
Sentuhan magis dekorasi majlis hari bahagia pastinya tambah memukau dengan elemen ruang berkonsepkan English Rustic Modern. Paduan rona putih dan pastel menggamit jiwa yang tenang saat pasangan mempelai bersanding di singgahsana cinta. Pastinya membuatkan mata tetamu tak jemu memandang.
Gandingan rona putih dan pastel menegaskan lagi dekorasi serta tema yang ingin dipersembahkan, lantas membuatkan majlis yang diraikan tampak eksklusif dan elegan.
Hiasan bunga ros putih dan hydragea pada pasu tinggi yang ditutupi dengan kain renda menambahkan seri pada dekorasi keseluruhan ruang.
Susun atur lilin hiasan bersama taburan kelopak bunga mawar merah mencipta suasana romantis seolah-olah turut menyelami penyatuan cinta sang mempelai.
Latar belakang pelamin yang dihiasi dengan tampalan bunga rona gangsa dan keemasan menonjolkan elemen moden pada dekorasi majlis perkahwinan.
FOTO : PAKDINZ PHOTOGRAPHY DEKORASI : ADI NAZIM INSPIRASI DEKORASI TERIMA KASIH PENGANTIN : ELYSHA & IZZUDIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat Suami Kreatif, Siap Cantik Ruang Rumah Deko Berasaskan Kayu

Cantik pula tengok hasil deko berasaskan kayu dalam ruang rumah, untung ya kalau dapat suami kreatif dalam menghias tempat kediaman. Tak perlu upah orang atau beli yang sudah siap.
Menerusi perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman macam melihat katalog Ikea, boleh jadi terapi mata orang perempuan.
Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.
Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.
Ruang Rumah Deko Berasaskan Kayu, DIY Sendiri
Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan dan diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh.







Haaa… kalau tengok, memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.
Jadi kalau anda ada bakat dalam DIY perabot dan susun atur, boleh lah cedok ini untuk hias rumah sempena raya tahun ini!
Sumber: Akmalaily Akman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Kahwin Di Rumah Tetap Beri Hasil Yang ‘Wow’ Jika Buat Cara Ini

Isi Kandungan
ToggleRamai pengantin lebih suka memilih majlis resepsi diadakan dalam sebuah dewan yang besar untuk bilangan jemputan yang ramai. Namun jika bilangan jemputan anda tidak ramai, resepsi di rumah cukup sempurna diadakan.
Sebagaimana majlis di dewan, di rumah juga tidak kalah meriahnya. Malah lebih memudahkan segala kerja kerana ia diadakan di rumah sendiri.
Paling utama, bagaimana anda hendak merancang agar majlis resepsi yang anda ingin adakan di rumah tetap memberikan hasil yang ‘wow’ dan dikenang buat selamanya. Ini caranya yang anda kena cuba!
1. Gunakan halaman rumah dengan sebaiknya
Memiliki halaman yang luas dan banyak tanaman? Ubah halaman rumah anda menjadi lokasi resepsi perkahwinan anda dengan konsep yang unik. Tidak perlu dekorasi yang mewah, kesan minimalis akan membuatkan lokasi resepsi anda tampil lebih cozy.
Jika resepsi diadakan malam hari, tambahkan hiasan lampu. Lilitkan lampu warna-warni pada pohon untuk memberikan kesan romantis.
2. Pilih satu atau dua warna untuk tema perkahwinan
Agar memberi kesan mewah dan elegan, cukup sekadar memilih maksimum dua warna untuk tema perkahwinan. Warna tema yang anda pilih akan memudahkan anda dalam memilih konsep dekorasi pelamin. Untuk dekorasi pelamin, pilih yang sederhana. Hindari terlalu banyak hiasan. Warna putih dan merah jambu boleh menjadi pilihan yang tepat untuk tema warna perkahwinan anda.
3. Jangan lupa siapkan photo booth yang sederhana
Menyediakan spot untuk photo booth di majlis perkahwinan yang diadakan di rumah wajar dipertimbangkan. Anda dapat memanfaatkan satu spot venue perkahwinan anda. Buat dekorasi dengan tema vintaj, untuk memberikan kesan elegan di majlis perkahwinan anda.
4. Untuk hidang tetamu, manfaatkan halaman belakang
Ingin suasana yang berbeza dan nampak classy? Manfaatkan halaman belakang rumah untuk menjamu para tetamu. Dengan konsep garden party, majlis yang sederhana memberi kesan yang memukau. Siapkan kerusi, dekorasi dan bunga. Untuk memberikan kesan semarak, tambahkan belon-belon sesuai dengan warna tema perkahwinan anda.
Moga dengan idea kreatif ini anda sudah dapat membayangkan konsep perkahwinan yang akan berlangsung di rumah.
Jangan lupa saksikan episod menarik minggu ini di Pesona Pengantin jam 7 malam tentang lokasi perkahwinan. Hanya di Astro Prima & Maya HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Mengadakan majlis kahwin dengan konsep unik dan tersendiri menjadi momen terindah buat pasangan pengantin. Baru-baru tular pelamin dan dekorasi serba segar yang berlangsung di tepi pantai dengan konsep yang unik dan menarik perhatian ramai.
Pelamin dan dekorasi indah ini dihasilkan oleh Nadia Darina Wedding. Pesona Pengantin berkesempatan menemubual perancang perkahwinan yang bertanggunjawab untuk mengetahui lanjut tentang dekorasi yang dihasilkan.
*************************************************************************************
Sebelum merealisasikan dekorasi ini, pihak pengantin berbincang tiga minggu sebelum majlis ini diadakan di tepi pantai. Semestinya pengantin telah mendapat keizinan ibunya dahulu sebelum bercadang untuk mengadakan majlis di tepi pantai iaitu di D’rumoh Pata Kuala Terengganu. Alhamdulillah. bonda pengantin setuju. Selain itu Jabatan Agama Islam Terengganu juga memberi keizinan untuk mengadakan majlis nikah di situ.
Idea dan konsep tercetus dari pengantin sendiri. Syazwani minta kami sebagai wedding planner membuat outdoor wedding yang sangat simple tetapi cantik.
Pada mulanya, pihak kami melihat ramalan cuaca untuk tarikh tersebut. Bimbang andai hujan turun. Bile ramalan cuaca tidak hujan, pihak kami mula berani membuat persiapan. Waktu site visit, saya jugak ambil kira, matahari naik di sebelah mana juga mengambil kira kawasan tanah yang mana lebih rata. Maklumlah, tanah pantai sangat lembut.
Pemasangan bermula dari jam 5 petang sehingga 2 pagi. (Siap sekali dengan hantaran bunga segar). Pemasangan tidak perlukan masa yang lama. Ini kerana kami sudah tahu design yang ingin dihasilkan. Barang-barang yang berat dan stabil digunakan untuk majlis ini atas faktor angin pantai yang kuat.
Tidak dinafikan mengadakan majlis outdoor perlukan komitmen yang tinggi. Kami perlu datang dan periksa sekali lagi sebelum majlis berlangsung bimbang sekiranya ada barang yang diterbangkan angin. Backup plan, jika hujan, semuanya terpaksa dialihkan di bawah kanopi.
Tiada langsung kesukaran untuk mengadakan majlis di tepi pantai. Alhamdulillah. majlis ini dibuat di kawasan restoran yang sudah pun ada cahaya lampu. Jadi kami boleh nampak keseluruhan setup pada malam itu
Majlis ini sangat ringkas dan sweet. Tiada majlis persandingan hanya majlis nikah sahaja. Masa yang diambil sangat singkat iaitu pada jam 9 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Jemputan tetamu yang hadir lebih kurang 500 orang dan di hadiri oleh kenalan dan saudara mara terdekat.
Akui Nadia sudah beberapa kali mengadakan majlis outdoor tetapi ini yang pertama kali di adakan di tepi pantai. Sesungguhnya ia mencetuskan kelainan dan aura yang berbeza buat tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Sumber: ig nadia darina wedding. pic miey_photography
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI