RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP

BY ~ Aleen Aireish

Cuba Pelbagaikan Resepi Telur Sepanjang Musim Perintah Duduk Di Rumah

Bahan-bahan :
3 biji telur
4 s/mkn cili yg telah dikisar bersama dgn bawang merah & putih
3 s/mkn cili sos
1 s/mkn gula merah
2 s/mkn gula pasir
garam secukup rasa

Cara-caranya :
1. tumis cili kering hingga masak
2. masukkan cili sos
3. masukkan gula merah, gula pasir & garam
4. rasa dah meletop, pecah kan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan .. korang kaup manja telur tu dlm kuali baru jadi hancur-hancur tu. ~>> Nak jd hancur halus-halus, masa korang dah pecahkan telur, terus aje gaul telur tu dangan sambal, siap
5. sedia untuk dihidang

TELUR GORENG KICAP PEDAS

Cuba Pelbagaikan Resepi Telur Sepanjang Musim Perintah Duduk Di Rumah

Resepi :
Telur 4 biji
Sebiji Bawang besar dihiris halus*
Cili padi 7 biji dihiris*
Setengah biji Tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji Limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng

Caranya :

IKLAN

Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.

Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi.

Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.

Resepi telur masak kurma

Cuba Pelbagaikan Resepi Telur Sepanjang Musim Perintah Duduk Di Rumah
Bahan:
10biji telur -rebus
2paket kecil rempah kurma
5ulas bawamg putih (hiris)
1labu bawang merah besar -hiris besar)
1inci halia
2biji tomato (optional)
1biji lobak merah
Kulit kayu manis
Buah pelaga

IKLAN

Bunga lawang
Air asam sikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau…masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air …tumis sampai pecah minyak ..

Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. Masukkan kentang, lobak, msak sehingga empuk. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..lepas tu adjust lah kuah dia nk pekat @ cair …

TELUR MASAK SOS ikhlas dari LILY

Cuba Pelbagaikan Resepi Telur Sepanjang Musim Perintah Duduk Di Rumah
BAHAN:
2 biji bawang besar dihiris kasar
3-4 inci halia dihiris kasar
3-4 sudu makan cili kering kisar
Sos tomato Kimball(lebih Dr sos cili UTK gantikan asam jawa)
Sos cili Life(kuantiti sikit dari sos tomato)
Kicap manis Life(4-5sudu makan)
Sedikit air
Telur goreng
Minyak menumis
1 tin kecil kacang peas(x perlu buang air)

IKLAN

CARA:
Panaskan minyak
Tumiskan cili kering kisar hingga masak dan pecah minyak
Masukkan SEPARUH kuantiti bawang besar hiris dan halia hiris
Kacau hingga bawang layu
Masukkan semua sos dan kicap bersama sedikit air
Masak hingga mendidih
Masukkan baki bawang besar dan kacang peas
Kacau rata..
Masukkan telur goreng renihkan seketika..
Dan siappp!

*X perlu garam atau asam jawa na..cukupkan semua rasa dgn bahan di atas..

Sup telur

Cuba Pelbagaikan Resepi Telur Sepanjang Musim Perintah Duduk Di Rumah

Tumis bawang merah, bwg putih dan cili besar potong
Masukkan air
Masukkan 1 cube ayam knorr
Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
Masukkan garam dan adjust rasa
Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit)
Masukkan daun bawang
Tutup api
Siap

 

sumber : Facebook Pujangga Mama

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI