh vendor seperti photography, katering, dekorasi dan juru mekap menjadi satu kesatuan yang saling menyempurnakan. Kehadiran mereka semua tentunya sangat membantu menjayakan acara yang telah anda buat.

Maka dari itu, sebelum menjalin kontrak kerjasama, pastikan terlebih dahulu bahawa vendor yang telah anda pilih sudah memiliki track record yang jelas dan sudah berpengalaman dalam bidang perkahwinan. Kerana jika tidak dipilih betul, alih-alih majlis menjadi kucar kacir akibat perihal vendor yang dipilih oleh anda.

Bakal Pengantin, Anda Tak Kan Mampu Puaskan Hati Semua Orang!

Bakal Pengantin, Anda Tak Kan Mampu Puaskan Hati Semua Orang!

Dalam meraikan hari bahagia anda, kalau boleh semuanya ingin anda undang . Inilah masanya untuk mengumpulkan semua yang anda kenali di hari bahagia itu nanti.  Namun adalah mustahil untuk anda jemput semuanya. Perasaan bimbang, bingung atau tidak enak mungkin akan kamu alami ketika  menentukan jumlah tetamu undangan yang bakal hadir dalam majlis perkahwinan anda.

Bagi memudahkan anda dalam menentukan jumlah tetamu undangan, ikut tip berguna ini.

Anggarkan kos keseluruhan perkahwinan

Anggaran yang anda sediakan, tentunya sangat mempengaruhi terhadap jumlah tetamu undangan yang akan hadir. Ketika anda menyediakan dana yang besar tentunya kuantitinya pun akan dapat menampung ramai orang, anggaran untuk katering dan kapasiti dewan juga akan disesuaikan dengan anggaran yang anda buat. Jadi, bijaksanalah dalam menentukan anggaran tetamu kerana ini merupakan langkah awal bagi anda untuk menambah ataupun memotong kehadiran tetamu undangan yang akan hadir.

Menentukan berdasarkan hubungan yang terdekat

Senangnya memiliki banyak teman tentunya membuat kita ingin mengundang seluruh teman yang kita ada untuk menghadiri majlis perkahwinan yang kita selenggarakan. Boleh saja anda mengundang semua teman di facebook, twitter, instagram . Tetapi saranan kami, agar  senarai tetamu tidak bertambah, cubalah untuk menentukan jumlah tetamu undangan berdasarkan rakan yang terdekat . Jika anda  tidak terlalu kenal, mungkin utamakan teman-teman yang telah kamu anggap kenal dan dekat.

 Utamakan keluarga besar terlebih dahulu

Sebelum anda menentukan jumlah tetamu undangan, dahulukan saudara terdekat anda iaitu keluarga yang terdekat. Mengundang keluarga besar juga menjadi saranan menjalin silaturahim dan saling mengenal antara satu dengan yang lainnya.

Hilangkan rasa bersalah apabila tidak mengundang teman

Biasanya, jika anda telah mengenal seseorang maka keinginan untuk mengundangnya akan besar. Tetapi yang harus diperhatikan adalah bahawa ketika anda tidak mengundang teman yang baru dikenal ataupun yang lainnya, tidak usah terlalu membawa perasaan dan beranggapan yang bukan-bukan.

Nak Majlis Kahwin Meriah Tapi Kos Rendah? Ikut 4 Cara Jimat Ini, Memang Berkesan!

Nak Majlis Kahwin Meriah Tapi Kos Rendah? Ikut 4 Cara Jimat Ini, Memang Berkesan!

Menyentuh hal kenduri-kendara, hal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan wang untuk menyelenggarakan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, silap-silap anda boleh dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.

Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.

Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.

1. Buat poster undangan atas talian

Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.

Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.

2. Idea konsep pra-perkahwinn yang unik

Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.

3. Senaraikan jemputan para tetamu

Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.

4. Minta bantuan teman

“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.

Andai Majlis Perkahwinan Dihadiri Oleh Tetamu VIP, Jangan Lupa Buat Perkara Berikut

Andai Majlis Perkahwinan Dihadiri Oleh Tetamu VIP, Jangan Lupa Buat Perkara Berikut

Sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri oleh tetamu VIP merupakan suatu kehormatan tinggi bagi anda sebagai tuan rumah yang menyelenggarakan majlis perkahwinan tersebut. Jika biasanya tetamu undangan di dominasi oleh keluarga besar dan sahabat handai, maka ketika hari bahagia anda kedatangan tetamu VIP tentu pasti anda perlu merainya dengan baik. Sebagai tanda penghargaan terhadap kesudian mereka untuk datang, keselesaan mereka sepanjang berada di majlis tersebut haruslah dijaga. Tempatkanlah mereka secara khusus dan eksklusif. Bagaimana caranya agar tetamu VIP ini selesa? Usah panik, ikut langkah berikut agar majlis berlangsung dengan sukses.

Berikan tempat duduk khas

Jika majlis perkahwinan dihadiri oleh tetamu VIP dengan konsep standing parti maka berilah ruang atau tempat khusus secara terpisah untuk menjamu tetamu VIP agar keselesaan mereka terjamin. Jangan lupa untuk membuat sitting table yang telah didekorasi semanis mungkin, sehingga tetamu VIP dapat duduk santai menikmati majlis perkahwinan anda. Jumlah undangan VIP biasanya terbatas, maka dari itu kerusi yang diperlukan pun juga sedikit dan tidak memakan ruang yang terlalu luas.

Bezakan kad undangan VIP dengan tetamu lain

Sebagai bentuk penghormatan, maka bezakanlah antara undangan untuk tetamu umum dengan kad undangan untuk VIP. Desain undangan harus dibuat tersendiri dan berbeza bagi tetamu VIP tersebut secara detail. Bila perlu buatlah undangan yang agak mahal agar dilihat bahawa anda sangat menghormati mereka dan mengharapkan kehadirannya.

Berikan cenderahati khusus

Seperti undangan, cenderahati juga lebih afdal bila dibezakan khusus untuk tetamu VIP. Tak ada salahnya anda menaikkan standard cenderahati daripada tetamu undangan lain. Ini sebagai tanda anda menghormati mereka yang telah hadir di majlis perkahwinan anda.

Siapkan katering di ruang VIP

Kerana ditempatkan di ruang khusus, untuk memudahkan mobilisasi dan efisiensi keadaan maka katering juga perlu ditempatkan dekat ruang perkahwinan dihadiri oleh tamu VIP. Tidak perlu merasa rugi, kerana dapat dipastikan bahawa makanan yang berada dalam bufet tersebut pun tidak akan habis oleh para tetamu VIP. Nantinya makanan tersebut pun boleh dimakan oleh anda setelah selesai majlis perkahwinan.

Siapkan pelayan khusus di ruang VIP

Jangan lupa pula untuk menempatkan pelayan yang bertugas sebagai pemantau makanan untuk melayan tetamu VIP anda. Pelayan yang satu ini akan bertugas menyiapkan keperluan tetamu-tetamu VVIP dan melakukan refill atau isi ulang makanan yang telah habis.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: