Perasaan cinta harus dipupuk dari dalam hati dan ia tidak boleh dipaksa. Rasa cinta yang hadir harus jujur, tulus, percaya dan membiarkan anda untuk menjadi diri sendiri. Hubungan yang dijalin juga haruslah seimbang dan perlu mempunyai komunikasi yang baik.
Namun, jika pasangan anda mendesak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi anda untuk melakukannya, awas! Mungkin pasangan anda tidak menyayangi anda dengan sepenuh hati.
Nak tahu perkara apa yang dimaksudkan? Jom kita lihat enam perkara yang tidak akan diminta pasangan jika benar dia menyayangi anda!
1. MENGUBAH SIAPA DIRI ANDA
Pasangan yang baik perlu menerima diri anda seadanya. Tidak perlu membandingkan diri anda dengan orang lain semata-mata untuk kelihatan baik di hadapan pasangan dan orang di sekeliling anda. Pasangan yang baik akan membawa anda pada kehidupan yang lebih baik dan bukannya mengubah siapa diri anda yang sebenarnya.
2. MENGUBAH KARIER ANDA
Ads
Tidak ada apa yang boleh mengubah pilihan karier atau pekerjaan anda sekiranya anda benar-benar suka dengan apa yang anda lakukan. Permintaan untuk mengubah karier selalunya terjadi kepada pasangan yang sedang terancam atau tergugat dengan pendapatan atau status anda yang lebih tinggi.
3. BERKORBAN UNTUKNYA
Sesebuah hubungan memang memerlukan kompromi tetapi itu tidak bermakna anda harus berkorban untuk segalanya. Apa pun yang diminta pasangan, anda perlu lebih bijak untuk memikirnya. Jika pasangan anda meminta anda berkorban untuknya hingga menjejaskan kebahagiaan, identiti dan kesihatan anda, sebaiknya anda perlu fikirkan dengan lebih mendalam lagi.
Ads
4. MELAKUKAN PERKARA YANG ANDA TIDAK SELESA
Berada di dalam sesebuah hubungan bukanlah bererti anda harus benar-benar melakukan semua perkara yang anda sendiri tidak selesa dan senang untuk melakukannya. Terutama sekali jika pasangan anda sering dan merasa lebih baik menempatkan anda dalam suatu keadaan yang tidak memiliki banyak pilihan.
5. MENGGANGGU PRIVASI ANDA
Ads
Tidak salah jika pasangan anda ingin tahu mengenai diri anda dengan lebih mendalam. Namun, jika ia sampai mengganggu privasi anda hingga merimaskan, anda perlulah berhati-hati terutamanya bagi yang belum berkahwin. Belum apa lagi sudah mengganggu privasi anda dan mengongkong hidup anda.
6. MENYEKAT MASA ANDA BERSAMA KELUARGA & TEMAN-TEMAN
Anda dan pasangan harus saling memiliki keseimbangan saat berhubungan dengan satu sama lain atau orang-orang di luar hubungan tersebut. Jika pasangan menuntut lebih banyak masa bersama anda dan lebih sedikit daripada orang lain, ini boleh menjadi tanda yang dia suka mengongkong, cemburu dan rasa tidak percaya tetapi bukannya atas rasa cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri. Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.
Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.
PANDUAN BAJET KAHWIN SECARA SEDERHANA
Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!
Pokoknya, kalau berkemampuan go on sahaja. Tapi kalau acah-acah mampu, insaflah. Nasihat ini berdasarkan pengalaman admin yang dah berkahwin, maka tepuk dada tanya selera!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap Perkahwinan sure nak kan zuriat utk jadi pelengkap dlm sebuah keluarga. Btol tak ? Tapi tak semua org dikurniakan rezeki yg sama cepat .
Ini ada sedikit perkongsian buat mereka yg sedang ikhtiar untuk hamil.
LANGKAH PERTAMA
Yang Perlu di amalkan sebaik sahaja Solat Subuh, suami atau isteri , atau kedua duanya sekali. Baca Bismillah 1 kali (dengan penuh penghayatan) Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali..
Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan ( Umpamanya : Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
LANGKAH KEDUA
Sebelum melakukan JIMAK , suami zikir “Ya Mutakkabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali.
Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan Adanya) 333 kali setiap hari. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/ surah Maryam setiap hari Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat darpada-Nya –
Letakkan pengharapan yg paling tinggi semoga apa yg awak minta dan hajati mendapat perhatian dari Allah, insya-Allah
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi manfaat buat anda semua yer dan jangan lupa ikhtiarkan juga Makanan Sunnah No. 1 Terbaik. Insya-Allah.
Sumber :Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelebihan Istighfar Daripada huraian atsar dari Hasan al-Basri di atas sudah jelas menunjukkan bahawa besarnya hikmah istighfar. Segala apa masalah yang dihadapi oleh kita di atas muka bumi ini, maka beristighfarlah. Antara kelebihan beristighfar seperti yang terdapat dalam dalil al-Quran dan hadis ialah:
#1 Penghapus Dosa
Selaku seorang hamba yang lemah, iman kita sentiasa menaik dan menurun. Dan kita tidak terlepas daripada melakukan dosa sama ada secara sedar mahupun tidak. Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada kita selaku hamba Allah untuk beristighfar agar diampunkan segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah swt.
وَمَاۤ اَرۡسَلۡنَا مِنۡ رَّسُوۡلٍ اِلَّا لِـيُـطَاعَ بِاِذۡنِ اللّٰهِ ؕ وَلَوۡ اَنَّهُمۡ اِذْ ظَّلَمُوۡۤا اَنۡفُسَهُمۡ جَآءُوۡكَ فَاسۡتَغۡفَرُوا اللّٰهَ وَاسۡتَغۡفَرَ لَـهُمُ الرَّسُوۡلُ لَوَجَدُوا اللّٰهَ تَوَّابًا رَّحِيۡمًا
Maksudnya, “Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisa, Ayat 64)
#2 Diberi Kelapangan dan Rezeki
Daripada Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya, “Barangsiapa yang melazimi sentiasa istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Abu Daud)
Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh, hadis ini sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.
Namun, menurut Syeikh Muhsin al-Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadis ini berkata: “Walaupun hadis ini dhaif dari sudut sanadnya tetapi maknanya terdapat di dalam al-Qur’an ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2 hingga 3 (Ayat 1000 Dinar). Selain itu, di dalam al-Quran juga menyatakan bahawa istighfar merupakan sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12”.
#3 Dimurahkan Rezeki dan Diturunkan Hujan
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12
Maksudnya, “Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, Ayat 10-12)
Syaikh As Sa’di mengatakan mengenai ayat di atas, “Tinggalkanlah dosa, beristighfarlah pada Allah atas dosa yang kalian perbuat. Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Dosa yang begitu banyak akan dimaafkan oleh Allah.
Maka hendaklah mereka segera memohon ampun pada Allah, meraih pahala dan hilanglah musibah. Allah pun akan memberikan kurnia yang disegerakan di dunia dengan istighfar tersebut iaitu akan diturunkan hujan dengan deras dari langit, juga akan dikurniakan harta dan anak yang diharapkan.
Begitu pula akan diberi kurnia kebun dan sungai di antara kelazatan dunia.”
(Taisir Al Karimir Rahman, hal. 889).
#4 Sunnah Nabi saw
Rasulullah saw bersabda,
وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya, “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR Bukhari)
Nabi saw juga bersabda,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّى أَتُوبُ فِى الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ
Maksudnya, “Wahai sekalian manusia. Taubatlah (beristigfar) kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR Muslim)
Rasulullah saw adalah suri tauladan yang terbaik untuk kita contohi. Mudah-mudahan, amalan sunnah beristighfar yang kita lakukan, bukan sahaja mendapat redha dan keampunan daripada Allah swt, tetapi juga kecintaan daripada Rasulullah saw.
Lafaz Istighfar
Lafaz istighfar paling sempurna adalah seperti yang diajar Nabi saw dalam ‘sayyidul istighfar’. Lafaz istighfar mengajar kita penuh adab dan etika kerana didahului dengan pujian-pujian kepada Allah yang Maha Agung. Selepas memuji Allah secara panjang lebar, barulah kita meminta sesuatu.
Penghulu istighfar adalah seperti mana dalam sabda Nabi saw, “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya, “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
Aku di atas perjanjianMu dan janjiMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepadaMu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.(HR Bukhari)
Sayyidul istighfar adalah lafaz istighfar yang paling sempurna yang diajarkan oleh Nabi saw kepada kita. Namun, jika kita tidak menghafalnya, beristighfar dengan lafaz ‘Astaghfirullah’ juga sudah memadai. Namun, jika kitab oleh mengamalkan sayyidul istighfar juga adalah lebih baik.
Sumber: bidadari.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...