Ads

Genap Setahun Bergelar Suami Isteri, Fattah Amin & Amira Othman Titip Ucapan Penuh Makna

Setahun mungkin kelihatan singkat, namun cukup untuk mencipta seribu satu kenangan buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman yang kini genap setahun melayari bahtera rumah tangga.

Lebih istimewa, detik ulang tahun perkahwinan mereka turut diraikan bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-36, menjadikan September cukup bermakna buat pasangan berkenaan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fattah menitipkan ucapan romantis kepada isteri tercinta sambil meluahkan rasa syukur atas perjalanan yang dilalui mereka sepanjang setahun bergelar suami isteri.

“Happy first anniversary, sayang. Thank you for everything yang kita lalui bersama setahun ini dan Insya-Allah tahun-tahun bersama akan datang.

“Especially for bringing Jarir. Alhamdulillah, hadiah yang paling bermakna untuk kita,” tulisnya.

Ads

Kehadiran Muhammad Jarir Umar nyata menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga mereka. Bagi Fattah, cahaya mata itu merupakan antara anugerah paling bermakna yang hadir sepanjang perjalanan perkahwinan mereka.

Tidak kurang manis, Amira turut mengambil kesempatan sempena hari istimewa berkenaan untuk menitipkan doa buat suaminya.

“Love you sampai syurga, ayang, insya-Allah. Moga Allah jaga suami saya dunia dan akhirat. Terima kasih sudi terima saya seadanya. Happy 36th Birthday,” tulis Amira.

Ads

Ungkapan ringkas namun penuh makna itu memperlihatkan rasa kasih dan penghargaan yang masih utuh antara keduanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Genap Setahun Bergelar Suami Isteri, Fattah Amin & Amira Othman Titip Ucapan Penuh Makna

Doa Menjadi Pengikat Rumah Tangga

Dalam sesebuah perkahwinan, bukan sekadar kata cinta yang menjadi pengikat, malah doa dan rasa syukur terhadap pasangan turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan.

Ads

Begitu juga yang dapat dilihat menerusi perkongsian Fattah dan Amira. Di sebalik kesibukan kerjaya dan kehidupan sebagai figura dikenali ramai, mereka tetap memilih untuk meraikan tarikh istimewa dengan ungkapan penghargaan terhadap satu sama lain.

Daripada ucapan Fattah yang berterima kasih kepada Amira atas segala yang dilalui bersama hinggalah doa Amira agar suaminya sentiasa berada dalam lindungan Allah di dunia dan akhirat, kedua-duanya membawa mesej yang sama; rumah tangga perlu sentiasa dihargai dan dipelihara.

Kini, selepas setahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan dikurniakan cahaya mata, pastinya lebih banyak lembaran baharu menanti pasangan ini.

Semoga ikatan perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman terus dilimpahi keberkatan, dipenuhi kasih sayang serta kekal bahagia hingga ke syurga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Potret Berdua Hiasi Kad Kahwin, Syed Saddiq Dan Bella Astillah Serah...

Debaran menuju hari bahagia semakin dirasai apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah mula menyerahkan kad jemputan perkahwinan mereka kepada beberapa tetamu...