Sebelum nak kahwin, baik lelaki mahupun wanita perlulah memantapkan diri dengan pelbagai ilmu rumah tangga terutamanya tentang kepentingan kesuburan. Ia penting sebagai persediaan untuk anda berdua mendapatkan zuriat.
Perlu anda ketahui, masalah kesuburan boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pemakanan yang tidak sihat, diet yang tidak seimbang, pencemaran udara, merokok, gaya hidup yang tidak sihat terutamanya jika anda kerap mengalami masalah tekanan perasaan.
Jangan khuatir! Selain melakukan rawatan moden, anda juga boleh usahakan cara dengan mengambil sumber makanan ini bagi membantu anda meningkatkan kesuburan.
1. PROTEIN
Mampu mengurangkan risiko tidak subur hingga 50 peratus. Ramai orang ingat protein hanya boleh didapati daripada sumber daging dan telur sahaja. Sebaliknya sumber protein juga boleh anda dapatkan dalam makanan berbentuk sayuran atau tumbuhan. Saranan makanan:Elakkan protein daripada sumber haiwan dan lebihkan protein sayur-sayuran seperti kekacang. Contoh sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai protein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, badam.
Ads
2. VITAMIN C
Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut membantu menjadikan wanita lebih subur. Saranan makanan:Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.
3. COQ10
Ia sejenis enzim yang bertindak seperti Vitamin C. Selain boleh didapati dalam bentuk pil, ia juga terdapat secara semula jadi daripada makanan segar. Saranan makanan: Daging dan makanan laut.
Ads
4. VITAMIN D
Fungsi vitamin D membantu menghasilkan hormon hubungan intim yang diperlukan sepanjang proses ovulasi. Saranan makanan: Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.
5. VITAMIN E
Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlu subur. Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E kerana ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar mampu hidup dengan lebih lama. Ini secara tidak langsung akan memberi lebih peluang untuk sperma disenyawakan dengan ovum. Saranan makanan: Biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun.
Ads
6. ASID FOLIK
Bukan wanita sahaja yang disarankan untuk mengambil asid folik! Rupa-rupanya, asid folik juga baik dan elok diamalkan oleh lelaki kerana ia berfungsi untuk menghasilkan sperma yang lebih berkualiti. Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatkannya daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Saranan makanan:Buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. CECAIR DALAM BADAN
Apabila seseorang wanita mengambil banyak air kosong, ia membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badannya. Cecair serviks amat penting dalam badan untuk membantu sperma berenang menuju ke dalam uterus seterusnya melekat pada telur. Saranan makanan:Banyakkan minum air kosong. Sasarkan mengambil 2-3 liter air iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas air putih setiap hari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang pikul tanggungjawab ketua di dalam rumahtangga. Bukan senang juga bawa maruah keluarga dan menjadi pelindung buat mereka.Banyak perkara yang perlu mereka fikir buat isteri dan keluarga tersayang. Lelaki yang dikenali Pak Utih ini kongsi, jika tengok suami diam dan bersendirian, ini yang isteri perlu lakukan.
SUAMI SEDANG SELESAI MASALAH
Jika anda dapati suami anda diam sendirian di dalam bilik atau sofa atau kerusi kerjanya sambil memicitkan dahi, itu isyarat “JANGAN GANGGU SAYA”. Sila sediakan minuman kegemarannya dan sepiring biskut (jika ada). Dia sedang berfikir mencari jalan penyelesaian. Mindanya lebih lancar jika dia tidak bercakap.
Jika ingin membantunya lagi.. jangan tanya apa2 kepadanya. Biarkan dia sendirian. In sya Allah, bila dia telah selesai.. dia akan berjumpa anda menceritakan apa yang sebenar dia fikirkan tadi. Dan anda telah membuat dirinya dihargai.
-Pak Utih
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Dalam sesebuah hubungan perkara yang paling ditakuti ialah saat pasangan mula berubah hati. Cinta kian memudar dan pelbagai alasan diberikan untuk menjauhi anda. Ia merupakan perkara pahit yang sukar diterima tambah-tambah lagi anda amat menyayangi pasangan. Jika perkara ini berlaku, lebih baik anda tahu tanda-tanda yang si dia mula berubah hati.
Bukan apa, khuatir anda sukar untuk menerima keadaan ini apabila ia sudah terlambat. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Bolehlah anda bersiap sedia sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, jom kita lihat 7 tanda-tanda utama si dia mula berubah hati terhadap anda.
1. SELALU BERGADUH
Bergaduh itu pengikat kasih sayang. Tetapi jika berlanjutan tanpa kesudahannya bukan sahaja boleh memburukkan keadaan, bahkan merumitkan lagi perhubungan anda berdua. Cari jalan penyelesaian terbaik dan kaji sama ada perkara yang menjadi bahan tikaman lidah itu berbaloi sebelum mengakhiri perhubungan.
2. TIDAK PEDULI DENGAN KEHIDUPAN ANDA
Selepas anda bertanya mengapa dia menjauh, dia sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Bahkan dia semakin tidak peduli dengan kehidupan anda. Dia tidak lagi peduli tentang diri anda, anda keluar dengan siapa ataupun perasaan anda. Jika sudah begini, masih ada masa untuk memperbaiki hubungan. Perkara ibi biasanya muncul kerana salah satu pihak merasa diabaikan. Perkuat lagi hubungan anda jika masih boleh dipertahankan.
3. SUKAR UNTUK DIJEJAKI
Pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi dimana pasangan anda enggan menjawab panggilan telefon yang diterima apabila berada di sisi anda? Adakah dia dengan pantas menyembunyikan emel atau apa-apa sahaja yang sedang dilakukannya sewaktu melayari internet? Maknanya dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda.
4. TIDAK SUKA GAYA ANDA
Cuba anda perhatikan gelagat si dia tatkala keluar membeli-belah. Adakah dia mencadangkan anda supaya membeli pakaian yang berbeza daripada anda selalu pakai? Atau dia selalu meluahkan rasa tidak selesa dengan penampilan anda? Ini boleh jadi antara petanda lelaki itu sudah tidak berminat dengan diri anda lagi.
5. KURANG BERBUAL
Perbualan anda berdua semakin hari semakin hambar dan tiada isi langsung. Si dia tidak lagi suka memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara berbanding dahulu. Bermacam-macam alasan diberikan agar anda tidak mengajaknya berbual panjang.
6. BERI BANYAK ALASAN
Ketika anda tanyakan kenapa akhir-akhir ini dia sibuk dan sepertinya melupakan anda, dia akan mengeluarkan banyak alasan. Bahkan lagi teruk dia menyalahkan anda kerana menuduhnya bukan-bukan. Jika sudah begini jadinya, nampaknya si dia mungkin mula berubah hati terhadap anda.
7. MEMBERI ALASAN SIBUK
Tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba -tiba saja dia jadi sibuk. Padahal kalau dilihat-lihat, tidak ada yang berubah dari rutin hariannya. Bahkan menurut teman-temannya, jadual kuliah atau mungkin kerjaan pejabatnya biasa saja, tidak ada projek atau kegiatan tambahan yang boleh membuatnya sibuk. Tetapi kebelakangan ini si dia makin sibuk. Hurm, pelik!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!