Sebagai bakal mempelai tentunya anda ingin kelihatan sempurna daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih?
Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk kebersihan tubuh yang lebih optimum. Berikut lima rutin yang perlu anda praktikkan ketika mandi agar di hari bermakna nanti anda akan kelihatan berseri-seri.
1. DRY BRUSHING
Sebelum mandi anda digalakkan melakukan dry brushing menggunakan berus lembut khusus untuk kulit. Kemudian baharulah mandi seperti biasa.
Ads
2. BERUS KUKU TANGAN & KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini juga penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.
3. GUNA SABUN YANG MENGANDUNGI BUTIRAN SKRUB
Ads
Gunakan sabun yang mengandungi butiran skrub. Ia amat membantu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh agar semua kotoran dapat disingkirkan daripada kulit tubuh. Hasilnya kulit anda akan lebih segar dan bermaya.
Untuk mengekalkan kelembapan kulit, anda digalakkan memakai losen selepas mandi. Aplikasikan losen pada tubuh selepas mengeringkan badan. Ini cara terbaik anda mengenakan losen selepas mandi.
5. LUMURKAN RAMBUT & KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Anda boleh menyapu minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika. Kemudian baharulah cuci rambut dengan syampu dilanjutkan dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya rambut anda lebih lembut, sihat dan bersinar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soalan: Apakah suami akan mendapat pahala apabila isteri bersedekah dengan duit yang diberi oleh suaminya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sedekah merupakan satu perkara yang amat dituntut di dalam Islam apabila seseorang itu memiliki wang yang berlebihan. Tambahan pula, ganjaran atau pahala bersedekah ini amatlah besar sehinggakan ia disebut di dalam al-Qur’an:
Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Sebahagian para ahli tafsir mengatakan ayat ini diturunkan pada menyatakan hebatnya sedekah yang dilakukan oleh dua orang sahabat Nabi SAW yang agung iaitu Abd al-Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan. Akan tetapi, ayat ini juga termasuk sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah dua orang sahabat Nabi SAW ini pada menggunakan hartanya di jalan Allah SWT. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 602/1]
Ayat ini juga jelas menunjukkan akan kelebihan seseorang itu apabila dia menyedekahkan sebahagian hartanya pada jalan Allah SWT. Di samping itu juga, keikhlasan amat penting agar apa yang kita sedekahkan atau belanjakan diterima oleh Allah SWT dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan tujuan agar kita dikenali atau digelar sebagai seorang yang kuat bersedekah.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith yang menunjukkan kelebihan seorang isteri bersedekah dengan menggunakan harta suaminya. Antaranya adalah:
Maksudnya: “ Jika seorang wanita (isteri) itu bersedekah dengan harta suaminya maka dia akan mendapat pahala, begitu juga dengan suaminya dan orang yang menyimpannya (hamba). Tidak ada seorang pun di antara mereka yang akan berkurang pahalanya. Suami akan mendapat pahala berdasarkan hasil usahanya, manakala isteri pula mendapat pahala daripada apa yang disedekahkan.” [Riwayat al-Tirmizi (671)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini hasan sahih]
Para ulama’ mengatakan tidak dibolehkan isteri dan hamba bersedekah dengan harta suami atau tuannya melainkan dengan izinnya. Hadith ini juga menunjukkan bahawa dibolehkan mengeluarkan sebahagian harta sebagaimana ia adalah adat ahli hijaz bahawa diserahkan urusan ini kepada ahli keluarga (isteri) atau hamba apabila ada orang yang memerlukan bantuan dan juga apabila adanya tetamu. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 277/3]
Hadith di atas membicarakan kelebihan atau pahala yang bakal diperolehi oleh isteri atau seseorang hamba itu bersedekah dengan harta suami atau tuannya dengan syarat setelah mendapat keizinan suami atau tuannya. Selain itu, pahala yang akan diperolehi tidak akan kurang antara satu sama lain.
Penutup
Kesimpulannya, bersedekah merupakan satu amalan yang mulia dan amat dituntut bagi sesiapa yang berkemampuan dan sedekah ini tidak hanya tertumpu kepada ahli keluarga terdekat atau jauh sahaja, bahkan ia melibatkan orang-orang yang berada di sekeliling kita juga. Akan tetapi, apa yang penting buat para isteri adalah perlu meminta izin suami jika itu adalah harta suaminya. Akhirnya, marilah sama-sama kita menanam sifat gemar bersedekah walaupan apa yang disedekahkan itu sedikit tetapi moga-moga dengan yang sedikit itu mampu membantu kita untuk masuk ke syurga Allah SWT. Semoga Allah SWT menjadikan kita semua dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menginfaqkan atau menyedekahkan harta pada jalan Allah SWT. Amin.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencegah kehamilan suatu tindakan yang dilakukan oleh ramai masyarakat pada ketika ini. Mencegah kehamilan adalah berbeza dengan menggugurkan kandungan. Banyak alasan seseorang melakukan tindakan mencegah kehamilan, antaranya disebabkan faktor yang belum bersedia menyambung keturunan dan juga keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil. Ada juga pasangan yang baru berkahwin, ini tempoh masa bersama berdua lebih lama sedikit. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan juga perlukan masa untuk merawat luka dalaman jadi pencegahan kehamilan perlu di lakukan.
Ada pelbagai cara mencegah kehamilan dan biasanya ianya dilakukan oleh kaum wanita. Contohnya mengambil ubat pencegah kehamilan. Namun, pengantungan terhadap pil pencegah kehamilan adakalanya menjejaskan hormon wanita dan ada yang mengalami masalah monopouse di awal usia. Disini kami ingin kongsikan cara mencegah kehamilan menggunakan petua tradisional yang selamat. Terdapat ramuan tradisional yang diamalkan oleh sesetengah wanita sebagai petua tradisional elak hamil. Ramuan ini menggunakan bahan yang mudah didapati, iaitu:
Bahan-Bahan:
Lengkuas sebesar ibu jari
10 biji lada hitam
1/4 keping ragi
Air perahan limau nipis
Cara Penyediaan: Bahan-bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan di dalam air suam dan diminum. Ia dikatakan elok diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakkan elok diminum sebelum tidur. Minum sebulan sekali. Walaubagaimanapun, wanita hamil harus mengelak dari minum ramuan tradisional ini kerana risiko keguguran.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kahwin awal bukan penentu bahagia. Ada yang kahwin tak sampai 2 tahun terus bercerai. Sebaliknya ada yang kahwin lambat tetapi bahagia sampai ke tua.
Malahan ada suami yang curang sewaktu isteri sedang hamil, ada pula yang main kayu tiga semasa isteri sedang berpantang.
Tidak kurang ada yang dapat suami penagih dadah. Jenis baran dan kaki pukul. Salah sedikit naik kaki tangan.
Belum dicerita yang menjadi biawak hidup. Isteri bekerja siang malam, suami pegang kad bank bergaya bukan main dengan wang isteri.
Kisah rumahtangga ini bermacam ragam. Baik lelaki, baik perempuan.
Ada sahaja yang kahwin kemudian menyesal kahwin. Nak sangat bercerai cepat-cepat. Rela hidup sendirian dari menderita akibat sebuah perkahwinan.
Begitulah.
Jadi jangan gelojoh kisahkan pasal jodoh, tetapi kalau nak tip mencari jodoh, boleh pegang pesanan ini:
Jika calon pasangan kita itu sudah menunjukkan sifat yang buruk dari awal, maka adalah lebih baik untuk kita menamatkan hubungan tersebut setelah cuba menasihati tetapi dia tidak berubah. Move on!
Macam mana nak tahu awal-awal seseorang itu bukan jodoh kita?
Dia yang meninggalkan kita ketika kita sengaja menunjukkan keburukan kita, kekurangan kita, kelemahan kita dan kesalahan kita untuk menguji dia. sejauh mana dia seorang yang mempertahankan sesuatu dan cuba memperbaiki atau dia seorang yang mudah berputus asa untuk mencari yang lain.
Dia juga bukan ikhlas untuk bersama kita ketika itu di dalam apa jua situasi atau kondisi kerana dia ada secebis prasangka buruknya terhadap kita.
Tapi bila seseorang yang ikhlas dan ada sifat penyayang dalam diri dia kepada orang lain, dia ehsan cuba mengajar kita cara memperbaiki diri kita, terutama jika dia berlainan jantina dengan kita, mungkin dia adalah permulaan langkah pertama jodoh kita.
Ingatlah. Kita merancang Tuhan juga merancang. Dan perancangan Tuhan itulah sebaik-baik rancangan.
Siapa tahu kahwin lambat itu lebih bahagia dan berkekalan lama berbanding kawan-kawan yang kahwin awal?
Tiada siapa tahu perancangan Tuhan. Maka sentiasa bersangka baik denganNya dan terus berusaha.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...