Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang soleh, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT. Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan.
Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri. Oleh itu, jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan.
Tugas itu adalah:
1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya.
Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya.
Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin & pelindung bagi kaum wanita.
Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.
Ads
Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.
Kedua: Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.
Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba
2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
Ads
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad.
Ads
Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat-umat Islam.
Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
“Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya.
Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.
Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.
Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agamasama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA
Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.”
( HR Ibnu Majah )
Sumber : akuislam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikatan perkahwinan merupakan sesuatu yang baik di mana ikatan teguh di antara dua insan yang bukan muhrim dihalalkan segala perkara dari segi zahir dan batin.
Namun begitu, adakah anda yakin bahawa “inilah dia yang dicari dan dialah yang bakal membahagiakan hidupku”.
Keputusan anda untuk mengahwini si dia sangat mudah diucapkan. Jadi, buatlah pilihan yang betul dan kenali isi hatinya juga sikap sebenar si dia agar anda tidak terkejut dengan perubahan sikap si dia setelah berkahwin.
Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, semestinya setiap pasangan akan menyorokkan segala keburukan diri dari pasangan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa sikap jujur dan berterus terang bersama pasangan adalah lebih baik dan anda akan lebih memahaminya sebelum menuju ke alam perkahwinan.
Berikut ada beberapa tip untuk mengenali sikap sebenar pasangan anda:
1. Berkongsi cerita bersama. Pasti si dia akan bercerita kepadamu mengenai latar belakang dirinya sebelum itu.
2. Berani untuk bertanya si dia kisah masa lampau dirinya. Oleh itu, anda berdua akan jujur dalam perhubungan.
3. Tidak menyimpan perasaan sakit hati atau dendam. Sekiranya anda berasa tidak puas hati, luahkan sahaja. Si dia pasti memahami sebab kamu berasa marah.
4. Ketahui hobi si dia di masa lapang seperti menonton televisyen, bermain ‘game’, duduk di rumah, melepak bersama rakan dan sebagainya.
5. Ketahui apa yang tidak disukainya. Contohnya sikap, makanan dan minuman yang tidak disukai.
6. Kenali warna yang disukainya. Ini memudahkan apabila berkahwin, anda sudah tahu warna pakaian yang disukainya.
7. Kenali sikap si dia apabila bersama keluarga. Adakah dia seorang yang manja dengan ibunya? Adakah si dia seorang yang tidak mengambil berat perihal keluarga? Dari situ, anda akan lebih mengenali sikap sebenar si dia.
8. Selidik cara percakapan si dia apabila bersamamu, bersama rakan, dan keluarganya. Anda akan ketahui sama ada si dia seorang yang lembut, panas baran, penyayang dan sebagainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah menjadi perempuan sebagai pasangan bagi lelaki. Keduanya akan menikah dan melahirkan anak. Perempuan dan anak juga dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai penyejuk hati bagi lelaki, suami mahupun bapa.
Betapa bahagianya sebuah keluarga yang di dalamnya terdapat suami yang soleh dan amanah, isteri yang solehah, serta anak-anak yang taat dan berbakti.
Kebersamaan yang membahagiakan ini adalah hak semua insan. Siapa pun ia, dari mana pun bangsa atau sukunya. Teruslah berusaha dan berdoa, insya Allah, Allah s.w.t akan memakbulkannya.
Dengan doa di bawah ini, semoga siapa pun yang belum berjodoh segera didekatkan oleh Allah s.w.t dengan jodoh terbaiknya.
“Ya Allah, nikahkanlah aku dengan lelaki yang shalih yang menyejukkan hatiku (tenang dipandang) dan aku pun membahagiakan hatinya, wahai Dzat yang Mahaluhur dan mulia.”
Allaahumma innii uriidu an atazawwaja faqaddir lii minar-rijaali man hum a’affu wa ahfazhuhum lii fii nafsii wa maalii wa ausa’uhum rizqan wa a’zhamuhum barakatan wa qaddir lii waladan thayyiban taj’alu lahuu khalaqan shaalihan fii hayaatii wa mamaatii.
“Ya Allah, sungguh aku ingin menikah, maka tetapkanlah untukku lelaki yang sangat peduli untuk menjaga diriku dan hartaku, yang sangat luas rezekinya, yang besar keberkahannya. Dan tetapkanlah untukku anak yang baik yang Engkau jadikan sebagai pewaris yang baik dalam hidupku dan matiku.”
“Ya Allah, nikahkanlah aku dengan perempuan shalihah yang menyejukkan hatiku (tenang dipandang) dan aku pun membahagiakan hatinya, wahai Dzat yang Mahaluhur dan mulia.”
Allaahumma innii uriidu an atazawwaja faqaddir lii minan-nisaa’i man hunna a’affuhunna farjan wa ahfazhuhunna lii fii nafsihaa wa maalii wa ausa’uhunna rizqan wa a’zhamuhunna barakatan wa qaddir lii waladan thayyiban taj’alu lahuu khalaqan shaalihan fii hayaatii wa mamaatii.
“Ya Allah, sungguh aku ingin menikah, maka tetapkanlah untukku perempuan yang sangat menjaga kehormatannya, yang sangat menjaga dirinya untukku dan hartaku, yang sangat luas rezekinya, besar keberkahannya. Dan tetapkanlah untukku anak yang baik, yang Engkau jadikan sebagai pewaris yang baik dalam hidupku dan matiku.”
Kemudian, baik lelaki mahupun perempuan selanjutnya bolehlah membaca doa nabi Zakaria a.s berikut ini :
Rabbi laa tadzarnii fardan, wa anta khairul waaritsiin.
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya : “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup hebat bila isteri boleh buat banyak kerja dalam satu masa, walau cuma suri rumah kadang masih lagi rajin buat kerja part time di rumah.
Malah ada yang sanggup jadi pengasuh walau penat jaga anak sendiri. Uruskan rumah tangga tak mudah tetapi tetap kena buat. Yang bekerja pun, balik rumah sambung uruskan rumah tangga. Penat lelah letak belakang, begitulah hakikat sebuah hidup seorang wanita.
Jadi para suami kena pandai tolong apa yang patut, mungkin letih keluar mencari rezeki tetapi sesekali kalau ada peluang, mungkin boleh ringankan beban si isteri jaga anak-anak.
Nampak Isteri Tiba-tiba Malas, Suami Kena Tolong
Menjadi isteri dan ibu bukannya tugasan yang mudah. Namun ini satu tanggungjawab yang perlu wanita laksanakan dengan baik. Lumrah bagi wanita, ingin menjaga keluarga dengan sebaik mungkin dan menyiapkan semuanya demi anak dan suami. Namun kudratnya tak sekuat lelaki, emosinya sangat rapuh.
Kesan terhadap fizikal, mental dan emosi seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu dalam mengimbangi antara kerjaya, pembelajaran anak, layanan terhadap suami dan menguruskan kerja-kerja rumah.
Wanita itu multi-tasking, boleh berfikir 2, 3 perkara dalam masa yang sama, wanita juga boleh melakukan 2,3 perkara dalam masa yang sama.
Wanita Memang Multitasking Tapi Tetap Ada Limit
Jika kita sebagai suami nampak mood isteri sudah tidak keruan, jika kita nampak dia sudah mula marah-marah, jika kita nampak dia sudah mula tinggi suara, jika kita nampak dia duduk diam macam sedang berfikir tanpa buat apa-apa, termenung, mengelamun, bermimpi disiang hari, maka dia sebenarnya sedang menghantar isyarat bantuan.
Dia perlukan pertolongan, bebanan yang dipikulnya perlu diringankan. Dia sudah penat dengan multi-task yang dia perlu handle. Kalau dia fokus kepada anak-anak, nanti suami balik tak ada apa nak makan.
Kalau dia fokus kepada kerja-kerja rumah, nanti kerja-kerja sekolah anak tak sempat disiapkan. Kalau dia ambil pendekatan buat setakat yang mampu, maka dia tak puas hati bila masih ada perkara yang tertunda, tak sempat dibuatnya.
Bila fizikal sudah penat, emosi sudah sarat, mental juga sudah tentu tenat. Jadi suami perlu ambil langkah membuat apa yang isteri selalu buat. Ambil alih daripada isteri sepenuhnya. Pasti rumah tangga akan lebih harmoni dan tenang bila suami sudi bantu apa yang isteri tak sempat buat.