Setiap manusia pasti menginginkan pasangan paling tepat dan terbaik untuk dijadikan pilihan hati. Bukan seperti kisah novel, semuanya nampak indah sahaja. Lumrahnya, kehidupan berpasangan penuh dengan onak dan duri yang perlu ditempuh. Tidak salah sekiranya anda bertanyakan diri sendiri sama ada pasangan anda merupakan pilihan yang tepat untuk diri anda.

Tiada siapa di atas muka bumi ini mahukan pasangan yang tidak baik ataupun jahat. Keserasian antara pasangan adalah tunjang kepada keharmonian rumah tangga. Namun adakah pasangan anda merupakan pilihan terbaik buat anda? Pesona Pengantin kongsikan 5 tanda dia adalah pilihan ideal dan tepat untuk diri anda.

1. CEMBURU BUKAN CINTA

Adakah Si Dia Pilihan Paling Tepat Untuk Jodoh Anda? Nak Tahu, 5 Tanda Ini Jawapannya!

Anda sering mendengar cemburu itu perlu dalam sesuatu perhubungan. Lebih cemburu pasangan anda maka lebih kuatlah cinta dia kepada anda. Namun hakikatnya ia tidak benar. Cemburu itu adalah salah satu sebab kepada kemusnahan sesuatu perhubungan dan ia mesti dikawal. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda menerima bantuan seseorang, ini tidak bermakna bahawa dia berkongsi perasaan intim dengan individu tersebut.

Namun ramai pasangan yang tidak dapat memahami kebenaran ini. Kebanyakannya lebih suka melihat pasangannya sebagai ‘harta’. Terdapat banyak perkara yang boleh mendekatkan anda dengan pasangan anda tetapi cemburu dengan mudah akan memusnahkan segala-galanya.

2. MATLAMAT YANG TIDAK SERASI

Adakah Si Dia Pilihan Paling Tepat Untuk Jodoh Anda? Nak Tahu, 5 Tanda Ini Jawapannya!

IKLAN

Sikap berlawanan pasti akan tertarik. Ia adalah ungkapan yang sering di dengar namun ia adalah berbeza dengan kehidupan yang sebenar. Ia mungkin akan kelihatan sempurna ketika anda dan pasangan anda belajar di universiti yang sama namun sebaik sahaja anda mula mengejar kerjaya yang berasingan, anda dan pasangan anda akan mula kurang meluangkan masa bersama. Akibatnya, hubungan anda bersama pasangan akan menjadi dingin.

Ia sudah tentu sukar untuk mencari pasangan yang mempunyai matlamat yang hampir sama dengan anda namun anda perlu pastikan pasangan anda mempunyai pemandangan yang sama seperti perancangan rumah, pengagihan peranan dalam keluarga, membesarkan anak, pendidikan dan nilai moral. Jika pendapat anda berbeza dengan pasangan anda maka tidak usah menipu diri sendiri, tidak kira betapa kuat cinta anda kepada pasangan anda.

3. SERING BERGADUH

Adakah Si Dia Pilihan Paling Tepat Untuk Jodoh Anda? Nak Tahu, 5 Tanda Ini Jawapannya!

IKLAN

Ramai pasangan yang percaya pergaduhan kecil antara pasangan bukanlah perkara yang membahayakan. Sudah tentu, tiada pasangan yang boleh mengelak dari petengkaran sama sekali. Ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perhubungan dan ia juga penting dalam menguatkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda. Namun jika anda dan pasangan anda kerap bertengkar, ia mungkin tanda untuk anda mengambil serius tentang hubungan anda bersama pasangan anda.

Pertengkaran yang kerap berlaku boleh membawa kepada penderaan fizikal. Anda harus berfikir secara perspektif: apa yang akan terjadi pada diri anda dalam masa beberapa tahun? Bagaimana hidup anda bersama si dia dalam masa 5-10 tahun apabila tiada lagi kata manis dan hanya ada pertengkaran yang tidak kesudahannya? Anda perlu gambarkan masa depan anda bersama pasangan anda dan bagaimana kehidupan itu sesuai dengan konsep anda tentang keluarga dan kasih sayang.

4. SENTIASA MERAGUI PILIHAN ANDA

Adakah Si Dia Pilihan Paling Tepat Untuk Jodoh Anda? Nak Tahu, 5 Tanda Ini Jawapannya!

IKLAN

Tidak mengapa sekiranya anda meragui hubungan anda dan merasa gelisah apabila anda memikirkan kemungkinan anda akan berkahwin dengan pasangan anda. Tetapi dalam hubungan yang sihat, masa akan sentiasa membantu untuk mengurangkan keraguan dan kebimbangan anda.

Tempoh yang anda luangkan bersama pasangan anda akan mengurangkan perasaan bimbang yang anda alami. Secara beransur-ansur anda akan menemui ciri dan kualiti yang pasangan anda miliki dan seterusnya anda akan dapat kepuasan dalam hubungan anda bersama pasangan.

5. JARAK

Adakah Si Dia Pilihan Paling Tepat Untuk Jodoh Anda? Nak Tahu, 5 Tanda Ini Jawapannya!

Perhubungan jarak jauh adalah sesuatu yang membahayakan perhubungan anda. Jarak yang besar di antara anda dan pasangan anda akan menyukarkan anda untuk bertemu dengan pasangan anda dengan lebih kerap. Anda dan pasangan anda lebih gemar menghabiskan masa lapang sendirian.

Hubungan jarak jauh adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Walaupun dengan kemajuan teknologi yang memudahkan anda untuk berhubungan dengan pasangan anda namun ia tidak sama seperti meluangkan masa bersama dengan pasangan anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI