Aurat wanita bukan untuk menjadi pameran. Baik yang sudah bergelar isteri mahupun masih bujang, aurat itu tetap perlu dijaga kecuali dihadapan suami. Zaman sekarang, kesedaran mengenai penjagaan aurat banyak diperkatakan dalam majlis ilmu. Bahkan dikongsi secara terbuka dalam bentuk yang sangat menarik.
Cuma, penerimaan itu yang mengambil masa. Apa yang dikongsikan ini diharap dapat memberi penringatan mesra kepada para wanita untuk lebih terus istiqamah menjaga aurat.
DUA BELAS AURAT WANITA
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan -Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya -Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja -Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya -Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
∞
Sosial media memang sering menjadi tumpuan untuk mempamerkan kebahagiaan, harta benda dan macam-macam lagi. Itulah hakikat sekarang. Ramai juga yang murung kerana terlalu ingin menjadi seperti orang lain yang bermegah-megah dengan kebahagiaan dan kesenangan melalui sosial media.
Tip yang dikongsikan ini eloklah untuk diamalkan kerana cara hidup kita tak semuanya sama.
*********************************************************************
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama.
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari.
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat “Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita”. JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas.
4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia.
5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy.
6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat.
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah.
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh piang.
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita.
10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari.
Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member.
Investment jadah apa namanya.
11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi.
Insyaallah. Tenang dan gembira.
∞
Dalam dua tahun ni, kebanyakkan masa kita berada di rumah. Maklumlah, sehingga kini virus Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya. Mujurlah ada vaksin yang boleh mengurangkan risiko jangkitan dan kesakitan.
Tapi itu bukan ceritanya. Kebanyakkan masa kita berada di rumah dan sangat penting untuk kita membuat pelaburan besar iaitu dengan membeli sebuah rumah. Mungkin apabila masih bujang, tak ramai yang rasa rumah sendiri itu penting. Ada yang tunggu untuk kahwin dulu kemudian baru fikirkan pembelian rumah.
Masa tu, komitmen semakin menggunung. Nafkah isteri, perbelanjaan rumah, bayaran ansuran pinjaman dan ada rezeki, perbelanjaan untuk anak-anak pula. Cuba ambil kesempatan ketika masih bujang, kurang komitmen dan ada kebebasan berbelanja untuk memiliki rumah sendiri. Tak semestinya beli rumah besar, cukup sekadar sebuah rumah untuk anda diami bersama keluarga kecil dahulu.
Seperti perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad, orang bujang juga perlu ada rumah sendiri.
========================================================
RUMAH ORANG BUJANG
1. Jika kita masih bujang, pertimbangkan untuk beli rumah kecil sebagai wawasan.
2. Mulakan dengan kediaman kecil yang boleh disewakan. Paling bagus ada 3 bilik dan 2 bilik air sebaiknya. Jangan terjebak beli studio!
3. Jika bakal mertua tahu bahawa anda telah ada hartanah, biar kecil dan murah.
4. Ia mengambarkan anda punya kualiti dan wawasan yang padu. Lamaran anda akan diterima laju laju.
5. Mulakan sekarang dan jangan tunggu, carikan rumah kecil dan mampu beli dahulu.
Tapi boleh disewakan pada tamu. Baru Mira Kirana cakap ‘i lap u’.
∞
Bila pasangan kita merajuk, salah satu cara mudah adalah dengan beli hadiah tak pun kita akan bawa dia makan ke tempat-tempat yang mereka suka. Tapi apabila kita nak buat pasangan happy, beli makanan kegemaran sahaja belum tentu menjadi ya. Usaha tu kena lebih sikit supaya mereka tidaklah rasa kurang senang bersama anda.
Di bawah ini kami kongsikan tip untuk membahagiakan pasangan. Buatlah selalu dan istaqamah. Mereka gembira, anda pun pasti senang hati!
Buat si dia tersenyum
Bila anda rajin berkomunikasi dan sentiasa berkongsi cerita dengan pasangan, tentu anda tidak kekok untuk membuatkan mereka tersenyum. Cerita-cerita anda dan perbualan di antara anda dan pasangan pun sudah boleh membuatkan si dia tersenyum.
Janganlah terlalu ‘rigid’ ketika bersama pasangan. Jangan terlalu menjaga perbualan dan topik yang ingin dibicarakan kerana itu yang membuatkan masing-masing rasa kekok. Kadang-kadang, lawak ‘biasa-biasa’ pun boleh kongsi dengan pasangan.
Luangkan banyak waktu bersama
Masa berkualiti memang sukar di dapati kerana kita selalu pentingkan kuantiti masa yang diberikan. Sekiranya kita duduk bersama pasangan 24 jam sekalipun, tetapi kita sibuk dengan gajet, urusan kerja dan macam-macam hal lain sehingga kurang perhatian terhadap keluarga pun tak boleh juga.
Jadi, jika ada masa, gunakanlah sebaiknya untuk bersama keluarga. Yang penting adalah kualiti masa bersama, bukan kuantitinya.
Jadi pendengar yang baik
Setiap yang ada, gunakan sebaiknya untuk yang tersayang. Sekiranya mereka perlukan seseorang untuk mendengar keluahan atau sekurang-kurangnya mendengar mereka bercerita, jadilah pendengar setia.
Sesekali, tidak ada salahnya jika anda juga menyuarakan pendapat anda untuk membantu melegakan hati mereka.
Bawa bersiar
Sekalipun tidak membawa mereka untuk menikmati percutian, bersia-siar di dalam kota pun sudah memadai. Buat pasangan yang tidak bekerja dan hanya di rumah, mereka juga akan menghargai usaha anda untuk membawa mereka ke luar dari rumah. Ambil angin untuk segarkan minda dan nikmati keindahan sekeliling.
Beri hadiah
Kalau ada bajet, boleh juga belikan hadiah untuk si dia. Kalau tak ada, boleh skip je idea ni. Hadiah pun tak semestinya mahal dan berjenama. Cukup sekadarnya ya! Kalau anda boleh hadiahkan INI untuk pasangan, mesti mereka suka!
Menghormati pasangan
Jaga hati pasangan dan hormati mereka. Perasaan, emosi dan pendapat mereka perlulah dihargai. Janganlah terlalu mengikut ego kerana matlamat anda adalah untuk membahagiakan pasangan. Bertolak-ansur dalam setiap keputusan yang anda lakukan.
Beri pujian
Pujian tak perlu modal. Cukup hanya keikhlasan.
∞