Tubuh badan yang sihat mempercepatkan anda untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Jika anda sering sakit mungkin disebabkan kurangnya zat di dalam badan atau dengan erti kata lain pemakanan yang tidak seimbang diamalkan. Amalkan lima pemakanan berikut untuk kekal sihat. 

1.Lobak merah kaya khasiat

Lobak merah atau nama saintifiknya Dancus Coreta merupakan salah satu sayuran yang memang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk vitamin A yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Selain dimasak dan dicampurkan dengan sayur-sayuran lain, lobak merah juga boleh dibuat jus, bahan campuran salad, dimakan secara mentah, ataupun sebagai bahan perisa untuk membuat kek.

Lobak ini mengandungi banyak zat yang berguna di dalamnya seperti kandungan vitamin yang tinggi seperti vitamin B, C, D F, G dan K. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, protein, karbohidrat, kalium, natrium dan kalsium. Jus lobak merah adalah tergolong dalam kategori jus multivitamin.

Selain itu, lobak merah juga dikatakan mampu membantu mengurangkan gejala pelbagai penyakit lain seperti bagi mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.

Amalkan Lima Pemakanan Ini Untuk Kekal Sihat

IKLAN

2.Atasi bau badan

Masalah bau badan memang sesuatu yang memalukan.  Ini kerana ia bukan sahaja membuat kita berasa tidak selesa kerana bimbang akan membuatkan orang di sekitar kita kurang senang.  Namun anda tidak perlu susah hati kerana masalah ini boleh dikurangkan. Selain menggunakan haruman badan, yang bersifat sementara, anda boleh mengurangkan bau badan dengan pengambilan beberapa jenis makanan berikut:

Makan dadih – kandungan kalsium bayang tinggi dalam dadih boleh mengurangkan masalah pengeluaran peluh yang berlebihan sekali gus mengurangkan bau badan.

Minum banyak air putih – air putih bukan sahaja meneutralkan asid dalam badan yang menyebabkan badan berbau tetapi juga membantu melembapkan  tubuh serta menstabilkan suhu badan

IKLAN

Daun pudina – daun pudina membantu meredakan ketegangan dan menjaga suhu badan.  Apabila suhu badan stabil badan tidak akan berpeluh secara berlebihan. 

3.Kelebihan  air limau

Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman yang masam rasanya dapat menggalakkan pembakaran lemak di dalam badan. Tetapi perlulah dikurangkan gula atau pesan tanpa gula.

Amalkan Lima Pemakanan Ini Untuk Kekal Sihat

IKLAN

4.Putih telur kurangkan tekanan darah tinggi  

Berdasarkan maklumat dari Newsmaxhealth, menerusi penelitian yang dilakukan oleh Universiti Clemson, mendapati terdapat peptida iaitu sejenis bahan yang mengandungi dua atau lebih asid amino di dalam putih telur. Ia dikatakan dapat membantu untuk mengurangi tekanan darah tinggi. Putih telur sangat bagus untuk diambil kerana tidak mengandungi kolesterol berbanding kuning telur yang mengandungi kolesterol.

5.Madu Pemanis Semula Jadi

Walau pun sudah banyak info berkaitan dengan khasiat madu, namun masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Madu kadang kala disamakan dengan gula kerana rasa manisnya. Padahal madu ialah pemanis semula jadi dan menguntungkan kesihatan jantung. Beberapa kajian menunjukkan, madu mampu mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh.

Amalkan Lima Pemakanan Ini Untuk Kekal Sihat

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI