Selepas haid, sebaiknya wanita amalkan minuman yang dihasilkan dari air rebusan bahan-bahan alami. Tak perlu pun nak minum setiap hari, mencukupi jika diamalkan sebulan dua kali.
Sebabnya semasa haid, kita akan kehilangan darah. Masa inilah juga keluarnya mukus mahupun sel-sel yang dah mati. Sebab itulah walaupun masih anak dara, kita kena pelihara rahim agar ia sentiasa sihat dan kitaran period berjalan ikut aturannya.
Perkongsian daripada Cik Puan Amyra Nabila Hasnol tentang air rebusan selepas haid ini bagus untuk diamalkan. Ia petua yang diwariskan oleh umi dan opahnya.
Ads
Khasiat Air Rebusan Selepas Haid Ini
Membersihkan rahim selepas haid.
mengeluarkan angin dalam badan.
Memecahkan lemak-lemak diperut.
Mengurangkan masalah bau badan.
Menaikkan seri muka umpama Bidadari syurga.
bagus Untuk Hindari Senggugut
Amalan berterusan juga boleh membuatkan senggugut yang anda alami makin berkurangan malah menjauh pergi.
Bahan-bahan:
Ads
Halia ( Besar ibu jari )
Kunyit ( Besar ibu jari )
Serai ( 4-5batang )
Daun pandan ( 3 helai )
Madu / Gula batu (Ikut suka)
Air 3 cawan
Caranya:
Serai tumbuk kasi pecah sikit.
Kunyit dengan halia tu hiris jangan terlalu nipis. Sederhana je cukup.
Campurkan ke semua bahan-bahan tadi tu.
Rebus sampai mendidih.
Nak Rawat Keputihan-Tambah sireh – 2 helai
Gaji baru sahaja masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan. Kalau yang sabar, boleh lah hadap me segera sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya. Sebelum jatuh terduduk, baik anda yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin untuk cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat. Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
.
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif? Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
.
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
.
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Kredit Hilmi Jailani.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan yang bertujuan mengajarnya).
Perkataan dharaba memiliki beberapa erti lain dan ia tidak semestinya bererti “pukul”. Ia juga boleh bererti “pergi jauh”.
Ini terbukti dalam sirah Rasulullah di mana baginda tidak pernah memukul isteri-isteri baginda. Pernah sekali baginda murka dengan tindakan sebahagian isteri, lalu baginda pergi meninggalkan mereka selama lebih kurang sebulan.
Apa fikiran kita tentang Islam dan sama ada ia zalim atau tidak hendaklah diukur berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Jangan mengukurnya berdasarkan tamadun manusia atau salah laku orang-orang tertentu. Cara yang betul bagi menafsirkan sesuatu ayat al-Qur’an ialah mencari apakah penjelasan Rasulullah.
Ini kerana, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat 44 surah al-Nahl, salah satu peranan Rasulullah ialah menjelaskan ayat-ayat al-Qur’an.
Firman Allah: Dan Kami turunkan kepadamu al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. [al-Nahl 16:44]
Di antara penjelasan atau penerangan Rasulullah berkenaan dharaba ialah khutbah baginda pada Hari Tasyik sempena Haji Wada’, di mana baginda bersabda: Maka jika kalian bimbang sikap nusyuz mereka (isteri-isteri), maka menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. [Musnad Ahmad, no: 20695, sahih]
Dalam hadis di atas, Rasulullah menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh suami ke atas isteri yang dibimbangi nusyuz.
Ia sama seperti ayat 34 surah al-Nisa’, hanya bagi menambah agar pukulan tersebut bukanlah pukulan yang menyakitkan. Ada pun dakwaan bahawa perkataan dharaba bererti “pergi jauh”, ia merujuk kepada ayat berikut: Dan apabila kamu berpergian (dharaba) di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu menqasar solat(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu. [al-Nisa’ 4:101]
Perkataan dharaba dalam ayat di atas tetap bermaksud pukul. Ia digunakan dalam ayat di atas bagi mengisyaratkan perjalanan yang jauh (musafir), di mana seseorang itu perlu melakukannya dengan kekuatan dan keteguhan sehingga seolah-olah “kakinya memukul muka bumi”. Seandainya berjalan santai atau bersiar-siar dalam jarak yang dekat, ia tidak memerlukan kekuatan dan keteguhan. Syaikh Mutawalli Sya’rawi menjelaskan: “Kalimat memukul di bumi maksudnya adalah seorang mukmin melakukan perjalanan di muka bumi dengan keteguhan dan kekuatan.” [Tafsir Sya’rawi, jld. 3, ms.318]
Merujuk kepada kisah Rasulullah meninggalkan sebahagian isterinya selama sebulan, ia adalah kisah benar (Shahih Muslim, no: 2703) sehingga menyebabkan turunnya ayat 28-29 surah al-Ahzab. Akan tetapi Rasulullah tidak “pergi jauh” meninggalkan isteri-isteri baginda. Apa yang baginda lakukan ialah memulaukan mereka (baginda tetap di Madinah) dan ini selari dengan langkah kedua terhadap isteri yang nusyuz. Perhatikan bahawa memulaukan isteri di tempat tidur secara minimum ialah tidur dengan berpaling ke arah yang lain.
Namun ia boleh diluaskan kepada tidur di bilik yang lain atau tidak pulang ke rumah isteri, selari dengan kadar maslahat yang ingin dicapai di sebalik pemulauan tersebut. Benar bahawa Rasulullah tidak memukul isteri-isterinya. Ini kerana mereka kembali taat selepas dipulaukan sehingga tidak memerlukan kepada tahap memukul.
Merujuk kepada kebimbangan suami yang menzalimi isteri, percayalah bahawa suami tersebut melakukannya bukan berdasarkan ayat 34 surah al-Nisa’. Bahkan jika ditanya kepada mana-mana suami yang pernah menzalimi isteri mereka, nescaya mereka tidak mengetahui langsung berkenaan ayat 34 surah al-Nisa’, apatah lagi tafsirannya yang sebenar.
Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Mari beramai-ramai ambil peluang kita semarakan Hari Kemerdekaan kita dengan meluangkan masa selama satu jam membaca AL-QURAN serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan.
Ikuti kami di
World #QuranHour 11.00 pagi – 1 petang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dan
Merdeka #QuranHour 5.00 petang – 10.45 malam di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda takut gemuk tambah pula buat bakal pengantin menjadikan anda lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Ada juga yang mengatakan makan malam bakal menggemukkan diri. Jangan panik! Anda boleh mengatasinya dengan mengambil ‘makanan ringan’ yang lebih menyihatkan.
‘Makanan ringan’ yang sihat boleh menjadi kudapan penahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati! Jika anda tidak bijak memilih makanan, ia bakal menggagalkan diet. Bagi yang bakal naik pelamin, awas! Bimbang senget pula pelamin yang bakal anda duduk nanti.
Tiba masanya untuk anda mengambil langkah bijak dengan memilih ‘makanan ringan’ anda. Selain tidak menggemukkan, ‘makanan ringan’ pilihan ini dapat memberi sumber gizi untuk tubuh, selain menghindarkan masalah kegemukan yang melampau. Ini antara 11 ‘makanan ringan’ yang boleh anda ambil sebagai alas perut anda ketika berkeroncong.
1. Kacang-kacangan
Kacang badam kaya dengan sumber protein dan serat, manakala kacang edamame pula mengandungi 4 gram serat, 8 gram protein dan zat besi. Campurkan kedua-dua kacang ini boleh dijadikan makanan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, selain menjadi pilihan yang menyegarkan.
2. Puding rendah lemak
Buat sendiri puding dengan rasa kesukaan tersendiri yang kaya dengan serat tanpa tambahan susu dan gula berlebihan. Pasti menyihatkan!
3. Bertih jagung
Pilih bertih jagung mentah dengan label rendah lemak dan tanpa masukkan sebarang rasa. Masak bertih jagung dalam ketuhar bersama minyak tanpa menambahkan bahan karamel ataupun mentega. Kalau masih inginkan mentega, letak sedikit mentega tanpa lemak trans. Sekiranya suka pedas, anda boleh menambahkan sedikit serbuk cili. Ketahuilah bahawa bertih jagung tanpa tambahan mentega atau gula mengandungi serat tinggi yang sangat bermanfaat bagi pencernaan.
4. Biskut dan keju
Pilih biskut yang mengandungi biji-bijian utuh (seperti gandum utuh) dan rendah lemak. Anda boleh letakkan sedikit keju parut atau krim keju rendah lemak untuk penambah rasa yang sedap.
5. Bijirin
Ia boleh dijadikan pilihan makanan ringan sihat kerana bijirin kaya dengan serat dan rendah kadar gula. Makan bersama kismis untuk rasa yang lebih enak.
6. Yogurt dan buah
Pilih yogurt tanpa rasa dan makan dengan potongan buah-buahan. Makanan ringan ini dapat menjadi sumber kalsium yang lazat dan kaya dengan manfaat. Anda juga boleh mencampurkan bahan-bahan sihat lain seperti biji bunga matahari.
7. Sayur-sayuran
Tidak hanya menjadi makanan utama, sayur juga dapat menjadi makanan ringan. Anda boleh masak secara kukus dan potong dalam bentuk kecil atau hirisan paprika sebagai makanan kudapan.
8. Roti panggang bersama tomato dan keju
Panggang dua keping roti tawar daripada biji-bijian (misalnya gandum). Isi dengan tomato yang dipotong dadu dan keju parut rendah lemak. Boleh juga ditambah dengan bawang bombay yang dicincang.
9. Salmon gulung keju
Sediakan empat keping ikan salmon. Lapisi dengan krim keju rendah lemak dan kemudian gulung.
10. Smoothies/milkshake pisang
Smoothies dan milkshake dikategorikan sebagai minuman sekali gus makanan ringan kerana teksturnya yang lebih kental daripada jus dan minuman lain pada umumnya. Anda boleh mengisar pisang bersama susu rendah lemak. Jika suka, tambahkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Selain mengenyangkan, milkshake ini memberi anda tenaga.
11. Aiskrim
Aiskrim memang tidak tepat untuk dijadikan makanan ringan setiap hari. Walau bagaimanapun jika anda memilih aiskrim rendah lemak, ia boleh menjadi pilihan yang tepat dan menyenangkan terutamanya jika anda menikmatina di siang hari yang panas.
KRITERIA PILIH PRODUK MAKANAN
Jika anda tidak punya cukup waktu untuk membuat ‘makanan ringan’ dan hanya ingin membelinya di pasar raya, setidaknya pilihlah produk makanan dengan kriteria sebagai berikut.
1. Mengandungi biji-bijian asli yang kaya dengan serat, nutrisi dan protein.
2. Mempunyai kadar kalori yang mencukupi tapi tidak terlalu banyak.
3. Mempunyai label rendah lemak dan rendah gula.
TIP ELAK PERUT LAPAR
1. Lengkapkan standard makanan yang sihat di dapur rumah atau di laci pejabat dengan yogurt, susu, keju rendah lemak dan biskut yang kaya dengan serat. Bahan-bahan ini dapat dipadukan dengan mudah menggunakan buah-buahan sebagai ‘makanan ringan’ yang menyihatkan.
2. Akhir sekali, sentiasa menyediakan air minuman (air putih) di meja pejabat kerana perut anda sebenarnya tidak selalu inginkan ‘makanan ringan’ melainkan memerlukan cukup air putih saja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...