Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita mahupun lelaki masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas kekasih, walaupun sudah menemui cinta baru.

Jangan biarkan keadaan ini berlarutan kerana ia akan menghancurkan kebahagiaan rumah tangga. Sebaik-baiknya,pastikan anda benar-benar bersedia untuk menjalani kehidupan bersama pasangan anda yang baru.

Ikuti tip ini bagi melupakan kenangan anda bersama dengan bekas kekasih dahulu.

Pertama
Menghapus kenangan bersama si dia. Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan anda mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto anda berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata anda.  Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman anda. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara yang pernah anda terima daripadanya.

IKLAN

Kedua
Jangan menyeksa diri anda. Apabila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat anda teringat kembali kepadanya.  Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali di corong radio, jangan sampai membuat anda terkenang kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Hal itu tidak kena pada tempatnya.

Ketiga
Si dia punya pengganti. Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk anda melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.

IKLAN

Keempat
Berhenti membandingkan. Sikap anda yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.

Kelima
Kehidupan berbeza. Kebiasaannya, anda akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Anda harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

IKLAN

Keenam
Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya. Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bersama bekas kekasih. Untuk melupakannya, anda harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia sering kali mengutuk diri anda, panas baran, meninggikan suara atau tiada ketepatan masa.

Ketujuh
Rakan dan keluarga pendengar setia. Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain di fikiran. Luahkan masalah anda itu kepada rakan-rakan dan keluarga rapat yang boleh dipercayai. Jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran anda.

Kelapan
Cipta fantasi. Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, anda sudah pun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik anda mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus daripada kekasih lama. Selalulah berfikiran positif.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI