Teknik dan pemilihan produk solekan yang betul akan menjadikan wajah anda sentiasa indah mempersona dengan kulit wajah selembut sutera. Ikut 20 tip mudah untuk solekan tahan lama tanpa perlu di touch up berlebihan.

IKLAN

 

IKLAN
IKLAN
  • Cuci bersih wajah setiap kali sebelum tidur apabila anda mengenakan solekan pada siang hari.
  • Pakai toner dan pelembap sebelum mengaplikasikan sebarang solekan asas untuk solekan lebih rata dan tahan lama.

  • Oles sedikit concealer bawah mata untuk mengaburi cela atau kesan lebam bawah mata.
  • Kenal pasti foundation yang sesuai dengan kulit wajah anda sama ada berminyak, kering atau normal.
  • Pilih warna foundation yang sesuai dengan kulit anda. Pilihlah satu tona lebih cerah dari kulit wajah anda dan efek cerah semula jadi.
  • Sekiranya anda menyapu pemerah pipi, pastikan anda melakukannya sebelum anda menyapu bedak pada wajah ini. Ini membolehkan solekan tampak lebih semula jadi.
  • Untuk mendapatkan hasil yang maksimum ketika anda membentuk bulu mata anda, gunakan pengering rambut untuk memanaskan pelentik bulu mata anda. Ia akan membuatkan bulu mata tampak lebih lentik dan tahan lebih lama.
  • Tidak kira bulu mata anda di dalam bentuk cecair atau serbuk, pastikan anda memilih berus dan bukan span. Penggunaan berus akan membuatkan sapuan lebih rata dan tidak bertompok.

  • Pilih pemerah pipi yang bersesuain dengan warna kulit anda seperti kulit kuning langsat, pilihlah pemerah pipi merah jambu lembut.
  • Gunakan ‘primer’ sebagai dasar agar tekstur kelopak mata lebih lembut sebelum dirias pembayang mata. Menggunakan warna kegemaran tidak salah jika pilihan warna sesuai mengikut penampilan anda.
  • Pilih penggaris mata ‘waterproof’ bagi memastikan solekan mata anda kekal menawan dan segar.
  • Begitu juga dengan maskara. Pilih maskara kalis air yang akan membuat bulu mata lentik dan tebal seharian tanpa harus membetulkannya berkali-kali.
  • Pemakaian warna keemasan mampu memberikan impak pesona dalam solekan anda. Manakala bagi bakal mempelai, penggunaan warna keemasan amat digalakkan untuk wajah tampak natural dan berseri terutama pada bahagian yang ingin diberi tumpuan.

  • Gunakan juga warna keemasan ini di bahagian bawah tulang pipi sebelum menyapukan pemerah pipi di tulang pipi anda.
  • Kenla pasti bentuk wajah supaya anda tidak silap mengaplikasikan pemerah pipi untuk solekan di majlis kahwin. Contohnya untuk wajah bersegi, aplikais pada rahang pipi mampu mengaburi bentuk muka anda yang bersegi.
  • Gunakan pelembap bibir terlebih dahulu bagi memastikan bibir anda kelihatan segar setelah memakai gincu bibir.
  • Warna gincu yang sesuai dengan kulit hitam manis adalah daripada rona terang, kerana ia mampu menambahkan lagi seri wajah anda.

  • Pilih pembayang mata warna cerah terlebih dahulu dan diikuti dengan warna yang lebih gelap. Teknik ini adalah bertujuan supaya solekan anda lebih sempurna dan tidak comot
  • Pemilihan warna bibir jenis natural adalah warna seperti coklat dan ‘nude’ yang mencipta aura natural namun sensual buat si gadis.
  • Pemilihan warna pemerah pipi haruslah dapat mengekalkan keaslian warna pipi. Penggunaan warna lembut seperti ‘baby pink’ , ‘harmony’ dan pic memberikan penampilan yang lembut dan menawan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI