Kalau ke Pantai Timur, ikan celup tepung memang akan menjadi santapan wajib kan, pastinya lokasi tepi pantai menjadi tumpuan. Namun sukarnya nak dapatkan hasil gorengan beserta kerak halus bila buat sendiri.
Namun kalau korang ikut resipi yang dikongsikan Rosmawati UKSB ini, pasti puas hati. Tengok sahaja hasil yang dikongsikan. Siap dengan resipi membuat kuah colek. Resipi ini boleh dibuat untuk gorengan hasil lautan atau pisang goreng. Rahsianya, gunakan kuning telur dan air ais agar kerangupan tahan lama.
Bahan :
Tepung beras
Telur (ibu ambik yang kuning je untuk keranggupan tahan lama) yang putih ranggup cuma tak lama. Tapi biasa tak lama beetahan zasss licin..hahahah
Serbuk kunyit
Kapur sireh
Ads
Bancuh dengan air ais (Kalau ada ketulan ais lagi cantik serbuknya nanti) Tapi air ais ok dah
Kuah colek Ganu
Bahan :
Asam jawa + air
Ads
Nisan@gulamelaka
Gula pasir
Cili boh (cili kering blend)
Ads
Cara :
1. Masuk semua sekali gus menggunakan api perlahan.
2. Reneh biar sedikit pekat. Rasakan tahap kemanisan dan kemasaman dan tambah ikut selera.
3. Kuah colek ini boleh bertahan selama berbulan-bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
*gula kena taruk dua-dua jenis..manis gula melaka@nisan tak sama dengan manis gula putih. Masukkan dua-dua jenis baru sedap.
Pasti ramai penggemar Kek Ogura Pandan kan, rasanya yang cukup mewah dengan tekstur yang sangat lembut, fluffy dan moist memang buat tak puas makan. Selain sedap dinikmati bersama keluarga, kek jenis ini semakin popular dijadikan sebagai hadiah di dulang hantaran. Jom kita belajar cara menyediakan kek Ogura Pandan ini. Terima kasih Mariana Zainal atas perkongsian resipi.
Bahan A :
5 biji Putih telur – gred A
1/2 cawan Gula castor ( boleh kisar gula pasir)
1 sk Jus lemon – boleh gantikan dengan 1/4 sk cream of tartar
Cara :
Pukul telur sehingga berbuih dan baru masukkan gula dan jus lemon. Putar lagi dalam 10 minit. Ketepikan.
Satukan semua bahan B dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati dan berkrim.
Panaskan ketuhar selama 10 hingga 15minit menggunakan api atas dan bawah. Gris nipis loyang saiz 7 inci, gunakan loyang bersaiz 8 inci pun boleh dan lapik dengan baking paper.
Satukan bahan A dan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Ambil satu lagi loyang yang lebih besar, contoh loyang bersaiz 9 inci. Masukkan air panas mendidih 1/4 loyang, kemudian masukkan loyang yang berisi adunan tadi dan bakar selama 35 minit pada suhu 180c.
Selepas itu turunkan suhu kepada 150c dan bakar lagi selama 35 minit.
Selepas siap,rehatkan di atas redai.
Bingkisan hantaran diwarnai penuh rona romantis buat insan tersayang.
BAHAN-BAHAN:
Tepak Sirih
Gunting
Span hijau
Daun sirih
Batang lidi
Bunga pinang
Bunga hiasan
Pelilit hijau
LANGKAH-LANGKAH:
1. Cucuk daun-daun hiasan ke atas span hijau. 2. Kemudian, ambil daun sirih yang siap digulung bersama lidi dan cucukkan ke dalam sirih junjung.3. Hiaskan dengan bunga hiasan. 4. Letakkan bunga hiasan di sekeliling sirih junjung.5. Cucuk bunga pinang. 6. Letakkan penutup tepak sirih di sisi bekas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!