Tip
  • 145
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    145
    Shares

Setiap lelaki pastinya menginginkan wanita yang sempurna untuk dijadikan suri hati buat selamanya. Wanita yang ayu, lemah lembut da sopan antara kriteria-kriteria yang menjadi dambaan lelaki. Namun, ada beberapa lagi ciri-ciri istimewa yang menjadi buruan lelaki buat wanita.

Ciri-ciri ini mungkin kelihatan biasa, namun di mata lelaki ia dianggap ciri-ciri yang cukup luar biasa dan harus ada pada setiap wanita. Pengantin senaraikan 8 kualiti dan ciri-ciri wanita buruan lelaki yang mesti anda semak. Lakukan perubahan dan tingkatkan kualiti diri agar selayang pandang, mata mereka pantas terpaut!

1. FEMININ DAN PENUH KEWANITAAN

Selaras dengan tuntutan era kepesatan pembangunan, sifat feminin juga semakin terhakis dalam diri wanita masa kini. Lelaki memerlukan wanita yang penuh pesona lemah lembut, romantik dan prihatin. Ini kerana lelaki melihat wanita sebagai tempat untuk bermanja dan dimanja, tempat mencurah kasih, berkongsi pendapat dan mendapatkan dorongan. Dengan sedikit sikap berdikari, anda tentunya wanita yang menjadi buruan lelaki.

2. SEDERHANA TETAPI MENAWAN

Inilah kombinasi fizikal yang dicari-cari ramai lelaki. Lelaki lazimnya kurang gemar melihat wanita bersolek tebal, bergaya keterlaluan atau terlalu berani. Ringkasnya, bijak bergaya. Pun begitu, bukan satu perkara yang mudah buat lelaki mendapatkan wanita atau gadis yang mempunyai nisbah kombinasi personaliti yang serba sederhana tetapi menawan.

3. BIJAK

Lelaki selalu mengharapkan pasangannya sentiasa mengerti dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Justeru, jadilah wanita yang kaya dengan pelbagai info tentang lelaki, praktikkannya dalam hubungan dan nescaya pasangan anda akan merasa kagum! Malah, bertambah sayang!

4. NALURI KEIBUAN

Lelaki amat menyenangi wanita yang kaya sifat keibuan. Minda lelaki berpendapat bahawa wanita dengan sifat keibuan bukan saja kaya sifat prihatin, malah memberi jaminan kepada ciri-ciri seorang ibu yang cemerlang kepada anak-anaknya kelak.

5. TIDAK MEREMEHKAN

Lelaki suka mendekati wanita yang tidak remeh atau banyak kerenah. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.

6. PANDAI MENJAGA KECANTIKAN

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

7. MANJA

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau dan tidak sesuai sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

8. KECANTIKAN DALAMAN

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai bonus. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: