15 Perkara Yang Lelaki Boleh Buat Untuk Jadi Suami Romantis, Gerenti Isteri Terlebih Sayang!

Share

Apabila bercakap bab romantis isteri sememangnya pakar tapi jangan pula isteri menidakkan usaha suami untuk berikan aksi romantik kepada anda. Mungkin jarang kita tengok suami beraksi romantis, tapi percayalah kalau sekali suami dah romantis pasti hati isteri akan berbunga-bunga dan senyum sampai ke telinga.

Ingatlah suami isteri, dalam perkahwinan cinta tidak hanya manis di mulut saja tetapi ia akan terasa indahnya jika dapat diwujudkan dalam bentuk tindakan yang nyata. Wahai isteri, suami anda juga tak mahu kalah. Perkara ini mungkin pernah dilakukan suami sebagai bukti yang dia juga suami romantik seperti anda!

1. Di pagi hari waktu anda belum bangun, suami sudah membuatkan anda secawan kopi dan membawanya ke bilik tidur sambil mencium dahi untuk membangunkan anda. Ketika memberikan kopi, suami bertanya “Nyenyak tidur?” Pasti aksi suami buat anda tersenyum tanda diri dihargai.

2. Waktu anda masih sibuk membuatkan sarapan untuk anak-anak, suami membaca surat khabar dan bercerita pada anda tentang berita-berita terkini supaya anda tidak perlu membacanya lagi. Menjimatkan masa dan anda berdua boleh berbincang bersama tentang isu semasa.

3. Setelah anda pulang kerja dan masuk ke bilik tidur, anda melihat ada bunga mawar terletak di atas katil dengan catatan kecil bertuliskan “I love you”. Sweet kan?

4. Di hari minggu, suami selalu berusaha bangun dahulu untuk membuatkan sarapan. Setelah siap, suami akan memeluk anda sambil berbisik, “Sarapan sudah siap”.

5. Sebelum tidur, suami selalu letakkan segelas air di meja sisi katil. Mungkin benda ni nampak kecil tapi itu bukti perhatian suami terhadap anda.

6. Setiap pagi setelah pergi kerja, suami akan mengirimkan sms berisi kalimat-kalimat manis seperti “Every time I see you, I fall in love all over again” atau “You’re special to me in every way”. Aduh! Pasti meleleh jiwa isteri jika setiap hari suami begini.

7. Di ketika mood anda terganggu, suami diam-diam keluar rumah dan membelikan sesuatu untuk menghiburkan hati anda. Coklat atau bunga barangkali?

8. Suami mengirimkan gambarnya membuat muka-muka lucu semasa dia berada di luar rumah. Aduh lucu sekali! Suami selalu buat anda ketawa!

 

9. Ketika suami ditukar ke luar kawasan, anda perlu berjauhan dengannya selama beberapa bulan. Setiap pagi suami akan mengirimkan pesanan “Good morning, love”. dan di malam hari “I’ll be dreaming of you”.

10. Ketika anda bertugas di luar daerah selama beberapa hari, suami mengirimkan gambar anak-anak di rumah serta foto selfie-nya. Tidak keruan anda dibuatnya!

11. Ada ketikanya suami mengirimkan pesanan yang panjang berisi alasan-alasan kenapa dia mencintai anda. Anda pula memerlukan masa untuk membacanya namun kesannya boleh buat anda tersenyum sepanjang hari.

12. Kalau anda dan suami makan aiskrim bersama, suami selalu berikan anda gigitan terakhirnya. Suami isteri kan kena berkongsi!

13. Setiap hari suami selalu katakan bahawa anda kelihatan cantik walaupun setelah bangun pagi, ketika muka anda penuh sememeh dengan air liur basi.

14. Apabila anda dan suami pulang daripada kerja, suami mengajak anda duduk bersama untuk bercerita tentang perkara yang dilalui sepanjang hari. Anda rasa bahagia dapat berkongsi cerita dan banyak perkara dengan suami. He’s my best friend.

15. Selepas menikmati makan malam, suami mengajak anda ke ruang tamu sambil berehat dan membaca buku. Dalam pada membaca itu suami tidak mahu melepaskan genggaman tangannya dengan anda. Betapa bahagia anda rasa disayangi dan dihargai!

IKLAN