Terdapat sebilangan isteri yang diminta untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah apabila disuruh suami. Suami membuat keputusan tersebut apabila kesukaran mencari pengasuh anak.
Namun, ada cabaran yang perlu anda tahu apabila menjadi suri rumah ini iaitu menjaga dan mendidik anak-anak yang kian membesar. Mari kita teliti apakah lagi cabaran lain yang harus ditempuhi jika memilih menjadi suri rumah.
1.Jam kerja yang lebih lama berbanding kerja di pejabat
Menjadi ibu atau bapa yang tidak bekerja memerlukan perhatian 24/7 setiap hari. Malah anda juga tidak mempunyai sebarang cuti tahunan, cuti sakit, dan tidak ada gaji mahupun bonus, tapi anda hanya diberikan wang nafkah dari suami dan wang perbelanjaan dapur setiap hari.
2. Penat dengan tugas rumah yang tidak pernah habis
Ads
Ramai orang menggangap suri rumah tangga tidak banyak kerja dan hanya melayan anak-anak saja. Lebih sadis, bila ada yang kata boleh goyang kaki setiap hari. Selain jaga anak, suri rumah tangga juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, membersihkan rumah, seterika pakaian anak-anak yang bersekolah dan pakaian kerja suami.
3. Tidak boleh menikmati hidangan dengan rasa selesa
Ads
Apabila bersama anak kecil di rumah kemudian dia melihat ibunya makan atau minum, mesti mereka cuba mengganggu. Kadang-kadang, ibu terpaksa makan sorok-sorok supaya tidak dikacau oleh anak.
4. Mengurangkan kehidupan sosial
Oleh kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tugas menjadi suri rumah tangga maka anda terpaksa mengorbankan masa untuk bersosial bersama rakan-rakan anda. Namun anda selamat sebab sekarang ada Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp yang memudahkan pergaulan kalian dengan teman lain.
Ads
5. Sukar menyesuaikan diri apabila bekerja kembali
Tidak mudah untuk kembali bekerja dan sedikit sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru kerana anda perlu seimbangkan antara masa bekerja dan keluarga. Selain perlu meneliti semula kemahiran kerja yang sudah ditinggalkan dalam tempoh masa yang sangat lama kerana menjadi suri rumah tangga buat seketika cuma.
Sumber : The asian parent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbicara soal perkahwinan, bukan bakal pengantin wanita sahaja perlu mengambil berat soal penampilan menjelang hari bahagia. Bakal pengantin lelaki juga perlu mengambil berat soal ini. Takkan nak nampak ‘selekeh’ atas pelamin nanti kan?
Menerusi Twitter, seorang jurugambar bernama Hafizaquafiz telah berkongsi tip untuk bakal pengantin lelaki supaya tampak kemas di hari bahagia nanti. Jadi, bolehlah bakal pengantin lelaki praktikkan ya sebelum kahwin nanti!
1. Make Up
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
It is okay untuk lelaki memakai bedak di hari persandingannya, untuk tampil kemas dan kacak. No worries, sisi maskin anda won’t fade out dengan seoles bedak dimuka.
2. Kemas
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Pastikan anda rapi dan kemas setidaknya sehari sebelum majlis anda berlangsung. Aspek yang perlu diberi perhatian untuk anda kelihatan kemas dan bersih adalah seperti rambut, misai/jambang dan kuku. Once korang kemas, korang akan yakin di foto daripada mana-mana angle pon!
3. Baju atau Busana
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Semasa ‘fitting sessions’, pastikan baju yang anda pakai just nice terletak di badan anda. Maklumkan pada designer anda jika baju tersebut ketat/besar dari size anda. Jangan pakai baju melayu/suit oversize ya. Itu akan buat anda tidak selesa, nampak menggelebeh je nanti.
Sebaiknya, posisi anda di belah kanan isteri anda kerana simboliknya kepada wanita itu tercipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Baik semasa berjalan ke pelaminan, semasa bersanding ataupun ketika outdoor, jika boleh, groom eloklah diposisikan di sebelah kanan bride.
5. Spek Mata Hitam
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Big NO! Elakkan memakai kaca mata hitam terutamanya ketika bersanding di atas pelamin. Tetamu yang hadir nak lihat wajah anda, berikan mereka kepuasan itu. Hahaha!
Tapi, kalau tiba-tiba korang sakit mata masa hari bersanding tu, ha pakai jelah okay.
Salam, adakah jahitan pada stokin wanita yang menampakkan sedikit warna kulit dikira tidak sah untuk dibawa solat dan tawaf? Saya cuba menggunakan dua lapis stokin tapi masih kelihatan sedikit samar-samar warna kulit. Mohon penjelasan.
.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.
Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Ertinya, jika seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat maka solatnya tidak sah dan perlu dikerjakan semula. Aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, manakala wanita ialah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan, berdasarkan mazhab Syafie. Mereka berdalilkan hadis Nabi riwayat Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Allah tidak menerima solat orang perempuan yang mengalami haid melainkan dengan memakai khimar (tudung).“
Hadis riwayat Abu Daud (641), Ibn Majah (655), dan Al-Tirmidzi (377).
Al-Tirmidzi berkata, “Hadis Aisyah ialah hadis hasan dan diamalkan (sebagai hujah) di sisi ahli ilmu.” Al-Nawawi berkata, “yang dimaksudkan sebagai “ha’id” itu ialah wanita yang sudah baligh”. Dan ini juga merupakan syarat sah juga bagi kaum lelaki. Rujuk al-Majmu’ (3/166-167).
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat ialah, seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Berkata Syeikh Zainuddin al-Malibari: “(penutupan aurat itu) dengan suatu yang tidak mensifati warna yakni warna kulit (yang boleh dilihat) dalam majlis al-takhotub (sebuah majlis percakapan).”
Rujuk Fath al-Mu’in (1/86)
.
Kadar yang boleh dilihat dalam sebuah majlis percakapan ini disyarahkan lagi oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati sebagai:“Keadaan itu maksudnya jika seseorang memerhatikan orang yang bersolat sambil mendekatkan diri dengan begitu dekat untuk melihat warna kulitnya, maka hal itu tidak memudaratkan (solatnya).”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/134)
Syeikh al-Syirwani dalam Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112) juga menyebut: “Dan hendaklah digunakan kaedah demikian dengan tidak memberi mudarat (pada kesahihan solat) apabila dilihat kulit dengan medium (suluhan cahaya) matahari atau api yang apabila tiada maka tidak boleh dilihat.”
Syeikh al-Nawawi al-Bantani dalam Kasyifah al-Saja (hlm. 120) menyebut: “[menutup aurat] dengan suatu jirim yang suci yang boleh menghalang penglihatan kepada warna kulit, dengan tidak dapat diketahui warna putih (kulitnya) daripada hitamnya dalam majlis al-takhatub.”
Istilah majlis al-takhatub ini dihuraikan lagi dabitnya oleh Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaf dalam al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 84) dalam bab basuhan janggut yang tebal: “kira-kira satu meter dan separuh.”
Antara ulama muhaqqiq yang berfatwa dengan qiyas kaedah majlis al-takhatub dari bab wudhuk ke dalam bab aurat ialah Imam Ahmad bin Musa bin `Ajil, seperti mana kata pengarang Fath al-Muin (hlm.86); Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112). Namun mengikut Syeikh Abu Makhramah bahawa pendapat yang muktamad tiada beza antara majlis al-takhatub atau bukan, tetapi jika seseorang itu mendekatkan matanya kepada pakaian maka tidak dikira jika nampak auratnya juga. Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 104). Wallahua’lam.
Setelah meneliti keterangan dan fakta di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
Wajib menutup tapak kaki ketika solat bagi wanita dalam mazhab al-Syafie, dan ia merupakan syarat sah solat. Pendapat yang lemah dalam mazhab Syafie dan salah satu daripada pendapat dalam mazhab Hanafi, bahawa tapak kaki bukan aurat ketika solat. Mazhab Maliki mengkategorikan tapak kaki sebagai aurat ringan yang tidak memudaratkan solat apabila terdedah. Rujuk Syarh Yaqut al-Nafis (hlm.143-144)
Memakai pakaian nipis untuk menutup aurat adalah tidak memadai untuk mendapatkan solat yang sah.
Ukuran pakaian nipis dan tebal itu terdapat khilaf dalam ulama Syafieyyah. Kami cenderung kepada tarjihan Syeikh Ibn Ajil bahawa memadai jika pakaian itu tidak menampakkan warna kulit dalam jarak majlis al-takhatub, atau kira-kira 1.5 meter antara dua orang yang bercakap. Namun pendapat muktamad seperti yang disebut oleh Syeikh Abu Makhramah bahawa tiada dabit majlis al-takhatub, melainkan dengan pandangan terlalu dekat dengan pakaian, adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
Justeru, stoking wanita yang kelihatan nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya, dalam jarak kira-kira 1.5 meter, adalah boleh dipakai oleh wanita semasa solat.
Sunat untuk memakai stoking yang lebih tebal, atau melabuhkan telekung, untuk keluar daripada khilaf dan mengelakkan fitnah. Wallahua’lam.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Kami akhiri dengan doa:
Salah satu yang buat isteri jadi serabut duduk rumah sendiri adalah persekitaran dan suasana yang dicipta.
Bukan sebab tak bahagia dengan suami tetapi ini juga kain baju yang tak pernah berkemas. Hah, cuba semak!
Isteri Jadi Serabut
Jadi pesanan buat golongan isteri, jika hati penghuni rumah rasa serabut tak tenang, anda boleh keluarkan semua barang tak guna dalam bilik tidur. Buang jika barang tu tak berguna atau sedekahkan kepada yang memerlukan.
Baju-baju yang tak guna, elok kutip bagi pada yang memerlukan. Jangan takut nak berkongsi jika apa yang ada itu langsung tak guna pun.
Kemudian jangan biar baju kotor berlonggok. Basuh cepat-cepat. Jangan sesekali tunggu baju kotor penuh bakul, baru nak basuh. Tak kan nak dobi baju 2, 3 helai. Rugi.
Cara Jimat Elektrik
Tetapi kalau nak jimat elektrik jangan basuh baju sehelai 2 guna mesin. Tunggu penuh baru basuh untuk jimat penggunaan elektrik. Nanti rugi karan. Apa yang anda dapat, satu perasaan cukup ‘puas’ bila tengok bakul kosong.
Itulah sebenarnya punca rasa serabut tak tenang sebab ada urusan yang kita belum selesaikan. Padahal kita dah solat dan beribadat baca Quran tetapi masih rasa ada sesuatu tak beres.
Jom, ubah mana yang patut! Semua isteri kena bertindak jika mahu bahagia dalam suasana rumahnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!