Satu Malaysia sudah mengetahui status pasangan yang hangat diperkatakan masa kini antara Fattah Amin dan Fazura. Tempoh hari, kecoh dengan perkhabaran mengenai pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan berwalikan abang kandung pelakon jelita itu.
Teka-teka mengenai status pasangan ideal itu terjawab apabila kedua-dua artis pujaan ramai ini memuat naik video sekitar majlis pernikahan mereka malam tadi. Fattah dan Fazura berkongsi momen dan detik bahagia di majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.
Sejuk mata memandang! Itulah yang dapat digambarkan saat melihat video pasangan sama cantik sama padan ini saat disatukan. Terpancar wajah kegembiraan kedua-dua pasangan apabila perjalanan percintaan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah.
IKLAN
Fazura tampil cukup manis dan sopan dalam persalinan kurung moden yang ringkas dan minimalis. Solekan malar segar ternyata menjadi padanan sempurna buat artis jelita ini. Fattah Amin pula segak dalam persalinan baju melayu lengkap serba putih. Dekorasi indah menjadi saksi terpaterinya ikatan dua hati ini. Gemeresik pelamin nuansa ungu lembut sentuhan Reka Teemor menaikkan lagi keindahan majlis yang diraikan penuh sederhana.
Jom kita lihat video sekitar majlis pernikahan antara Fattah Amin dan Fazura! Bersemut tengok video penyatuan dua hati kesayangan Malaysia ini!
Pada tanggal 27 Februari lepas, selebriti popular Indonesia, Syahrini dan Reino Barack meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka. Diam tak diam, sudah tiga tahun mereka bergelar suami isteri. Mereka meraikan ulang tahun perkahwinan tahun ini, di kota Singapura sambil menikmati makan malam penuh romantik. Momen indah tersebut dikongsikan Syahrini di laman Instagramnya.
Dalam keseronokan pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, masih terbayang kemewahan dan gilang-gemilang persandingan figura ini di mana resepsi Syahrini diadakan penuh eksklusif. Lebih mencuri tumpuan tentulah busana yang digayakan di hari istimewa tersebut hasil sentuhan pereka fesyen bertaraf antarabangsa! Hasil sentuhan pereka ternama Indonesia, Sebastian Gunawan ini pernah menghasilkan busana selebriti Hollywood, Halle Berry.
Tidak keterlaluan bila meletakkan perkahwinan Syahrini tak ubah seperti majlis perkahwinan diraja! . Mana tidaknya, melihat busana persandingan, aksesori sehinggalah dekorasi ballroom, Syahrini sangat memahami apa yang diinginkan untuk hari bersejarahnya agar tampak serba mewah, eksklusif dan unik. Sesuai dengan kehendak dan impian majlis perkahwinan yang diidam-idamkan Syahrini selama ini.
Syahrini memilih rekaan Sebastian ketika majlis pernikahannya yang diadakan di Jepun. Memetik laporan media Indonesia, Sebastian Gunawan atau lebih mesra disapa Seba terkejut ketika dihubungi adik Syahrini iaitu Rani pada awal Februari 2019 apabila diminta membuat gaun perkahwinan Syahrini dalam masa yang singkat iaitu empat hari sahaja.
Meskipun mempunyai jadual padat dan terpaksa ke luar negara seminggu sebelum majlis pernikahan Syahrini, pereka fesyen profesional ini mampu merealisasikan gaun impian selebriti kesayangan Indonesia berkenaan dengan cukup mewah, anggun semestinya menjadi sebut-sebutan di kalangan peminat seantero Indonesia.
Tampil lebih eksklusif daripada rekaan persalinan yang pernah dihasilkan untuk Syahrini, gaun mewah kembang yang dipakainya merupakan gaun dari koleksi Sebastian Gunawan Sposa yang dicipta khusus untuk gaun perkahwinan. Penampilan Syahrini pada resepsi Dinner Silaturahmi berkenaan lebih terserlah bak puteri kayangan dengan pemakaian mahkota dari pereka aksesori terkemuka, Rinaldy A. Yunardi yang dicipta khas semata-mata untuk majlis resepsi Syahrini di Jakarta!
Gabungan dekorasi yang serba mewah pula merupakan sentuhan perunding perkahwinan, Lotus Design yang menghias segenap ballroom dengan kelopak bunga teratai pelbagai saiz berwarna putih salju. Ruang siling dewan dengan juraian kristal, bunga-bungaan berwarna putih dan lampu candelier. Ternyata, idea kreatif itu berjaya menyerlahkan suasana mewah dan tampak sempurna tatkala mempelai berarak masuk menuju ke singgahsana indah.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, nampaknya kemewahan majlis resepsi dan perkahwinan Syahrini dan Reino Barack masih segar di ingatan. Memasuki tiga tahun perkahwinan, pasangan ini masih tetap mesra dan jelas kebahagiaan terpancar di wajah keduanya!
Buat bakal pengantin yang masih tercari-cari suasana privacy untuk berbulan madu, kunjungan ke Club Premier Suite di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur (BTHKL) pasti mengujakan. Mengunjungi Club Premier Room dan Suite yang terletak di tingkat 17 hingga 20 penataannya tampil dengan gaya eksklusif
Khas buat tetamu yang menginap di Club Premier Room & Suites di tingkat 14 hotel ini, dilengkapi Club Lounge. Suasana di dalam Club Lounge didominasi dengan dekorasi dalaman bergaya moden dan elegan. Penataannya sungguh memukau dan membuatkan tetamu rasa selesa dan ingin menghabiskan masa yang lama di sini. Ia juga sesuai menjadi lokasi untuk mengadakan perbincangan , mesyuarat atau sekadar menghabiskan masa santai memandangkan suasananya yang sungguh cosy. Bagi tetamu yang menginap di Club Premier Room & Suite ini, sarapan disediakan percuma untuk dua orang setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Selain itu turut disediakan complimentary evening cocktails with canapa platter dari jam 5.30 – 8.00 malam di tingkat 14 yang menjanjikan panorama bandar Kuala Lumpur yang indah.
Bilik penginapan
Sebaik melihat bilik yang serba mewah dan luas di Club Premier Room hati terasa lapang dan sungguh menenangkan. Sentuhan dekorasi bergaya moden kontemporari melatari ruang bilik. Pendek kata keluasan bilik ini membolehkan anda berlari di sekelilingnya tanpa sebarang masalah.
Serba serbi selesa, bilik air juga disediakan ruang bath tub dan shower yang berasingan. Nah inilah masanya untuk anda memanjakan diri di ruang serba privacy ini. Tilam bersaiz king yang empuk membuatkan tidur anda lena diulit mimpi. Memang tidur anda dan pasangan sungguh berkualiti tanpa gangguan.
Untuk keselesaan tetamu, bilik dilengkapi dengan sistem hiburan dan saluran TV kabel. Kemudahan membuat teh / kopi dan bar mini juga disediakan. Bilik ini juga menyediakan Handy Phone yang boleh anda bawa ke mana-mana sepanjang menginap di hotel ini. Anda boleh membuat panggilan tanpa had bukan sekadar dalam negara kamu juga boleh buat panggilan ke lima buah negara tanpa di kenakan sebarang cas.
Selain itu diskaun 20% diberikan untuk bil makanan dan minuman di mana-mana restoran dan cucian dobi dua helai pakaian juga secara percuma.
Hotel ini juga menawarkan akses langsung ke Berjaya Times Square Shopping Mall juga taman hiburan dalaman. Buat yang ingin berekreasi, kolam renang dan sauna turut disediakan. Sebuah pusat kecergasan dan dua gelanggang skuasy disediakan. WiFi percuma disediakan di seluruh hotel.
Pilihan restoran
Restoran Big Apple menyediakan masakan antarabangsa yang boleh dinikmati oleh tetamu sambil menyaksikan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah. Harga bagi bufet sarapan pagi adalah RM58 bagi dewasa manakala RM29 bagi kanak-kanak. Sementara Broadway Lounge menyajikan makanan ringan dan koktel.
Di Fourteenth Restaurant menawarkan pengalaman yang makan malam secara fine dining bersaksikan panorama ibukota. Terletak di tingkat 15 yang menyediakan pelbagai menu makanan yang unik dan minuman yang terbaik selari dengan cita rasa antarabangsa. Dibuka dari 6.30 – 10.30 malam, Isnin – Sabtu di mana boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa dan dua bilik khas yang boleh memuatkan antara 8 – 12 orang. Fine dining di sini menarik kerana makanan dimasak dengan segar. Restoran ini pernah memenangi anugerah The Best Fine-Dinning Restaurant.
Pakej Perkahwinan Majestic
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur menawarkan pakej perkahwinan yang paling bermakna buat bakal pengantin di samping lokasi yang ideal, penginapan serta atur cara yang sempurna bagi meraikan hari istimewa anda. Perancang perkahwinan memastikan majlis perkahwinan impian anda sebagai suatu memori indah dan menjadi kenyataan.
Antara pakej istimewa yang disediakan di BTHKL :-
Penginapan satu malam di Suite 2 Bilik Tidur Club kami (Suite Pengantin, disertai dengan bakul buah segar yang mewah, plat buatan coklat buatan tangan dengan pilihan sarapan pagi di tempat tidur atau hidangan yang lazat di Restoran Big Apple .
Harga bilik khas untuk rakan-rakan & keluarga yang ingin menginap di hotel
Gubahan Pelamin – Perkahwinan
Dekorasi Kek Perkahwinan
Ukiran ais yang indah di meja penyambut tetamu
Gubahan bunga untuk meja khas / pengantin
Gubahan bunga untuk meja tetamu
Chocolate Praline sebagai hadiah perkahwinan untuk semua jemputan
Enam (6) bunga di sepanjang lorong / karpet merah dilengkapi latar belakang perkahwinan Pilihan kain meja yang berwarna-warni dengan penutup kerusi hitam atau putih
Sistem standard AV percuma yang termasuk: CD / Pemain USB, satu (1) rostrum, dua (2) mikrofon tanpa wayar, projektor LCD dengan skrin
Lampu spotlight, CD player dan mesin asap ketika perarakan pengantin dan juga persembahan makanan
Aliran kordial berterusan untuk makan malam pra perkahwinan & semasa makan beradat.
Aliran soft drink (Coke & Sprite) sepanjang majlis pada harga RM10.00+ / pax
Set Hidangan Makanan Melayu
2 botol Sparkling Juice Fountain percuma
“Food tasting” (selepas pengesahan perkahwinan untuk 30 meja ke atas sahaja)
Buku pendaftaran tetamu khas
Tiga tempat letak kereta untuk kereta pengantin di lobi hotel
Kadar rata untuk tempat letak kereta akan diberikan kepada tetamu yang menghadiri majlis makan malam
Harga pakej bermula dari : RM1,488.00nett untuk satu meja / 10 orang
Sesungguhnya Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang menarik buat pasangan yang ingin berbulan madu di tengah ibu kota.
Foto: Jazlan Nangar & Koleksi Berjaya Times Square Hotel
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim cuti persekolahan ini sememangnya ramai pasangan mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Ketika itu sudah pastinya semua ahli keluarga dapat berkumpul berikutan tidak terikat dengan sesi persekolahan anak-anak.
Jadi, pelbagai ragam dapat dilihat terutamanya para pengantin dan ahli keluarga mereka bergambar ketika hari bahagia mempelai. Khidmat jurugambar perkahwinan juga sangat ditagih ketika itu bagi mempatrikan momen indah tersebut.
Superhero terjah majlis kahwin
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang jurugambar perkahwinan profesional, dia telah memuat naik gambar-gambar menarik satu pasangan pengantin bersama keluarga sebelah perempuan ketika majlis persandingan.
Apa yang mencuri tumpuan warganet adalah kostum yang dipakai oleh adik-beradik pengantin perempuan yang menyerupai superhero-superhero terkenal di kaca televisyen.
Rupanya Adik bongsu perempuan yang kahwin
Jurugambar yang dikenali sebagai Fadhil Aman Ahyat ini telah mengambil gambar pasangan mempelai Syahiera Sabri dan Izzul Azzuan di Kelantan tempoh hari.
Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fadhil, kesemua individu yang memakai kostum superhero itu adalah adik-beradik pengantin perempuan yang juga merupakan anak bongsu dalam keluarga.
Keletah mereka di atas pelamin benar-benar mencuri perhatian warganet sehingga posting ini tular di media sosial.
Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna Facebook telah meninggalkan komen yang pelbagai di muat naik jurugambar itu. Mereka telah memuji hasil gambar-gambar itu dan mengakui telah memberikan mereka idea baru untuk kelihatan ceria semasa majlis perkahwinan nanti.