Lazimnya, bila kerumah keduri pasti bunga telur atau telur rebus sahaja yang menjadi pengiring tatkala pulang, tetapi kini idea cenderahati atau doorgift untuk tetamu adalah lebih kreatif dan menarik.
Trend masa kini yang lebih praktikal dan dapat memberi seribu ingatan kepada para tetamu yang hadir memberi lebih banyak kesan sentimental dalam perkahwinan anda. Jika anda memberi sesuatu yang boleh disimpan dan boleh dijadikan hiasan pastinya menjadi rebutan tetamu untuk majlis tersebut. Kadang kala menghasilkan idea yang unik dan kreatif ini pastinya memberi kelainan dalam sentuhan majlis perkahwinan anda.
Hari ini, Pesona Pengantin kongsikan kepada anda 20 idea cenderahati yang menarik dan boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan untuk majlis anda nanti. Jom tengok!
Ads
Ads
Ads
Gambar sumber: Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap isteri pasti mendambakan seorang suami yang sentiasa membimbingnya untuk menuju je jalan yang lurus dan diredai Allah. Sebab itulah banyak wanita yang memilih lelaki yang mengutamakan Allah, yang boleh menjadi imam yang baik didalam rumah tangga. Hubungan yang erat dan tanpa ada rasa egois yang tinggi juga menjadi salah satu keinginan dari setiap pasangan.
Oleh itu, setiap pasangan perlu ikhlas dan saling memahami dalam membentuk rumah tangga yang harmoni. Pelbagai cara menurut Islam yang boleh dipraktikkan bagi melahirkan sebuah keluarga yang sejahtera dan sentiasa diredai Allah.
Jom kita lihat 14 amalan yang boleh dipraktikkan oleh setiap pasangan suami isteri bagi mencetuskan rumah tangga yang lebih harmoni!
1. Cium tangan suami ketika ingin pergi kerja adalah salah satu cara untuk membuat hubungan tetap hangat dan cium dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Ini adalah perkara yang sangat baik untuk dilakukan bagi mencetuskan hubungan rumahtangga yang lebih bahagia.
2. Jangan lupa ketika anda ingin meninggalkan pasangan untuk pergi bekerja atau ketika hendak tidur selitkan tiga perkataan mudah ini “I love you”. Lakukan dengan sepenuh hati agar pasangan merasa bahagia dan disayangi.
3. Luangkan juga waktu untuk makan bersama, tapi pastikan anda mengambil waktu yang tepat agar anda dapat menikmati makan siang dan malam dengan aman dan bahagia.
4. Amalkan pertanyaan setiap kali pasangan baru pulang dari kerja. Tanyakan bagaimana perasaannya ketika ditempat kerja dan apa sahaja perkara yang membuatkan dia letih, dan pekerjaan apa yang sangat memenatkan. Dengan cara begitu, momen tersebut akan menjadi luahan pasangan dan menceritakan segalanya pada anda. Cara ini dapat mengeratkan hubungan anda dan pasangan.
5. Luangkan waktu untuk bercerita tentang rumah tangga dan cerita lain sebelum tidur.
6. Jangan biarkan pertengkaran yang terjadi antara anda dan pasangan berlarutan. Berikan kata maaf pada pasangan walaupun dia melakukan kesalahan. Dengan cara itu, hubungan akan menjadi erat dan lebih harmoni.
7. Jangan sesekali memilih untuk tidur berasingan dari pasangan. Walaupun anda harus menidurkan anak anda, anda harus kembali ketempat tidur suami setelah anak terlelap. Perkara ini amat penting dalam memastikan pasangan berasa nyaman dan rasa disayangi.
8. Amalkan solat berjemaah dirumah. Isteri wajib mencium tangan suami setelah selesai solat. Dengan cara ini, rumah tangga akan disinari dengan rahmat Allah dan sentiasa bahagia.
9. Biasakan untuk menyiapkan makanan untuk suami agar suami merasa bahawa anda adalah isteri terbaik. Biasakan untuk saling suap makanan agar hubungan tetap erat dan tidak merasa renggang.
10. Sesekali, berikan kejutan kepada pasangan seperti memberikan hadiah dan merancang sesuatu yang tidak diduga dihari tertentu anda bersama si dia. Cubalah untuk memakai pakaian yang boleh membuatkan dia tertawan.
11. Amalan lain yang boleh anda lakukan ialah saling bergurau dalam rumah. Ceritakan sesuatu yang membuat anda dan pasangan tertawa bahagia atau mungkin anda boleh memberi teka-teki yang harus dijawab oleh pasangan. Dijamin hubungan anda dan pasangan akan erat dan bahagia.
12. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti sukarnya isteri melahirkan dan betapa susahnya suami bekerja keras mencari nafkah untuk menyara keluarga. Dengan kenangan seperti itu akan menyedarkan anda dan pasangan betapa sukarnya anda menghadapi liku dan onak duri rumah tangga dari awal hingga harmoni sampai hari ini.
13. Usahakan untuk mengubah penampilan di depan pasangan agar dia tidak jemu melihat anda. Lakukan hal positif yang boleh membuat anda dan pasangan merasa nyaman.
14. Ketika masalah datang, jangan sesekali lari daripada masalah. Sebaiknya berterus teranglah dan cari cara untuk menyelesaikannya. Jadi tidak ada yang merasa tersakiti satu sama lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersenam meningkatkan tenaga anda untuk meneruskan aktiviti harian anda dan seterusnya menjadikan anda cergas dan lebih produktif. Ia juga adalah cara untuk memperbaiki kesihatan terutama ketika usia kita semakin meningkat. Tambahan sebagai pengantin baru, bentuk tubuh dan tahap kesihatan amatlah penting. Jaga kesihatan sebelum tiba hari bahagia, jadilah pasangan pengantin yang sihat dan kacak di hari bahagia. Sekali je kan seumur hidup.
KEBANYAKAN LELAKI DI LUAR SANA MEMBERIKAN ALASAN TENTANG KESIBUKAN WAKTU KERJA YANG MENYEBABKAN MEREKA KETIADAAN MASA LAPANG UNTUK MEMBUAT SENAMAN.
Seorang doktor mendakwa senamanlah yang menjadikan dia lebih produktif dalam melaksanakan tanggungjawab harian beliau. Ia membantu beliau fokus dan bertenaga sewaktu berada di tempat kerja.
Ia bertindak sebagai penjana produktiviti seseorang lelaki, menurut kata doktor itu. Ia juga boleh membantu mengurangkan kos rawatan hospital yang tinggi.
Menurut salah seorang dari lelaki yang kami temui, mereka sendiri yang mencari masa untuk bersenam. Dia memanfaatkan masa yang terluang untuk bersenam dan ke gimnasium bagi aktiviti kecergasan.
Dedikasikan masa untuk senaman boleh membuatkan anda sukar untuk meninggalkan rutin tersebut pada kemudian hari nanti.
Seorang lagi lelaki yang kami temui pula mendakwa bahawa senamanlah yang membuatkannya kekal aktif melaksanakan tanggungjawabnya dari pagi ke petang.
Mengetahui bahawa dirinya mudah bosan dengan rutin yang sama, beliau mengubah beberapa rutin yang bersesuaian dengannya untuk menjadikan senaman itu lebih menarik.
Mengorganisasikan rutin senaman anda juga boleh membantu anda untuk kekal berada di dalam landasan yang betul. Tetapkan keutamaan anda untuk kekal fokus pada rutin anda.
Selain dari kecergasan diri, ia juga boleh membantu anda untuk mendisiplinkan diri dalam mencapai matlamat anda terutama dalam soal kesihatan dan kecergasan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit. Mohon penjelasan.
.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.
Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Ertinya, jika seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat maka solatnya tidak sah dan perlu dikerjakan semula. Aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, manakala wanita ialah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan, berdasarkan mazhab Syafie. Mereka berdalilkan hadis Nabi riwayat Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Allah tidak menerima solat orang perempuan yang mengalami haid melainkan dengan memakai khimar (tudung).“
Hadis riwayat Abu Daud (641), Ibn Majah (655), dan Al-Tirmidzi (377).
Al-Tirmidzi berkata, “Hadis Aisyah ialah hadis hasan dan diamalkan (sebagai hujah) di sisi ahli ilmu.” Al-Nawawi berkata, “yang dimaksudkan sebagai “ha’id” itu ialah wanita yang sudah baligh”. Dan ini juga merupakan syarat sah juga bagi kaum lelaki. Rujuk al-Majmu’ (3/166-167).
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat ialah, seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Berkata Syeikh Zainuddin al-Malibari: “(penutupan aurat itu) dengan suatu yang tidak mensifati warna yakni warna kulit (yang boleh dilihat) dalam majlis al-takhotub (sebuah majlis percakapan).”
Rujuk Fath al-Mu’in (1/86)
.
Kadar yang boleh dilihat dalam sebuah majlis percakapan ini disyarahkan lagi oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati sebagai:“Keadaan itu maksudnya jika seseorang memerhatikan orang yang bersolat sambil mendekatkan diri dengan begitu dekat untuk melihat warna kulitnya, maka hal itu tidak memudaratkan (solatnya).”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/134)
Syeikh al-Syirwani dalam Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112) juga menyebut: “Dan hendaklah digunakan kaedah demikian dengan tidak memberi mudarat (pada kesahihan solat) apabila dilihat kulit dengan medium (suluhan cahaya) matahari atau api yang apabila tiada maka tidak boleh dilihat.”
Syeikh al-Nawawi al-Bantani dalam Kasyifah al-Saja (hlm. 120) menyebut: “[menutup aurat] dengan suatu jirim yang suci yang boleh menghalang penglihatan kepada warna kulit, dengan tidak dapat diketahui warna putih (kulitnya) daripada hitamnya dalam majlis al-takhatub.”
Istilah majlis al-takhatub ini dihuraikan lagi dabitnya oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf dalam al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 84) dalam bab basuhan janggut yang tebal: “kira-kira satu meter dan separuh.”
Antara ulama muhaqqiq yang berfatwa dengan qiyas kaedah majlis al-takhatub dari bab wudhuk ke dalam bab aurat ialah Imam Ahmad bin Musa bin `Ajil, seperti mana kata pengarang Fath al-Muin (hlm.86); Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112). Namun mengikut Syeikh Abu Makhramah bahawa pendapat yang muktamad tiada beza antara majlis al-takhatub atau bukan, tetapi jika seseorang itu mendekatkan matanya kepada pakaian maka tidak dikira jika nampak auratnya juga. Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 104). Wallahua’lam.
Setelah meneliti keterangan dan fakta di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kami akhiri dengan doa:
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...