pic-pinterest

Menjelangnya hari bahagia pasti pelbagai tekanan yang bakal anda alami apatah lagi jika penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki tidak ‘siap’. Agar anda tampil sehabis cantik dan penampilan wow bakal menjadi milik anda, ikuti petua-petua mudah ini.

  1. MEMBUANG TOKSIN & KEMPISKAN PERUT
    Wajah akan kelihatan tidak berseri apabila pengaliran darah terganggu. Oleh itu, lakukan detoks setiap pagi sebelum sarapan dengan minum air suam yang dimasukkan jus lemon bersama setengah inci hirisan halia. Selain membantu membuang toksin dan angin, ia juga bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien terutamanya di bahagian perut.
  2. MENGHITAMKAN RAMBUT

Untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala, ambil dua biji limau purut dan belah dua. Picit dan gosok limau tadi pada kulit kepala secara rata dan biarkan seketika sebelum membilasnya.

IKLAN
  1. MENGHILANGKAN KELEMUMUR
    Selain itu, anda juga boleh menggunakan santan kelapa untuk memiliki rambut yang hitam berkilat. Santan kepala bersifat antibakteria dan berfungsi untuk membebaskan jangkitan di kulit kepala.
  2. SERIKAN WAJAH PENGANTIN
    Untuk menaikkan seri wajah, makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Mulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi dan membaca surah Al-Fatihah. Anda juga boleh menggunakan air kelapa yang disapu ke wajah untuk melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan wajah. Kemudian, bilas dengan air sejuk.
  3. SEGARKAN MATA

Lumurkan ketulan ais pada bahagian mata selama lima minit untuk melancarkan peredaran darah di sekeliling mata sekali gus mengatasi kelesuan pada                  mata dan menyegarkan mata.

IKLAN
  1. MELENTIKKAN BULU MATA

Setiap bakal pengantin tentu sahaja ingin bulu mata mereka panjang dan melentik. Lentikkan bulu mata dengan mengoleskan lendir daun lidah buaya pada              bulu mata sebelum tidur dan lakukannya secara berterusan.

IKLAN
  1. NYAHKAN LEBAM HITAM
    Tekap uncang teh yang telah dipakai pada mata. Biarkan semalaman dan lakukan tiga kali seminggu. Cara lain, tekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah jam.
  2. MEMUTIHKAN GIGI
    Amalkan menggosok gigi dengan abu daun kelapa. Lakukan seminggu dua kali agar gigi yang kuning beransur putih. Petua lain, taburkan garam pada berus gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa. Cara ini juga membantu mengurangkan masalah gigi kuning.
  3. MENCANTIKKAN KUKU

Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah sehingga anda benar-benar          berpuas hati.

  1. MENGHILANGKAN DAKI
    Ambil beras dan panggang hingga garing. Kemudian tumbuk beras hingga halus. Campurkan beras tadi dengan sedikit perahan limau nipis dan minyak zaitun. Gosokkan bahan tadi kulit berdaki secara perlahan. Cara ini juga oleh mencerahkan kulit, selain memudarkan kesan hitam pada ketiak dan bahagian badan yang lain.
  2. HALUSKAN KULIT KAKI & TANGAN
    Minyak zaitun memang mempunyai pelbagai manfaat, antaranya membantu mengatasi kulit kering. Oleskan minyak zaitun pada baik di kaki ataupun tangan sebelum tidur. Jadikan amalan setiap malam. Hasilnya kulit anda akan tampak lembut dan halus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI