Barang hantaran adalah sudah menjadi keperluan wajib yang ada pada majlis pertunangan mahupun pernikahan. Kebiasaannya kedua-dua belah pihak akan saling menukar barang hantaran untuk diberikan kepada bakal pasangan mereka.
Selain hal-hal berkaitan tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, lagi satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan pengantin adalah membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Kami akan kongsikan dengan anda apa yang patut dipertimbangkan ketika membuat pilihan.
1. Barang kemas
2. Wang mas kahwin
3. Gajet
4. Set Make up
5. Set minyak wangi
6. Kek
7. Coklat
8. Telekung / sejadah
Jadi, anda boleh lah fikir-fikirkan. Semua barang ni berguna 🙂
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Aktiviti ‘Fun’ Anda Dan Pasangan Boleh Lakukan
Pasangan yang baru berkahwin dan menjalani rumah tangga semestinya ini lah masanya untuk mengenali lebih mendalam lagi antara satu sama lain. Ini juga adalah masanya untuk anda dan pasangan meluang bersama waktu yang ada sebelum anda berdua menimang cahaya mata. Untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua pasangan, anda perlulah saling memahami kerana komitmen adalah sangat penting dalam sesebuah hubungan.
Walau sesibuk mana pun anda, cuba luangkan masa untuk pasangan anda agar dia mengetahui yang anda sentiasa mengambil berat tentangnya. Anda dan pasangan boleh lakukan aktiviti bersama di hujung minggu. Ini lebih memberi masa yang sangat sesuai untuk anda berdua. Kami kongsikan antara aktiviti yang anda boleh lakukan bersama.
1.Menonton Filem
Mungkin ini kedegaran agak cliché tetapi ini adalah idea yang paling ringkas dan menarik buat anda dan dia. Selain menonton filem di wayang, anda juga boleh menonton filem hanya di rumah seperti di dalam laptop, dan televisyen. Bukankah itu lebih sweet?
2. Makan Di Tempat Menarik
Luangkan sedikit waktu anda seperti makan malam di restoran istimewa bersama pasangan. Mungkin dia sudah lama mengidamkannya dan tidak pernah mencuba. Lihat di internet tentang komen-komenya atau cari sahaja di telefon pintar anda.
3. Pergi ke Konsert atau Festival
Di Malaysia, boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja karvila yang berlangsung. Antaranya festival muzik, persembahan seni, dan banyak lagi. Anda boleh mengetahui info lebih lanjut yang di internet atau media sosial sebelum anda pergi.
4. Berkelah
Rancangkan satu perkelahan di hujung minggu. Jika bukan di pantai, anda boleh sahaja pergi ke mana-mana lokasi yang menawarkan pemandangan yang indah. Kongsikan imej makanan yang anda nikmati bersama ketika berkelah di Instagram atau memuat naik rakaman video secara langsung di akaun media sosial anda yang lain.
5. Permainan dalam Talian
Ini juga adalah aktiviti yang menarik boleh anda lakukan. Ianya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anda berdua jenis yang adventure. Apatah lagi dapat berlawan satu sama lain dalam permainan kegemaran bersama-sama menggunakan liputan kelajuan Internet secara konsisten.
6. Taman Tema
Di Malaysia, terdapat banyak taman tema menarik seperti di Genting Highlands, Berjaya Times Square, Sunway Lagoon ataupun di iCity Shah Alam. Ia lebih menarik kerana anda dapat melakukan banyak aktiviti di taman tema. Ia lebih menyeronakan dan lebih hiburan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula Kan Langkah Anda Wahai Wanita Kalau Masih Belum Berjumpa Jodoh
Dalam bab mencari jodoh, wanita dilihat lebih berisiko jika mendapat jodoh yang lambat berbanding lelaki. Bagi seorang lelaki, kebiasaannya mereka tidak kisah memperolehi jodoh yang lambat kerana mereka merasakan ‘tarikh luput’ mereka adalah lebih lama berbanding dengan wanita.
Wanita yang terlebih dahulu memulakan langkah perkenalan adalah wanita yang berani. Tidak semua wanita boleh melakukannya. Ketika mahu memulakan langkah perkenalan, ada beberapa hal yang perlu anda ketahui supaya anda tidak dilihat terlalu murah di hadapan lelaki yang anda suka.
1. Dapatkan Maklumat Si Dia
Langkah pertama, dapatkan maklumat mengenai si dia sama ada sudah berpunya ataupun tidak. Jika boleh, elakkan untuk menyukai suami, tunang atau kekasih orang lain jika anda tidak mahu berdepan dengan pelbagai masalah kelak. Pastikan si dia juga betul-betul ‘single’ sama seperti anda. Anda mungkin boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui rakan-rakan yang rapat dengan lelaki tersebut. Malah di zaman teknologi sekarang, info perhubungan seseorang juga kadang-kala boleh diketahui hanya melalui akaun media sosial.
2. Mulakan Komunikasi
Langkah kedua, mulakan komunikasi dengan si dia secara sederhana. Ini bermaksud komunikasi anda dengan si dia adalah sekadar teguran biasa. Mungkin anda boleh bermula dengan sebagai seorang kawan sahaja. Kawal perasaan anda agar anda tidak nampak macam ‘terhegeh-hegeh’dekat si dia.
3. Beri Masa Untuk Kenal
Langkah ketiga pula, perhatikan si dia sama ada si dia selesa atau tidak berkawan dengan anda. Sabar dan ambil masa seberapa banyak yang mungkin untuk berkenalan. Pada masa ini, anda mungkin dapat melihat dan membaca reaksi daripada sikap si dia kepada anda sama ada si dia sukakan anda ataupun sebaliknya.
4. Meluahkan Perasaan
Langkah keempat dan yang terakhir, perhubungan anda dan si dia mungkin sudah mula rapat. Namun si dia tetap juga tidak meluahkan perasaan kepada anda terlebih dahulu, jadi andalah yang harus meluahkan perasaan suka itu. Saat ini mungkin merupakan saat yang paling mendebarkan dalam hidup, namun anda harus cuba. Anda juga harus bersedia dengan segala jawapan yang akan diberikan oleh si dia sama ada menerima atau menolak anda.
Jika si dia menerima anda, Alhamdulillah ternyata usaha anda selama ini berhasil. Namun jika ditolak, jangan terlalu bersedih. Semua orang diberi hak untuk memilih pasangan masing-masing. Ingat pepatah ini, ‘bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.’ Insya-Allah mungkin ada jodoh yang lebih baik menanti anda pada masa hadapan. Siapa tahu?
Sumber : baitulmuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Nak Suami Sihat, Kena Ada Isteri Cerewet & Suka Membebel?
Suami mana yang tahan jika isterinya cerewet. Ada sahaja benda yang tak kena di matanya sehingga suami rimas dan bingit dengan bebelannya. Ingat ye suami, jika isteri anda cerewet dia bukanlah seburuk yang anda sangka.
Jika suami tahu betapa besarnya keuntungan yang bakal anda peroleh jika miliki isteri cerewet, percayalah bahawa anda pastinya akan rindu dengan bebelan isteri apabila anda berdua berjauhan.
Menurut satu kajian, miliki isteri yang cerewet sebenarnya menguntungkan suami kerana sikap isteri sebegini dikaitkan dengan kesihatan suami yang bertambah baik.
Oleh itu, jom kita tengok kebaikan-kebaikan yang bakal suami peroleh apabila mempunyai isteri yang cerewet.
1. Tanda isteri sayang suami
Bebelan isteri sebenarnya menunjukkan bahawa isteri mengungkapkan rasa sayang dan peduli dengan cara yang berbeza pada orang yang dikasihinya. Jika isteri anda diam tentu suami rasa hilang punca kerana bimbang isteri memendamkan sesuatu perkara, sakit sedang bermasalah atau sebagainya. Jadi biarlah isteri cerewet kerana itu tanda bahawa dia begitu memberi sepenuh perhatian kepada suaminya.
2. Buat kesihatan suami tetap terjaga
Satu kajian yang dijalankan oleh WHO satu masa dahulu yang diketuai oleh Dr Hui Liu mengatakan bahawa isteri yang cerewet boleh membuatkan kesihatan suami bertambah baik. Ini kerana isteri cerewet menunjukkan sikapnya yang peduli dan prihatin dengan kesihatan suami. Tentu sahaja isteri inginkan yang terbaik untuk suami dan keluarganya sehinggakan isteri yangt cerewet tidak akan membiarkan suami melakukan sesuatu kesalahan yang berkaitan dengan kesihatannya yang mungkin suami anggap remeh.
3. Bantu suami kawal perbelanjaan
Isteri yang cerewet tentu sahaja membantu suami menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik. Sikap cerewetnya itu akan membantu suami untuk berbelanja dengan lebih berhemah, selain memastikan keluarganya membeli barang keperluan yang terpenting sahaja.
4. UBAH TABIAT BURUK SUAMI MENJADI LEBIH BAIK
WALAUPUN BEBELAN ISTERI TIDAK PERNAH HABIS, NAMUN PERCAYALAH BAHAWA SIKAP INI MENUNJUKKAN CARA ISTERI INGIN MEMPERBAIKI SESUATU KEADAAN MENJADI LEBIH BAIK. MALAH ISTERI YANG CEREWET JUGA INGIN AGAR KEHIDUPAN ANDA MENJADI LEBIH TERATUR DAN MENGUBAH KEBIASAAN BURUK YANG SELALU ANDA LAKUKAN. ANDA HARUS INGAT BAHAWA WANITA ADA KELEBIHAN DALAM MENGINGATI SETIAP PERKARA LEBIH-LEBIH LAGI YANG MELIBATKAN ORANG TERSAYANG.
5. Ingin penampilan suami sentiasa segak
Isteri yang cerewet akan sentiasa memastikan penampilan suaminya tampak rapi, segak dan mempesonakan sepanjang masa. Tentu sahaja isteri tidak mahu suaminya tampil dalam keadaan yang tidak siap di khalayak ramai. Oleh itu suami jangan mengeluh jika isteri anda cerewet kerana dia ingin anda kelihatan menarik sekali gus tampil berkeyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
6. Cara isteri mengungkapkan kasih sayangnya dengan cara yang berbeza.
Wanita cerewet semestinya banyak cakap dan ini menandakan yang dia tidak pernah kekeringan idea untuk berbicara apatah lagi dengan suaminya. Pastinya hidup anda tidak akan sunyi kerana ada sahaja yang ingin dibicarakannya. Apatah lagi sikap cerewet isteri itu merupakan cara dia menyalurkan ekspresi peduli dan kasih sayangnya terhadap orang di sekeliling, selain ingin bebelan itu didengar oleh suami dan anak-anaknya. Oleh itu, para suami haruslah rasa bersyukur kerana isteri yang cerewet lebih pandai mengekspresikan apa yang dirasainya daripada isteri pendiam yang kadangkala tampak tenang tapi hatinya bergelora. Tentu suami akan rasa bimbang kan jika tiba-tiba isteri anda yang selalunya banyak bercakap tiba-tiba jadi pendiam.
7. Menguruskan keluarga dengan baik tanpa balasan
Jangan disebabkan isteri cerewet anda memarahinya. Ingatlah bahawa isteri telah melahirkan dan menjaga anak-anak, selain menguruskan keluarga dengan baik. Sewajarnya isteri cerewet kerana mungkin isteri kepenatan menguruskan rumah selain lelah menjaga anak-anak yang semakin membesar. Tentu sahaja isteri inginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, selamilah perasaan dan kepenatan yang dialami oleh isteri.
8. Cara isteri melampiaskan rasa penat
Pastinya isteri rasa kepenatan menguruskan hal-hal rumah ditambah lagi dengan urusan di tempat kerja. Jadi kemungkinan sikap cerewet isteri itu merupakan satu cara isteri melampiaskan rasa penatnya. Seberapa penat pun isteri, pasti dia tidak akan membiarkan suami dan anak-anaknya kelaparan dan berusaha memasak makanan agar mereka kenyang dan gembira, selain dia memberi perhatian pada kesejahteraan orang-orang di sekelilingnya.
9. Memberi pahala untuk suami
Jangan selalu memandang negatif terhadap isteri yang cerewet. Bayangkan jika isteri anda cerewet kerana anda sering mengabaikan solat, tentu sahaja isteri ingin membantu anda beroleh ganjaran pahala sekali gus mendorong anda ke jalan syurga. Bukankah itu sesuatu yang terbaik? Ingatlah tak ada isteri yang bersikap cerewet pada perkara yang boleh mendatangkan keburukan ataupun perkara yang memalukan suaminya.
10. Suami yang isterinya tidak membebel dikatakan mudah menderita diabetes, kenapa?
Kajian yang dilakukan terhadap lelaki yang sudah berkahwin dalam usia 57 hingga 58 tahun menemukan hampir 389 daripada 1.228 lelaki menderita risiko diabetes padahal mereka memiliki kehidupan perkahwinan yang bahagia. Kenapa jadi begitu? Dari hasil kajian tersebut, perkahwinan yang bahagia dengan isteri yang tidak pernah membebel seringkali membuatkan sebuah keluarga lupa bahawa gaya hidup yang mereka jalani selama ini salah sehingga memungkinan peningkatan suami dihidapi diabetes. Ketika seorang isteri cerewet sudah tentu isteri tidak akan membiarkan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak sihat. Ini kerana dia pastinya akan peduli terhadap kehidupan keluarga yang dicintainya.
** Ingatlah wahai isteri! Meskipun kajian mengatakan isteri yang cerewet dan suka membebel membuatkan kesihatan suami anda semakin baik, perlu diingatkan janganlah sampai sikap cerewet anda itu menjadi tabiat dan memperlihatkan ia sebagai satu keburukan. Bimbang jika terlalu kerap boleh menjurus kepada perkara yang boleh membawa huru-hara kepada rumah tangga serta kerenggangan dalam hubungan anda dan suami. Apatah lagi suami juga manusia biasa yang kadang kala perlu dibelai dengan kelembutan. Untuk itu, cerewetlah dalam keadaan yang sewajarnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI