Dekorasi merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan agar ia menjadi ingatan tetamu. Meskipun begitu, ada sebahagian bakal pengantin yang kerap melakukan kesalahan saat membuat dekorasi perkahwinannya.
Oleh itu, pastikan anda jangan ambil mudah dengan kesalahan-kesalahan ini agar anda tidak membuang banyak masa dan terhindar daripada stres yang berlebihan.
1. TIDAK ADA IDEA REKAAN & TEMA YANG DIINGINKAN
Ramai pasangan datang ke perancang perkahwinan tanpa mengetahui apa yang mereka akan lakukan untuk majlis perkahwinan sehingga akhirnya mereka hanya membuang wang, waktu dan tenaga.
Rekaan dan anggaran yang baik merupakan kunci untuk menghasilkan dekorasi perkahwinan yang sempurna. Jangan membeli atau memesan apa pun yang tidak sesuai dengan tema perkahwinan anda. Jika anda bingung bagaimana harus memulakannya, sebaiknya anda dapatkan khidmat nasihat daripada perancang perkahwinan yang akan mengarahkan bagaimana dekorasi perkahwinan selain menerangkan konsep yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
2. ABAIKAN DEKORASI MEJA & KERUSI
Selain pelamin, meja dan kerusi juga menjadi salah satu ornamen terpenting dalam perkahwinan dan perlu diberi perhati. Pastikan anda bijak memilih warna yang sesuai atau selaras dengan tema perkahwinan anda. Fikirkan juga ornamen dekorasi apa yang akan menjadikan meja dan kerusi sebagai spot menarik.
Ads
3. TIDAK AMBIL TAHU KELUASAN RUANG YANG DIPERLUKAN
Anda tentu tahu bahawa tetamu memerlukan ruang untuk memudahkan mereka bergerak ketika majlis anda berlangsung. Oleh itu penting untuk anda memikirkan ruangan keluasan agak ia mampu memberi keselesaan dan cukup untuk mereka bergerak. Hitungkan seberapa luas tempat untuk hiburan, meja makan, photobooth dan ruang gerak jurugambar.
Ads
Selain itu, pilihan tempat sangat penting untuk anggaran dan rekaan dekorasi anda. Ruang serba guna yang polos mungkin memiliki harga yang murah tapi anda akan menghabiskan lebih banyak wang untuk menghiasinya. Jika perlu, pilihlah ruang yang sudah memiliki rekaan hiasan dalaman yang cantik.
4. TIDAK AMBIL TAHU UKURAN MEJA & KOS UNTUK CENTERPIECES
Ads
Anda pernah melihat meja makan utama yang penuh dengan ornamen dekorasi atau nampak kosong dan tidak menarik? Ini kerana ada beberapa bakal pengantin yang langsung tidak mempedulikan ukuran meja dan dekorasi yang sesuai. Nah! Jangan sampai perkara ini menjadi kesalahan anda seterusnya dan kos yang dikeluarkan tidak sia-sia.
5. MENGABAIKAN LANTAI
Warna lantai yang tidak selaras dengan dekorasi tentunya akan mengganggu pemandangan majlis perkahwinan anda nanti. Jadi pastikan anda berbincang dengan perancang perkahwinan tentang warna dan keadaan lantai lokasi perkahwinan anda.
6. TIDAK MEMIKIRKAN SOAL PENCAHAYAAN
Pencahayaan ialah kunci untuk mengatur mood selain memberikan nyawa pada dekorasi ruangan keseluruhan. Lilin menjadi ornamen pencahayaan yang indah dan menjimatkan. Dengan pilihan yang tepat, pencahayaan mampu mengubah tempat biasa-biasa menjadi tempat luar biasa dan akan menjadi ingatan tetamu.
7. ABAIKAN PERSEMBAHAN MAKANAN
Makanan lazat namun tidak dipersembahkan dengan baik tentu tidak akan menarik minat tetamu untuk menikmatinya. Anda juga perlu memerhatikan kebersihan meja jamuan, selain memastikan makanan yang disajikan segar dan menarik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak yang kita lihat ada wanita yang menuntut fasakh terhadap diri mereka. Apakah itu fasakh, mari kita ketahuinya.
Fasakh bererti membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai.
Hukumnya harus bila bersebab dan antara sebab-sebab yang membolehkan fasakh adalah apabila suami atau isteri:-
-Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
-Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
-Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
-Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
-Telah mati pucuk.
-Telah gila selama tempoh 2 tahun.
-Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
-Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
-Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
-Memaksa isteri hidup secara lucah.
-Melupuskan harta isteri.
-Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
-Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
-Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
-Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
Tiap-tiap yang berlaku itu ada hikmah yang hanya Allah swt sahaja yang tahu disebaliknya, apatah lagi bila sesuatu itu mendapat izin daripada Allah seperti fasakh.
Antara hikmah fasakh ialah:
i. Mengelakkan kaum wanita teraniaya.
ii. Menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian
ii. Memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wahai wanita, berhati-hatilah dengan lelaki sweet talker. Kenapa? Kerana dia mungkin tidak serius dengan setiap ayat mereka. Ada sesetengah wanita mudah terpedaya kerana bagi mereka, lelaki itu berjaya membuatkannya bahagia.
Apabila lelaki sweet talker mengeluarkan tujuh ayat ini, wanita harus waspada. Anda mungkin ingat dia bersungguh-sungguh namun sebaliknya ada maksud lain yang ingin disampaikannya. Bagi mengelakkan anda tersalah faham, perlu wanita beri penekanan dengan tujuh ayat ini.
Katanya: “Awak memang seorang kawan yang baik!”
Maksud: Anda janganlah menaruh harapan yang tinggi kerana peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa buat si dia adalah sangat tipis. Dia hanya menganggap anda sebagai temannya dan tak lebih dari itu. Tapi, jangalah pula anda bermasam muka dengannya ye!
Katanya: “Jom jumpa! Saya jumpa awak dekat sana terus ye.”
Maksud: Tidak kira sama ada menerusi telefon ataupun sms, dia tidak bersungguh-sungguh ingin berjumpa anda malah mengambil jalan mudah untuk berjumpa anda. Tidak bersifat gentleman. Barangkali dia kurang berminat dengan anda dan menganggap anda sebagai teman biasanya sahaja.
Katanya: “Semalam keluarga saya ada tanya pasal awak.”
Maksud: Dia serius dengan anda. Lelaki yang memperkenalkan teman istimewanya kepada keluarga biasanya mereka betul-betul serius dalam perhubungan.
Katanya: “Jom hang-out sama-sama.”
Maksud: Si dia mungkin tertarik dengan anda dan mahu meluangkan masanya dengan orang yang telah mencuri hatinya itu. Ini juga salah satu cara dia mendekati diri anda. Bak kata orang, menyelam sambil minum air!
Katanya: “Kenapa baru sekarang kita kenal? Kenapa tak dari dulu?”
Maksud: Wah! Nampaknya si dia betul-betul jatuh cinta dengan anda. Mungkin si dia mengagumi diri anda dan mahu mengenali anda dengan lebih mendalam.
Katanya: “Setakat nak jumpa kawan je pun. Buat apa nak pakai lawa-lawa?”
Maksud: Si dia cemburu kerana ada orang lain dapat melihat kecantikan anda. Si dia takut anda dikacau atau digoda oleh orang lain.
Katanya: “Saya perlukan ruang.”
Maksud: Ini ayat yang paling digeruni oleh setiap pasangan! Ayat ini bermaksud anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada hubungan anda. Si dia benar-benar mahukan ruangnya sendiri dan tidak mahu diganggu oleh anda. Dia benar-benar sudah bosan dan tidak mahu meneruskan hubungan dengan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkara yang menggerunkan bagi jejaka adalah untuk bertemu dengan bakal bapa mentua. Entah dia suka atau tak dengan diri. Tetapi jangan khuatir, kalau anda berkelakuan baik dan memang betul-betul ikhlas untuk memperisterikan anaknya pasti bakal bapa mertua akan menyukai anda.
1. ADAB YANG SESUAI
Hendak bertemu dengan bakal bapa mertua pastikan anda memakai baju yang sesuai dan juga sopan. Jangan pula bertandang ke rumah bakal mentua dengan memakai seluar pendek. Nanti tak masuk rumah lagi dan kena reject. kalau boleh pakai pakaian yang sesuai seperti baju berkolar dan berlengan serta padankan bersama seluar slack atau jeans panjang.
2. KAJI MINAT BAPA MENTUA
Ini adalah satu perkara yang perlu anda korek daripada bakal isteri. Mungkin bakal bapa mentua anda suka satu-satu perkara seperti sukan bola sepak atau badminton, jadi apabila bertemu cuba membuka topik tentang perkara ini bagi menjadi sebagai satu pembuka anda berdua berbicara.
3. JADI DIRI SENDIRI
Semua orang pasti cemas apabila bertemu bakal bapa mentua namun anda jangan pula berbicara ataupun cuba mereka-reka cerita tentang latar belakang diri demi memberi satu impresi yang baik kepadanya. Sebaliknya jujur kepada diri sendiri kerana kejujuran membawa kepada kebaikan. Tidak perlu ‘mengangkat diri’ berlebihan kerana ia adalah perbuatan yang menjengkelkan.
4. SIKAP RASIONAL DAN MATANG
Apabila menjawab soalan yang diberikan oleh bakal bapa mertua, jawab dengan berhati-hati dan jangan main-main atau berseloroh. Dia masih tidak mengenali anda dan anda bukan rakan baiknya. Sebaliknya cuba bersikap profesional dan jawab dengan teratur.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!