Baru-baru ini telah tular kisah pasangan muda yang mengadakan majlis pertunangan secara jarak jauh selepas beberapa gambar termasuk video dimuat naik di laman sosial.
Majlis pertunangan membabitkan aplikasi panggilan video Skype yang dipaparkan di komputer riba dan disambungkan ke ‘monitor’ bagi paparan lebih jelas buat tetamu.
Pemuda yang baru bertunang itu, Muhammad Idham Aisha, 27, berkata, persiapan majlis dibuat di kediaman keluarga perempuan, Nur Amirah Mohammad Noor, 25, di Bukit Rambai, Melaka pada Sabtu lalu.
Idham yang kini bekerja di Yokohama, Jepun, berkata kedua-dua ibu bapanya yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga dan saudaranya sebenarnya tidak mengetahui mengenai rancangan untuk membuat panggilan video selepas majlis.
“Sejak saya belajar dan bekerja di Jepun hampir lapan tahun, hanya beberapa kali saja saya pulang ke Malaysia. Sepanjang tempoh ini, saya tak pernah buat ‘video call’ dengan abah dan mak sebab di kampung di Kampung Gajah, Perak tak ada kemudahan untuk menggunakan ‘skype’.
“Jadi, ini memang pertama kali buat ‘video call’ dengan mereka. Alhamdulillah, kejutan untuk mak abah. Menitis air mata abah jugalah masa bercakap dengan saya depan ‘monitor’ (skrin komputer),” katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp Call pada Rabu.
Ads
Idham yang bekerja dalam bidang pengiklanan berkata, ia juga merupakan pertama kali ibu bapanya bersemuka dengan tunangnya sekeluarga.
“Sebelum ini mereka hanya lihat Amirah menerusi gambar, tapi pada majlis barulah mereka dapat berjumpa. Secara tidak langsung, ‘video call’ yang dibuat bagi berkongsi kegembiraan abah dan mak bersama keluarga Amirah,” katanya.
Kisah cinta mereka bermula semasa majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan di Kedutaan Malaysia di Tokyo pada tahun lalu semasa Amirah menyertai program pertukaran pelajar di negara matahari terbit itu sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengenali secara serius.
Tambahnya lagi dia sudah bertemu dengan ibu bapa Amirah sebelum memutuskan untuk bertunang. Dan akan pulang bercuti pada Ogos nanti kerana kebetulan ada urusan kerja serta ingin bertemu dengan mereka, yang paling gembira kali ini sebagai tunang Amirah.
Ads
Sementara itu, Amirah pula berkata, dia tidak menyangka sesi panggilan video yang dibuat keluarganya selepas ditunangkan tular di media sosial.
“Bukan saya atau Idham yang memuat naik video ini, jadi memang terkejut bila dikongsi ramai di Facebook. Terima kasih kepada mereka yang menyukainya. Bagi yang mengecam, itu mulut mereka nak kata macam-macam, terpulang kepada mereka.
“Tapi video ini sekadar berkongsi kegembiraan kami sekeluarga terutama memberi kejutan kepada mak dan abah Idham. Ia juga menunjukkan kami mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga. Kan lebih baik doakan kami yang baik-baik sampai ke jinjang pelamin,” katanya.
Amirah yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Bio Perubatan di intistut pengajian tinggi tempatan, berkata sikap Idham yang bertanggungjawab terutama menghormati ibu bapanya berjaya menambat hatinya.
Ads
“Walaupun kami baru berkenalan, Idham sudah berani menghubungi kedua ibu bapa saya untuk beritahu dia mahu mengenali saya.
“Begitu juga ‘video call’ yang dibuat selepas kami bertunang, dia tampil bersemuka dengan keluarga saya dan keluarganya. Bukan semua lelaki seberani dia,” katanya yang merancang untuk menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana di Jepun.
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hantaran adalah salah satu adat resam turun temurun masyarakat Melayu dan masih kekal hingga ke hari ini.
Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Kalau dulu barang hantaran orang bagi manisan atau sepasang persalinan tapi kini ramai yang lebih memberi kepada barangan yang boleh diguna pakai selepas majlis.
Namun memetik dari laman web kisah dunia, ada yang lebih berani buat kelainan bagi barang hantaran yang pelik tapi nak nampak rare.
Katanya hantaran rare ini adalah bra yang disusun di atas dulang yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada bakal isteri.
Memang benar soal hantaran adalah hak masing-masing. Tapi sudah sedia maklum, masyarakat kita susah nak terima kalau benda-benda sensitif itu di tonjol-tonjolkan. Lagipun tak manis pasangan yang belum sah berkahwin berkongsi barangan peribadi secara terbuka (seolah-olah nak bagitahu kat orang saiz dia berapa) kan macam memalukan je. Tambah pula ramai tetamu yang hadir dalam majis itu.
Bagaimana agaknya reaksi mereka ya..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman berkaitan kebenaran untuk orang bujang merentas negeri pulang ke kampung, pada Ahad.Justeru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap golongan bujang dapat bersabar dan menunggu perkembangan rasmi mengenainya.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat pengumuman berkenaan jika perkara itu tidak disentuh oleh Perdana Menteri.
"Untuk orang bujang yang nak merentas negeri, saya difahamakan Perdana Menteri akan umumkan sesuatu esok.
Jadi tunggulah sebab saya takut kalau saya umum, nanti lebih awal daripada Perdana Menteri… jadi tunggu Perdana Menteri akan umum sesuatu. Kalau PM tak sebut saya akan sebut, untuk orang bujang… bersabar hingga esok," katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.Perdana Menteri dijangka menyampaikan Perutusan Khas secara langsung di semua platform media massa esok.
Sumber : Astro Awani
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Industri fesyen Malaysia baru sahaja kehilangan seorang pereka hebat dan ternama, Putra Aziz yang juga merupakan pengasas bersama Cosry.
Putra Aziz, 45, dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam pada Khamis. Berita pemergian Allahyarham disahkan dengan perkongsian di laman Facebook rasmi Cosry pada malam Khamis.
Menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak 2 minggu lalu.
Menyingkap permulaan karier, Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka. Kemudian rekaan fesyen Allahyarham mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen. Cosry juga sering menjadi pilihan bakal pengantin termasuklah di kalangan VVIP, selebriti dan artis terkenal.
Selain itu, Allahyarham dan rakan perniagaannya pernah berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur. Allahyarham pernah bekerjasama dengan selebriti tempatan termasuk Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani dan Erra Fazira, dan ramai lagi. Pada Oktober 2010, jenama Cosry diberi tanggungjawab mengemudi majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mod Yunos.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut pada pagi Jumaat bersamaan 31 Disember 2021. Semoga Allah SWT menempatkan arwah Putra Aziz bersama para solihin serta dikurniakan kebaikan abadi di alam sana. Ameen.
Al-Fatihah.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!