
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Video Berkaitan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kita menabung setiap hari hasilnya kita akan rasai bila harinya tiba, ditambah pula motivasi untuk membahagiakan orang tersayang ia lebih bermakna untuk dilakukan. Cubalah simpan duit anda, sikit-sikit lama kelamaan ia akan bertambah. Selamat menabung para suami!
.
Allah, saya rasa terkesan sangat bila saya menjadi asbab untuk orang menabung. Ringkas sangat nampaknya untuk kumpul RM3 sehari. Tapi kalau tiada motivasi, tiada yang ingatkan dan tidak dibuat bersama-sama, memang takkan jadi disiplin. Saya tahu ramai yang galakkan menyimpan, melabur ASB, gold bar, unit trust, saham, hartanah dan sebagainya. Memang bagus sangat semua tu. Tapi tak pernah ada orang pimpin dan galakkan menyimpan RM3 sehari untuk beli emas.
.
Kepada yang baru tahu pasal ni, izinkan saya terangkan dengan ringkas. Pada 18 hari yang lepas, saya mulakan cabaran kepada semua untuk mengumpul RM3 setiap hari selama 180 hari. Ini bertujuan, pada hari yang disasarkan, kami semua akan ada duit yang cukup untuk membeli emas seberat 2 gram paling kurang. Jadi, mulai hari itu, sehinggalah hari ini, saya mengingatkan mengenai tabungan ini, hari yang ke berapa dan jumlah terkumpul minima yang perlu ada. Ini menjadikan orang semakin minat untuk menabung dan termasuklah yang baru pertama kali melihat post “peringatan dan motivasi” saya setiap hari.
.
Hari ini ialah hari ke 19 dari 180 hari sasaran. Sepatutnya semua perlu ada minimum RM57 dalam tabung. Kepada yang baru sertai, anda hanya perlu sediakan RM57 dan tambah RM3 setiap hari mulai esok.
Saya akan ingatkan anda setiap hari. Semoga niat dan cabaran ini mencapai sasarannya. Saya akan bersama-sama anda setiap hari sehingga sampai ke garis penamat. Bila dah sampai sasaran nanti, belilah emas di mana-mana kedai atau orang sekalipun.
.
Kongsikan cabaran ini supaya lebih ramai para isteri dan suami menabung untuk emas dan seterusnya akan menggembirakan hati dan melabur dalam masa yang sama. Seronok sungguh bila tengok ramai yang bersemangat. Ada yang simpan RM5, RM20 dan pelbagai amaun sehari. Memang buat kita bermotivasi.
.
SUMBER : Akhtar Syamir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Pelukan ternyata memiliki khasiat yang luar biasa dalam hubungan perkahwinan. Tidak hanya akan ada cinta yang tumbuh lebih kuat, anda juga akan semakin kuat dan lebih bersemangat apabila berpelukan dengan pasangan yang dicintai. Suami isteri diibaratkan sebagai pakaian yang saling melengkapi, saling menutupi dan saling memerlukan.
Pelukan suami isteri memiliki bahasa komunikasi yang ternyata cukup luar biasa. Ada berpendapat, satu pelukan dapat membantu komunikasi non-verbal untuk menggambarkan rasa sayang, terharu, terima kasih, kekesalan dan kemarahan. Malah dengan satu pelukan sehari juga boleh ‘memanaskan’ kasih sayang dan cinta suami isteri.
Jika ingin menunjukkan bahawa suami peduli, maka peluklah isteri kerana ada ketikanya isteri lebih merasa bimbang akan suaminya. Sentuhan yang penuh dengan kasih sayang dan kehangatan akan meningkatkan lagi ghairah dan emosi positif pada pasangan. Cara suami memberikan sentuhan membuatkan isteri merasai makna yang tersendiri dalam setiap sentuhan suami. Bagi suami yang sedang membaca artikel ini, anda disarankan untuk memeluk isteri sekurang-kurangnya satu kali sehari.
Di sini ada lima keadaan yang dikatakan sesuai untuk suami memeluk isteri agar isteri rasa dirinya lebih dihargai.
1. Sebelum ke tempat kerja
Setiap hari sebelum suami melangkah ke tempat kerja, peluklah isteri erat-erat selama 10 saat. Lagi lama, lagi baik! Khabarnya, ia boleh memanjangkan usia. Tapi jangan lama sangat, takut tak jadi pergi kerja pula. Isteri yang tinggal di rumah akan rasa lebih dihargai apabila suami memeluknya.
2. Ketika menonton televisyen
Tidak perlu rasa malu sekiranya pelukan boleh membarakan kasih sayang suami isteri. Dalam kelekaaan menonton televisyen, lebih mesra jika suami datang dan mendakap isteri. Kebetulan pula menonton cerita romantik bersama, pastinya pelukan itu akan menjadi lebih mesra. Sebaliknya jika cerita seram yang ditonton, pastinya pelukan itu akan menenangkan ketakutan isteri.
3. Ketika isteri sibuk di dapur
Ketika isteri sedang leka memasak atau membasuh pinggan mangkuk, rangkullah pinggang isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Isteri akan rasa bahagia, malah kepenatannya menguruskan rumah tangga tidak akan terasa apabila suami memeluknya. Elemen kejutan seperti ini akan membuatkan isteri rasa dihargai, malah ia sememangnya diinginkan oleh isteri. Biarpun suami tidak membantu isteri memasak, sentuhan mesra seperti ini sudah cukup membahagiakan.
4. Ketika tidur
Tidur di atas lengan suami ternyata satu nikmat yang paling indah bagi seorang isteri. Tidur berpelukan dapat meredakan stres kerja, menurunkan tekanan dan meningkatkan memori. Perkara positif seperti ini hanya berlaku jika anda memeluk pasangan yang disayangi. Pasangan suami isteri yang sering berpelukan ketika tidur akan membuat mereka lebih awet muda. Hal ini terjadi kerana pasangan rasa bahagia dan saling mencintai sehingga hormon oksitosin (hormon bahagia) terlepas bebas dalam tubuh masing-masing.
5. Ketika isteri sedang merajuk
Cara yang terbaik untuk memujuk isteri yang sedang merajuk adalah dengan memeluk isteri. Hati yang panas terus jadi luluh apabila suami memeluknya erat. Orang perempuan ini bukanlah nakkan duit atau harta benda. Kalau isteri merajuk, kata-kata mesra dan pelukan manja pun boleh memujuk hati yang panas.
Tidak sukar menawan hati wanita, hanya dengan pelukan yang berbaur kasih sayang ia mampu mencairkan hati wanita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
Sekufu sebenarnya merujuk kepada kesepadanan atau keserasian antara pasangan, terutamanya dalam bab perkahwinan.
Kalau nak lebih jelas, sekufu ini bermaksud pasangan tu ada matching dari beberapa aspek yang penting supaya senang nak jalani hidup bersama.
Sekufu dalam perkahwinan sangat dianjurkan oleh Islam kerana boleh mengelakkan pelbagai masalah atau konflik di kemudian hari.
Menerusi laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, sekufu membawa maksud kesepadanan, sama atau seimbang dalam sesuatu perkara.
Memilih pasangan sekufu dalam perkahwinan perlu menitikberatkan beberapa aspek penting seperti pekerjaan, fahaman tentang agama dan lain-lain.
Sekufu dalam perkahwinan membawa maksud bahawa anda perlu mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik sekiranya mempunyai kefahaman mendalam.
Fokus akhlak dulu sebab bila pasangan ada nilai-nilai moral yang sama, lagi senang nak saling memahami dan kurangkan konflik.
Mengenai pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Walau bagaimanapun, pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mulia tetapi tidak kaya dan nampak biasa namun boleh menghasilkan jutaan ringgit.
Ada juga yang rasa perlu untuk pasangan itu berada pada tahap kewangan yang lebih kurang sama. Tapi ini lebih kepada soal praktikal, supaya tak ada rasa janggal atau tekanan.
Seterusnya, maksud sekufu dalam perkahwinan juga adalah seseorang itu tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya.
Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu. Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua.
Kecacatan mengaibkan adalah seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan yang jelas.
Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Ia tidak menjadi penghalang kerana pasangan seperti ini kadangkala jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
Dalam sesetengah kes, orang ambil kira juga latar belakang keluarga, status sosial, atau asal-usul. Tapi yang ini tak wajib, sekadar untuk keserasian sahaja.
Kalau dua-dua ada tahap pendidikan atau cara pemikiran yang serupa, memang mudah sikit nak berbual panjang dan saling berkongsi pendapat.
Sekufu dalam perkahwinan selanjutnya adalah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun sekufu bukannya syarat sah nikah, tetapi perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Kesimpulannya, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga.
Namun yang paling penting dalam Islam, sekufu yang benar-benar penting adalah agama dan akhlak. Kalau dua-dua jaga benda ni, insyaAllah perkahwinan akan lebih berkat dan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
