Membeli bunga siap balut di kedai mungkin agak mahal kerana kos upahnya. Anda tidak perlu membazir lagi untuk membelinya. Lagi pun anda mungkin hanya menggunakannya untuk seketika waktu. Jadi daripada membeli di kedai anda boleh lakukannya sendiri dengan langkah mudah ini.
Bahan-bahan
- Gunting
- Bunga
- Floral wire atau getah
- 2 jarum peniti
- Reben
- Pembalut plastik
Cara-cara:
Langkah 1: Kumpulkan semua kuntum bunga dan ikatkan getah atau floral wire untuk menyatukan bunga-bunga tersebut. Potong kakinya agar sama panjang.
Langkah 2: Balutkan plastik di keliling batang bunga. Hentikan balutan 3cm sebelum hujung tangkai. Cara ini akan memberikan kemasan yang elok untuk jambangan bunga anda.
Langkah 3: Cucukkan reben dengan pin di bahagian bawah tangkai bunga.
Langkah 4: Balutkan reben di keliling batang bunga dengan cara semakin menaik ke arah kepala bunga.
Langkah 5: Setelah selesai membalut, pinkan bahagian hujung reben dengan jarum. Siap untuk digunakan!
Sumber : Diy networks
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Celup Tepung Ala Terengganu Terus Dari Dapur Anda
Kalau ke Pantai Timur, ikan celup tepung memang akan menjadi santapan wajib kan, pastinya lokasi tepi pantai menjadi tumpuan. Namun sukarnya nak dapatkan hasil gorengan beserta kerak halus bila buat sendiri.
Namun kalau korang ikut resipi yang dikongsikan Rosmawati UKSB ini, pasti puas hati. Tengok sahaja hasil yang dikongsikan. Siap dengan resipi membuat kuah colek. Resipi ini boleh dibuat untuk gorengan hasil lautan atau pisang goreng. Rahsianya, gunakan kuning telur dan air ais agar kerangupan tahan lama.
Bahan :
Tepung beras
Telur (ibu ambik yang kuning je untuk keranggupan tahan lama) yang putih ranggup cuma tak lama. Tapi biasa tak lama beetahan zasss licin..hahahah
Serbuk kunyit
Kapur sireh
Bancuh dengan air ais (Kalau ada ketulan ais lagi cantik serbuknya nanti) Tapi air ais ok dah
Kuah colek Ganu
Bahan :
Asam jawa + air
Nisan@gulamelaka
Gula pasir
Cili boh (cili kering blend)
Cara :
1. Masuk semua sekali gus menggunakan api perlahan.
2. Reneh biar sedikit pekat. Rasakan tahap kemanisan dan kemasaman dan tambah ikut selera.
3. Kuah colek ini boleh bertahan selama berbulan-bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
*gula kena taruk dua-dua jenis..manis gula melaka@nisan tak sama dengan manis gula putih. Masukkan dua-dua jenis baru sedap.
Sumber : Rosmawati UKSB
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dekorasi Halaman Rumah Dengan Sawi Dalam Pasu
Mesti ramai yang terfikir nak hias halaman rumah sepanjang musim perayaan ini, namun disebabkan situasi sekarang kita perlu bijak dan jangan mempersia-siakan usaha yang kita lakukan. Jadi untuk mendapatkan hasil tuaian yang berguna namun masih mengutamakan ruang dekorasi taman yang indah, ini cara menanam sawi namun halaman anda tetap indah dan cantik di musim perayaan.
Semaian Sawi
Ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian. Berdasarkan pengalaman saya, eloklah kita semai dahulu di dalam talam semaian. Setelah bercambah, barulah kita pindah ke dalam pasu. Hal ini kerana jika kita terus tanam di dalam pasu ada potensi benih tidak bercambah, dimakan siput babi atau hilang akibat siraman air yang kuat. Media semaian yang biasa saya guna adalah peat moss. Tetapi jika tiada, anda boleh gunakan sabut kelapa hancur (cocopeat). Mana-mana yang mudah untuk anda dapat di tempat anda.
Penuhkan media semaian di dalam talam semaian. Buat sedikit lubang. Jangan dalam agar benih tidak terlalu tertanam dalam. Bubuh satu hingga dua benih satu lubang. Setelah itu tabur dengan sedikit media semaian lagi.Untuk siraman, anda boleh memilih untuk rendam talam semaian ataupun siram dengan penyembur bertekanan tinggi. Biasanya benih sawi akan bercambah dalam dua hingga tiga hari. Siram seperti biasa.
Apabila benih sudah bercambah, pastikan kita letak di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Saya letak di tepi rumah dengan ada atap di atas. Kita dapat kenalpasti benih kurang cahaya apabila benih tumbuh melidi dan kurus. Ini tanda benih sedang mencari cahaya untuk proses fotosintesis.
Persoalan selalu saya dapat, bilakah masa sesuai untuk pindah setelah benih bercambah? Tunggu sehingga ada empat hingga lima helai daun. Ketika ini akar pokok sudah kuat dan mampu menahan pergerakan yang banyak.
Jika terlalu awal kita pindah, akar benih mungkin terluka dan seterusnya menyebabkan anak benih mati. Sementara menunggu bibit sawi itu membesar, kita boleh la sediakan campuran tanah yang bagus. Saya sarankan anda baca panduan membuat campuran tanah untuk tanaman pasu.
Penanaman dalam Pasu
Setelah cukup empat hingga lima helai daun, kita boleh sudah pindahkan benih ke dalam pasu.Pindahkan dengan berhati-hati agar akar anak pokok kurang kerosakan. Setelah pindah, letak pasu di tempat redup.
Hal ini penting agar pokok dapat pulih daripada kejutan pemindahan. Yelah ketika pindah kita telah mengganggu akar pokok. Jadi ia memakan masa sekitar lima hingga sepuluh hari untuk akar pokok pulih. Jika selepas proses pemindahan kita letak pasu terus di tempat panas, potensi untuk pokok sawi mati adalah tinggi. Satu pasu sesuai satu hingga tiga sawi sahaja. Jika terlalu padat, boleh menyebabkan berlaku persaingan antara sawi. Hal ini akan menyebabkan sawi tumbuh kurus dan tidak gemuk seperti di pasar.
Penjagaan Sawi
Sawi adalah sayur yang sentiasa perlukan tanah yang lembab. Siram dua kali sehari. Untuk pembajaan, paling bagus untuk kita gunakan baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Tabur dalam segenggam seminggu selepas kita pindah di dalam pasu. Kemudian tabur lagi dua minggu selepas itu. Jika anda suka guna baja kimia, anda boleh guna baja NPK hijau dengan kadar satu sudu makan 7 hari selepas pindah. Kemudian selang dua minggu pula.
Cabaran sawi adalah pada serangan serangga perosak. Sawi paling digemari oleh pelbagai jenis serangga seperti beluncas, afid, lalat putih, koya dan juga belalang. Paling mudah adalah cegah dengan semburan cuka kayu dan racun organik buatan sendiri. Semburan dibuat seminggu sekali. Jika sudah terkena serangan, tingkatkan kekerapan semburan setiap hari sehinggalah serangan berkurangan atau hilang.
Tuai Sawi
Sawi boleh dituai 24-30 hari selepas kita tanam di dalam pasu. Cara tuai adalah dengan kita mencabut sawi terus dari pasu. Jika kita menuai dengan memotong sawi dari pangkal, akar sawi perlulah dicabut. Akar sawi boleh dijadikan sebagai salah satu bahan kompos.
Kesimpulan
Menanam sawi di dalam pasu tidaklah sesukar mana. Kita mulakan dengan menyemai dahulu di dalam talam semaian. Seterusnya pindah ke dalam pasu yang berisi campuran tanah berkualiti. Penjagaan seperti siraman, pembajaan dan kawalan racun perosak mampu menjadi sawi berkualiti. Semaian Sawi ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian.
SUMBER : kebunbandar.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Kuah Kacang Paling Mudah, Sesuai Untuk Isteri Pertama Kali Nak Masak
Kuah kacang merupakan antara hidangan yang wajib ada ketika hari raya. Memang sedap kalau dimakan dengan nasi impit. Tambahan pula kita tidak boleh pulang ke kampung, jadi terpaksalah para isteri masak sendiri di rumah.
Jika anda mahu resipi yang mudah, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Abdul Razak Abdul Rahim menerusi laman Facebook ini. Resipi ini sesuai dibuat oleh anda yang baru pertama kali nak buat.
Kuah Kacang Simple
Bahan-bahan:
- 2 cawan kacang tanah – digoreng dan dikisar
- 3 batang serai
- 2 inchi halia
- 2 biji bawang merah (besar)
- Segenggam cili kering
- Asam jawa
- Gula melaka/gula biasa
- Garam
Cara-cara membuat:
1. Kisar serai, halia, bawang merah dan cili kering.
2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu. Masukkan sikit-sikit supaya tak terlebih masam.
4. Masukkan kacang goreng yang dikisar 2 cawan. Kalau tak pekat, tambah lagi.
5. Masukkan gula melaka atau gula biasa dan garam ikut suka hati. Kuah kacang sedap kalau manis.
6. Masak lagi hingga pecah minyak.
7. SIAP!
TIP
- Nasi impit rebus sebelum tidur lagi senang. Kuah kacang buat awal takpe. Makan lama panaskan makin sedap.
- Ada yang suka masuk udang kering, terpulang.
- Kalau kuah pekat sangat, masukkan air.
Sumber: Abdul Razak Abdul Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI