Perkahwinan pada dasarnya adalah sebuah perkongsian. Justeru apabila sudah berkahwin pasangan mesti belajar berkongsi dan menjalankan amanah yang mereka pikul. Merancang kewangan adalah agenda pertama dalam rumah tangga.
Berikut ada beberapa tip yang boleh di amalkan dan dikongsi bersama para pengantin baru supaya masalah kewangan tidak menjejaskan kebahagiaan awal perkahwinan mereka.
1. Mulakan alam perkahwinan dengan sifat berjimat dan sentiasa merancang kewangan anda. Jangan beli benda yang tidak perlu dan membazir dan pastikan hanya memberi keperluan yang manfaat dan digunakan.
Jika ada barang terpakai dari rumah ibu bapa dan adik beradik, gunakan sementara waktu sebelum ada rezeki lebih untuk membeli yang baru.
2. Ingatlah bahawa berjimat cermat bukan bererti kedekut. Selepas berkahwin, jika terpaksa berpindah dari rumah keluarga, carilah rumah yang selesa dan mampu anda bayar.
Biasanya mereka yang baru berkahwin akan menyewa rumah. Jika boleh cari rumah yang berkedudukan strategik yang tidak berapa jauh dari tempat kerja untuk memudahkan berulang alik ke rumah dan tempat kerja.
Ads
3. Jika belum mampu memiliki kereta, bolehlah gunakan perkhidmatan awam seperti bas atau LRT ke tempat kerja atau destinasi yang hendak dituju.
Mungkin jika gunakan pengangkutan awam, perlu banyak berkorban masa, umpamanya bangun awal untuk ke tempat kerja. Ini menyemai sikap untuk menepati masa. Jika mampu beli motor gunakan motor sebagai pengangkutan mudah suami isteri.
4. Jangan terpengaruh dengan konsep “biar papa asal bergaya”. Ini kerana itu suatu cara hidup yang boleh memusnahkan kebahagiaan rumah tangga dan menambah hutang yang sedia ada.
Jangan berhutang dengan bank semata-mata kerana mahu beli kereta atau peralatan dalam rumah. Jangan bersifat cemburu dengan apa yang orang lain ada. Tanamkan sifat kesederhanaan dalam diri anda.
Ads
5. Masak di rumah dan bukan makan di luar. Selepas berkahwin inilah masa nak tunjukkan kemahiran memasak bagi si isteri dan si suami juga ada yang hebat memasak, jadi boleh sama-sama kongsi kepakaran memasak untuk terus berjimat dan mengeratkan hubungan suami isteri.
Memasak sendiri banyak hikmahnya selain dapat berjimat, dapat juga bersama meluangkan masa dengan pasangan, merasa air tangan atau masakan isteri. Pasangan boleh memahami sikap suami dan isteri serta saling kenal mengenali dengan lebih rapat.
6. Membeli peralatan rumah yang hanya digunakan. Misalnya set bilik tidur, meja makan dan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan, dapur masak dan peti sejuk. Perhiasan rumah tidak begitu penting, cukup sekadar menghias rumah nampak bersih dan ringkas.
Ads
7. Keperluan harian juga dibeli ikut kegunaan. Jika hanya berdua jangan membeli dalam kuantiti yang banyak. Takut membazir jika tidak digunakan. Beli apa yang perlu masa nak masak dan untuk seminggu sahaja.
8. Jangan ikut perangai masa bujang. Jika masa bujang suka membazir duit beli barang berjenama dan barangan yang mahal, bila dah kahwin mesti tukar sikap itu kepada lebih berhemah dan sentiasa merancang bajet dan kewangan keluarga.
9. Sepakat membawa berkat. Perkahwinan adalah sebuah perkongsian. Dalam hal perancangan kewangan suami isteri mesti banyak berkongsi bila sudah berkahwin, bukan saja kongsi nikmat tapi juga kongsi kewangan.
Jangan mempunyai perangai kedekut dan pentingkan diri sendiri. Buat perbelanjaan rumah bersama. Jangan ada sifat “Duit aku, aku punya, duit engkau engkau punya” .
10. Belajar menabung. Jika ada lebih duit walau seringgit pun boleh disimpan setiap hari. Kata orang lama “Sikit sikit lama-lama jadi bukit”. Menabung adalah satu sifat yang baik. Mulakan dengan menyimpan seringgit setiap hari. Jika ada lebih simpan dua atau lima ringgit sehari. Anda akan terperanjat apabila hujung bulan anda ada duit tambahan untuk membayar bil air atau bil elektrik untuk anda berdua
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau badan isteri dah berubah bentuk selepas melahirkan zuriat, tetaplah hargai dan sayanginya seperti awal perkahwinan.
Perubahan ini adalah biasa apabila seseorang selesai melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan. Jadi suami kena banyak bagi semangat pada golongan isteri.
Mungkin ada suami yang boleh terima tetapi yang sebaliknya, boleh ubah pandangan untuk lebih menhargai pengorbanan isteri lahirkan anak.
Kalau Badan Isteri Dah Berubah Bentuk
Berbincang soal ini, baru-baru ini pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat mereka bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.
Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, kaum hawa merupakan golongan terhebat.
“Besar pengorbanan isteri kita, dia sudah melahirkan zuriat dan kita pun tenang tengok anak-anak membesar dengan sihat.
“Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata.
“Kita pandang dari sudut pengorbanan seorang isteri yang berjuang melahirkan benih kita juga,” katanya menerusi satu video dalam TikTok.
Masuk Tengok Isteri Bersalin
Berkongsi pengalaman, bapa kepada dua putera itu sempat menceritakan momen berharga ketika menyaksikan sendiri proses kelahiran kedua-dua permata hatinya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah, bukan geli, tapi rasa kasihan.
“Perubahan fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai. Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan satu peringatan untuk kita.
“Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,” ujarnya panjang lebar.
Tinjauan menerusi ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata netizen senada dengan PU Riz selain menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita bertuah kerana memiliki suami yang matang dan memahami.
Sekadar info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.
Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit.
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum wanita.
1. Rebusan serai & halia
Bahan-Bahan: 3 batang serai dan 4cm halia 2 ketul
Cara-Cara: Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.
Khasiat kesihatan:
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.
2. Rebusan sireh
Bahan-Bahan: Daun sireh 3 atau 5 helai.
Cara-Cara: Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam. Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.
Khasiat kesihatan:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3. Rebusan sireh & daun inai
Bahan-Bahan: 3 ke 5 helai daun sireh dan segenggam daun Inai
Cara-Cara: Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.
Khasiat kesihatan:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
Bahan-Bahan: 2/3 batang serai di ketuk, 3cm halia (tua/muda) di ketuk, 2cm kunyit di ketuk, sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih /bunga lawang, daun pandan sehelai, sedikit Madu Susu (Raw Honey)
Cara-Cara:
Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.
Khasiat kesihatan:
Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.
Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksik dan lemak dalam tubuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia moden sekarang dengan kehadiran pelbagai menu makanan yang lazat ramai yang tidak menitik berat kan diet pemakanan yang betul. Kebanyakkan penyakit yang datang secara tiba-tiba sebenarnya ialah kesan jangka masa panjang jika kita tidak menjaga pemakanan harian kita. Penyakit! Rasanya tidak ada seorang pun yang menginginkan penyakit datang menyerang tubuhnya. Namun mereka cuma mengatakan tidak ingin, tanpa ingin ambil tahu hal perkara yang perlu dijauhi supaya penyakit tidak menyerang. Umumnya dari kebiasaan rutin aktiviti yang tidak sihat dan pola makan yang tidak baik membuat seseorang diserang penyakit. Bahkan tidak cuma penyakit biasa, kerapkali orang diserang oleh penyakit yang memudahkan nyawa mereka seperti penyakit jantung, diabetes, kencing manis serta darah tinggi. Penyakit ini memang sangat banyak dihadapi oleh masyarakat kita tidak mengira umur dan jantina. Bila dilenggahkan rawatan bagi penyakit ini akan semakin parah dan boleh menyebabkan kematian.
Namun kita hidup didunia ini sudah ada aturan serta semua sesuatunya telah disiapkan oleh Allah. Begitu juga dengan penyakit, tentu ada ubat untuk mengubati. Untuk anda yang menderita penyakit jantung, diabetes, kencing manis dan darah tinggi, boleh gunakan kelapa muda serta serai untuk menyembuhkannya. Bagaimana caranya? Tidak begitu susah dan anda dapat melakukannya dengan mudah dan cepat. Ini dia cara membuatnya:
Sediakan satu kelapa muda; Tiga batang serai ; Tujuh biji halba ; Cara membuatnya begitu mudah, masukkan tiga batang serai yang telah diketuk tadi ke dalam air kelapa dan kemudian masukkan tujuh biji halba (cari di kedai ubat atau kedai biasa pun ada jual) tadi kedalam kelapa muda dan panaskan. Sesudah itu minumlah ramuan itu, ambil dua kali dalam sehari selama dua minggu.
Rasakan perubahan serta khasiatnya untuk badan anda, penyakit jantung, diabetes, kencing manis serta darah tinggi anda akan hilang secara perlahan. Tidak ada penyakit yang tidak dapat disembuhkan bila kita ingin berusaha. Kerana Allah telah menciptakan ubat untuk orang-orang yang berpenyakit. Bila semua cara telah anda lakukan namun penyakit tidak kunjung pulih bermakna itu telah ketentuan Allah. Serta cara nya anda harus memohon ampun kepadanya. Semoga bermanfaat, Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...