Dalam meraikan majlis kahwin, kalau boleh semuanya ingin anda undang. Inilah masanya untuk mengumpulkan semua yang anda kenali di hari bahagia itu nanti. Namun adalah mustahil untuk anda menjemput kesemuanya.
Pasti anda akan alami perasaan bimbang, bingung atau tidak enak ketika menentukan jumlah tetamu undangan yang bakal hadir di majlis perkahwinan anda. Bagi memudahkan anda dalam menentukan jumlah tetamu undangan, empat cara ini boleh membantu menghilangkan kekusutan yang anda alami.
1. Anggarkan kos keseluruhan perkahwinan
Anggaran yang anda sediakan, tentunya sangat mempengaruhi terhadap jumlah tetamu undangan yang akan hadir. Ketika anda menyediakan dana yang besar tentunya kuantitinya pun akan dapat menampung ramai orang, anggaran untuk katering dan kapasiti dewan juga akan disesuaikan dengan anggaran yang anda buat. Jadi, bijaksanalah dalam menentukan anggaran tetamu kerana ini merupakan langkah awal bagi anda untuk menambah ataupun memotong kehadiran tetamu undangan yang akan hadir.
2. Menentukan berdasarkan hubungan yang terdekat
Senangnya memiliki banyak teman tentunya membuat kita ingin mengundang seluruh teman yang kita ada untuk menghadiri majlis perkahwinan yang kita selenggarakan. Boleh saja anda mengundang semua teman di facebook, twitter, instagram . Tetapi saranan kami, agar senarai tetamu tidak bertambah, cubalah untuk menentukan jumlah tetamu undangan berdasarkan rakan yang terdekat . Jika anda tidak terlalu kenal, mungkin utamakan teman-teman yang telah kamu anggap kenal dan dekat.
3. Utamakan keluarga besar terlebih dahulu
Sebelum anda menentukan jumlah tetamu undangan, dahulukan saudara terdekat anda iaitu keluarga yang terdekat. Mengundang keluarga besar juga menjadi saranan menjalin silaturahim dan saling mengenal antara satu dengan yang lainnya.
4. Hilangkan rasa bersalah apabila tidak mengundang teman
Biasanya, jika anda telah mengenali seseorang maka keinginan untuk mengundangnya akan besar. Tetapi yang harus diperhatikan adalah ketika anda tidak mengundang teman yang baharu dikenali ataupun yang lainnya, tidak usah terlalu membawa perasaan dan beranggapan yang bukan-bukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amal 2 Zikir Ini, Membuka Laluan Jodoh Dan Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka
Mahu rezeki terus terbuka dan lancar? Berzikirlah ! Zikir itu adalah jalan pintas atau jalan termudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kerana zikir tidak terbatas ruang dan waktu. Setiap saat kita boleh melakukannya. Bukan hanya setelah solat fardhu bahkan saat menunggu mahupun di selang seli aktiviti kerja kita boleh berzikir.
Zikir itu intinya adalah mengingat Allah setiap saat. Bukan hanya komat-kamit membaca serangkaian kata-kata dalam bahasa Arab tapi hendaknya harus mengerti erti atau maknanya. Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Kita mengenal ada 99 nama yang dimiliki Allah yang intinya mengagungkan dan membesarkan namaNya.
Salah satu Asmaul Husna yang sering saya amalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.
Al Fattah
Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka keampunan. Apa saja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.
Bagi yang belum bertemu jodoh, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jodohnya, dipertemukan dengan orang tepat dan boleh membimbing dan dibimbingnya menuju jalan Allah.
Bagi yang belum punya anak, zikir ini bererti memohon agar diberi kesempatan memiliki buah hati dari rahim sendiri. Bagi yang belum punya pekerjaan, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jalan menuju pekerjaan impian atau di bukakan jalan untuk memulai usaha sendiri.
Bagi yang punya banyak dosa, zikir ini bererti memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya. Bagi yang punya banyak masalah, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan keluar dan solusi dari semua masalah yang menimpa. Bagi yang lagi sakit, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan kesembuhan baginya.
Ar Razzaq
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Kita semua tahu bahawa Allah lah yang memberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki insya Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya.
Bagi orang yang rezekinya sedikit, susah, tak cukup, sukar diperolehi boleh mengamalkan zikir ini agar rezekinya lancar dan berkat.
Bagi yang memiliki anak, boleh membaca zikir ini agar anak yang dikandungnya atau dididiknya menjadi anak soleh, tidak degil, bermanfaat dan boleh jadi tiket buat menghantar orang tuanya ke pintu surga.
Bagi suami isteri yang mengharungi bahtera rumah tangga yang bermasalah, zikir ini bermanfaat untuk memohon rezeki rumah tangga yang sakinah dan menyatukan dua hati yang berjarak.
Bagi yang sedang usaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir boleh diamalkan. Bagi yang ingin naik haji dan umrah segera boleh merutinkan bacaan zikir ini agar dimudahkan rezekinya menuju ke sana.
Bagi yang perlukan pembiayaan pendidikan, pengubatan, usaha dalam jumlah banyak boleh mengamalkan zikir ini agar dimudahkan memperolehi biaya tersebut.
Cara mengamalkan Ya Fattah Ya Razzaq Banyak yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Bahkan kalau mampu boleh sampai 1000 kali atau 300 kali. Semakin banyak semakin baik.
Hendaknya diamalkan dimana saja dan bila saja, tidak mesti harus selesai shalat fardhu saja. Kalau saya peribadi membaca Ya Fattah Ya Razzaq setiap selesai solat fardu 11 kali (disamping membaca tasbih, tahmid dan takbir). Saya juga membacanya setelah selesai solat sunat dhuha dan solat sunat tahajud.
Setiap selesai dua rakaat solat sunat tersebut sebelum melanjutkannya ke dua rakaat selanjutnya saya sempatkan membaca Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali. Baru kemudian saya lanjutkan dua rakaat berikutnya, selesai salam kembali membaca zikir tersebut sebanyak 11 kali.
Begitu seterusnya, apabila bulan Ramadhan saya juga mengamalkannya diantara solat tarawih, agar puasa saya lebih diberkati dan dimudahkan. Uztaz Yusuf Mansyur menyarankan membacanya minima 12 kali, iaitu 5 kali setelah solat fardu, 1 kali setelah dhuha, 1 kali setelah tahajud dan 5 kali diantara azan dan iqamat.
Disamping membacanya tetap berusaha seperti biasa, yang kerja tetap kerja yang berniaga tetap berniaga, jangan berhenti. Yakin bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang tersekat termasuk rezeki kita. Menyuburkan amalan-amalan pendorong doa, amal soleh dan sebolehnya hindari maksiat.
Setiap saat boleh diamalkan kemudian dilanjutkan doa sesudahnya, memohonkan hajat kita. Bahkan ketika memandu pun boleh baca zikir tersebut sambil mendengarkan lantunan lagu-lagu dari CD atau turut mendengarkan berita dari radio kenderaan.
Pengalaman saya setelah mengamalkan zikir Ya Fattah Ya Razzaq Saya akui bahawa saya orang yang tidak terlalu alim. Ilmu saya masih sedikit dan menjalankan agama sesuai dengan ilmu yang sedikit itu. Zikir ini memang saya amalkan setelah membaca tauziah Uztaz Yusuf Mansyur mengenai percepatkan rezeki dengan zikir Asmaul Husna termasuk Ya Fattah Ya Razzaq.
Seboleh mungkin saya berusaha untuk tidak meninggalkan solat sunat rezeki iaitu shalat dhuha sebanyak 6 rakaat setiap harinya. Saya usahakan untuk shalat tahajud meskipun cuma 2 rakaat (meski terus terang lebih banyak tidurnya hehehe..).
Setelah rutin mengamalkan dengan cara di atas tadi saya tidak pernah merasakan masalah kewangan yang teruk. Pekerjaan saya sebagai pegawai bergaji tetap setiap bulannya tapi Alhamdulillah saya hidup merasa tak pernah kekurangan. Setiap saya ingin membeli sesuatu wangnya pasti tersedia.
Saya tidak pernah mengatakan tidak punya wang (pada diri saya) meskipun kenyataannya wang di bank saya memang tidak ada dan tabungan saya menipis. Saya selalu berfikir bahawa saya punya cukup banyak untuk dibelanjakan dan disyukuri. Jika wang saya sedikit, sedikit juga yang saya belanjakan dan syukurnya yang diperbanyak. Jika wang saya berlebih, saya belanjakan sesuai keperluan disertai syukur kerana boleh berbelanja lebih dari biasanya.
Saya juga berusaha semampunya berbuat baik pada kedua orang tua terutama ibu saya dan mertua. Kerana kebetulan berbeza lokasi, setiap orang tua / mertua mengunjungi kami tak pernah lupa untuk memberi saguhati (perbelanjaan) sekadarnya sebelum mereka pulang, berapa kalipun mereka datang dalam sebulan. Saya sangat faham pentingnya berbakti pada orang tua.
Alhamdulillah sejak saya mulai mengamalkan hal-hal tersebut di atas mulai sekitar tahun 2011 sampai saya menulis tulisan ini di awal July 2015 belum pernah saya merasakan kesulitan yang teruk dalam rezeki saya. Padahal sebelumnya saya juga sering mengalami masalah, seperti rumah dipecah beberapa kali, emas, wang, dan harta benda melayang dicuri orang, kemalangan meskipun tidak parah dan sering merasa kekurangan wang.
Ketika ini meskipun kami tidak kaya berlimpah harta tapi yang paling penting kami selalu merasa cukup. Kami boleh makan, berpakaian, punya rumah yang selamat dan berkongsi rezeki dengan orang lain itu lebih dari cukup.
Saya menuliskan ini real dari pengalaman saya peribadi, insya Allah tidak ada perasaan riyak atau ingin dipuji tapi semata-mata saya niatkan buat pembelajaran untuk kita semua. Bahawa rezeki Allah itu fenomena yang tidak dapat dikira dengan hitungan matematik kerana sifatnya yang abstrak. Bukan kuasa kita untuk menentukan berapa banyak rezeki yang kita terima, tapi itu adalah wilayahnya Allah. Kita hanya meminta dan mempercepatkan diri untuk menerima.
Saya tutup tulisan ini dengan penekanan bahawa ibadah yang baik itu bukan yang jumlahnya banyak tapi yang rutin dilakukan biar jumlahnya sedikit. Demikian pula dengan zikir ini, bukan berapa kali hitungannya dalam sehari tapi kekerapannya. Biar cuma 1 kali sehari tapi jika rutin itu lebih baik dibanding 1000 kali tapi cuma sekali selama setahun. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu alam..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perempuan Sebelum Kahwin Kena Ada Aset Sendiri, Baru Tak Takut Kalau Kena Tindas
Memiliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Namun dengan harga rumah sekarang yang makin lama makin meningkat tidak semua orang mampu memiliknya. Tetapi tidak mustahil, dengan perancangan yang rapi anda juga boleh memiliki rumah sendiri sebagai aset pada masa hadapan.
Perkongsian dari Majalah Labur oleh Nursafika Amira mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda terutamanya para wanita. Jika anda mempunyai pendapatan, apa kata rancang dari sekarang untuk memiliki sebuah rumah. Usah lagi berada dalam pemikiran yang lama, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Suami sudah mempunyai rumah, jadi untuk apa lagi mahu membeli rumah sendiri?
Baca 4 sebab ini untuk anda sebagai wanita memiliki rumah. Tidak rugi melabur demi masa hadapan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kemudian hari. Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
1. Persediaan Jangka Masa Panjang
Sebagai seorang wanita yang menjalani kehidupan pada zaman kini, anda perlu lebih jauh berfikiran ke hadapan. Cuba tengok masa depan untuk tempoh masa 10 dan 20 tahun akan datang.
Sekiranya berlaku musibah atau lebih teruk lagi perceraian, sekurang-kurangnya anda ada juga tempat tinggal untuk diri sendiri dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, jika kematian suami, dapat juga elakkan daripada pergaduhan berkenaan harta yang perlu dibahagi-bahagikan – termasuklah rumah Allahyarham suami tersebut.
2. Atasi Masalah Kewangan Selepas Berkahwin
Semua orang tahu bahawa cabaran selepas berkahwin adalah sangat berbeza daripada ketika sedang bercinta. Tidak semua keadaan menjadi indah seperti yang diimpikan.
Lebih-lebih lagi apabila menyentuh bab berkaitan dengan kewangan. Jika silap pengurusannya, boleh timbul pergaduhan dan masalah dalam rumah tangga.
Jika anda memilki rumah sendiri, anda boleh gunakan rumah tersebut untuk disewakan atau pun refinance semula untuk mendapat modal untuk memulakan perniagaan. Dengan duit tersebut, bolehlah meringankan beban kewangan keluarga.
3. Jadi Suri Rumah
Sudah menjadi impian semua wanita yang berkeluarga untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dengan adanya rumah sendiri, anda boleh jadikannya sebagai pendapatan anda sendiri. Maka dapatlah anda jadi seorang suri rumah bagi menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
4. Tambah Pendapatan
Dah jadi suri rumah, boleh usahakan perniagaan dari rumah seperti berniaga tudung online, buat bisnes dropship dan sebagainya.
Nak jadi full-time trader dengan menjual beli saham pun boleh.
Beruntungnya Kaum Wanita Zaman Sekarang
Secara amnya, tahap pendidikan wanita adalah lebih tinggi, mempunyai jawatan dan juga gaji yang lebih tinggi. Suami pula beri nafkah setiap bulan, jadi apakah alasan untuk anda tidak boleh beli rumah sendiri?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kurma & Susu Kambing Jadi Ikhtiar Dapat Zuriat
Bila kasih sudah diikat dengan perkahwinan, tentunya soal zuriat datang selepas itu. Ada yang dipermudahkan Allah untuk hamil hanya beberapa bulan selepas berkahwin tetapi ada juga yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun dan melalui pelbagai rawatan demi mendapatkan zuriat. Selain berdoa dan tawakal, pasangan juga boleh berusaha dengan segala jalan yang ada untuk menikmati saat memiliki zuriat sendiri.
Perkongsian daripada Ustaz Hanafiah, petua untuk mendapat zuriat dengan mengamalkan susu kambing dan kurma. Petua ini dikongsi oleh salah seorang sahabatnya iaitu seorang ulama’ di Yaman. Menurutnya, seorang wanita berusia 52 tahun telah melahirkan zuriat sungguhpun pasangan suami isteri ini kedua-duanya mandul!
Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menjadi amalan pasangan suami isteri:
1 liter susu kambing
1 kg kurma jenis liat dan kering
Cara-caranya:
- Suami mengambil segenggam kurma
- Isteri juga mengambil segenggam kurma
- Buang bijinya dan kisar di dalam pengisar bersama 1 liter susu kambing
- Bahagi dua bahagian susu kurma kepada suami dan isteri
- Minum dan habiskan dalam masa sehari
Selesai hari pertama, pasangan suami isteri boleh amalkan 7 biji kurma sehari dan segelas susu kambing pada hari-hari berikutnya selama setahun.
“Amalkan juga membaca surah Maryam ayat 1 hinigga 12. Biasanya selepas tiga atau empat bulan pasangan akan mendapat khabar gembira, InsyaAllah.”
Surah Maryam ayat 1 hingga 12
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI