• 1.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1.2K
    Shares

Setelah sempurna majlis pernikahan Izara Aishah, 25 bersama pasangannya Muhammad Adib Khalid, 27 dengan sekali lafaz, Ahad lalu menyaksikan sebuah majlis resepsi perkahwinan kedua-dua mempelai di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Sebagaimana di majlis pernikahan, majlis resepsi juga membuatkan netizen terpukau dengan keanggunan kedua pasangan pengantin. Izara yang kelihatan cukup berseri ala-ala permaisuri zaman British mengenakan busana glamor hasil sentuhan Rizman Ruzaini dengan solekan anggun oleh jurusolek Bosco. Ramai yang terpaku melihat kejelitaan Izara. Melengkapi sang permaisuri, Adib Khalid segak berkemeja dan kot berwarna putih dipadankan dengan celana hitam.

SAMA CANTIK SAMA PADAN

Tidak seperti majlis pernikahannya Jumaat lalu, kali ini ramai memuji solekan dan busana Izara yang meleret panjang begitu sempurna seperti puteri raja. Selain kejelitaan wajah Izara, ramai turut terpesona dengan hiasan pelamin keseluruhannya yang tampak mewah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan terkenal Nas Great Idea mengilhamkan pelamin yang lain daripada kebiasaan.

“Konsep yang dipersembahkan ini ialah Garden Boutique. Nas cetuskan elemen surprise di mana pelamin di pintu masuk manakala tetamu masuk dan keluar dari pelamin. Tetamu masuk melihat dewan yang kosong sebaliknya pelamin berada di belakang mereka. Sukar nak percayakan? Nah itulah keunikan pelamin Nas cipta istimewa buat majlis resepsi ini,” ujar Nas ketika ditemubual admin Pesona Pengantin.

PELAMIN TEMA GARDEN BOUTIQUE

Rona mewah menghiasi pelamin ini di mana 90% bermain dengan rona putih bernuansa emas dan black lined. Tambah Nas, Izara mahukan pelamin dengan elemen minimalis.

“Bermakna tiada stage lain melainkan grand stage pelamin. All in one stage. Bagi mengindahkan ruang pelamin, campuran bunga segar dan bunga artifisal yang terdiri daripada mawar putih dan bunga ceri melatari ruang pelamin yang dicetuskan,” terang Nas lagi.

Ramai netizen yang memuji sentuhan memuja Nas Great Idea. Tahniah Nas Great Idea!

justjerryrizal Congrats. Cantik sangat majlis tu u…..

bellasarvia Subhanallah.. Cantik tk terkata… Congrats… Abg Nas..

preciousmomentsbyizzuddin Well done @nasgreatidea_weddings …congratulations

firmahweddings_by_dausMaigod bag nas.. this is epic..

amadah.brunei Congratulation…n well done for beautiful pelamin set up..@nasgreatidea_weddings

SENTUHAN YANG MEMUKAU PANDANGAN

Izara Aishah diapit oleh pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Farah Nabila, juga rakan baiknya. Selebriti serba boleh, Aliff Satar dilihat menjadi emcee dan pengacara majlis resepsi ini.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K selaku ahli keluarga, beberapa orang tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan selebriti antaranya Neelofa, Kilafairy, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Siti Nurhaliza turut hadir dan membuat persembahan bagi memeriahkan acara.

Sumber Gambar: Rizman Ruzaini, Bosco, Nas Great Idea

Anda Mungkin 'Love' Ini:

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: