Niat dihati ingin berkahwin tapi apakan daya duit simpanan belum mencukupi maka membujanglah kita sampai tabungan menjadi penuh. Tambahan pula kos perkahwinan yang tak masuk akal dan bertambah rumit jika pasangan kamu yang jenis ‘ high maintenance’. Tapi jika tidak bertindak dan hanya memberi alasan yang mengunung tinggi tiada gunanya jua.
Nah kami kongsikan 13 tip panduan bagi kamu yang ingin berkahwin tapi masih tidak mencukupi wang. Mungkin artikal ini memberi manfaat dan berguna buat kamu.
1- Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2- Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud.
3- Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4- Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
Ads
5- Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6- Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7- Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
Ads
8- Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9- Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10- Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
Ads
11- Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12- Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13- Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
Sumber : Harith Faizal
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon.
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita sebagai manusia dijadikan berbeza-beza bentuk badan, malah tak ada sesiapa pun yang sama. Ada di antara kita yang berbadan gempal, kurus dan ada juga yang badannya tidak ubah seperti buah pir. Walau bagaimanapun rupa bentuk badan anda, tidak kisahlah anda memakai pakaian saiz XS, S, M, L, XL atau XXL sekalipun, anda tetap yang teristimewa dan unik pada pandangan mata orang yang benar-benar mencintai anda.
Pemilihan baju kahwin yang baik menjadi keinginan setiap pengantin. Pemilihan baju kahwin perlulah bersesuaian dengan cita rasa, harga dan jenis kain yang selesa. Untuk mencari yang benar-benar boleh menepati cita rasa anda, tidaklah susah seperti yang anda bayangkan. Ikuti empat cara ini bagi anda yang masih buntu untuk memilih tukang jahit baju kahwin anda.
1. Kerap ambil tempahan baju kahwin
Anda seharusnya memilih tukang jahit yang kerap bekerja membuat baju kahwin. Selain itu, dia juga ada perniagaan sendiri yang boleh membaiki baju kahwin. Anda dinasihatkan untuk tidak menempah baju kahwin dengan tukang jahit yang tiada pengalaman untuk membuat baju kahwin. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Pakar menjahit atau mengubah baju kahwin pilihan anda
Lebih baik lagi, tempahlah dengan tukang jahit yang pakar tentang baju kahwin pilihan anda. Ini kerana, setiap pereka mempunyai style masing-masing untuk membuat baju kahwin. Jadi, anda dinasihatkan untuk bekerja dengan profesional yang biasa dengan seni bina pakaian khusus anda bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan.
3. Kedai pengantin yang mengesyorkan anda
Pilih tukang jahit yang disyorkan oleh butik pengantin kerana butik pengantinkebiasaannya akan memilih tukang jahit yang bagus. Pastinya mereka ingin menjaga kepuasan hati pelanggan mereka. Jika sesuatu berlaku, mereka juga yang akan menanggung malu.
4. Senang untuk berkomunikasi dengan anda
Anda perlu memilih tukang jahit yang boleh berkomunikasi dengan anda. Ini kerana tukang jahit yang baik akan memberitahu anda apa yang dia perlu daripada anda untuk membuat baju kahwin. Malah dia juga akan bertanya bagaimana cita rasa dan apa yang anda inginkan untuk baju kahwin anda itu. Dia juga akan memberi pelbagai tip untuk anda memilih kasut yang betul dan sesuai dengan baju kahwin anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami isteri ibarat aur dan tebing. Lumrah hidup berumah tangga pasti ada pahit dan manisnya. Namun, itu bukanlah bermakna anda dan pasangan tidak serasi. Semestinya, anda berdua perlukan masa untuk serasi bersama.
Kalau bergaduh sekalipun jangan sampai melibatkan orang lain untuk masuk campur hubungan rumah tangga anda. Tapi, jika ianya terus berlarutan carilah yang benar-benar faham anda dan pasangan.
Bagi isteri pula, syurga sudah semestinya dibawah tapak kaki suami anda. Walaupun anda bergaduh janganlah sampai tidak hiraukan langsung pasangan anda. Itu bukan jalan penyelesaiannya. Seeloknya berbincang secara elok. Untuk isteri, ini yang patut anda lakukan.
#1) Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah. Tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
#2) Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita sebagai isteri sangat perlu kemaafannya.
#3) Hanya dengan restu dan doa suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.
#4) Di pejabat, tempat kerja, jalan raya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada suami.
#5) Bukan soal siapa suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada suami.
#6) Belum terlambat , telefon atau mesej lah suami, mohon maaf jika tak salam tadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!