PKP ternyata menyerlahkan bakat anda sebagai seorang chef. Mana tidaknya, apa sahaja resipi yang sedang viral di laman sosial pasti akan dicuba. Sebenarnya seronok kan bila dapat masak pelbagai hidangan buat suami dan anak-anak?

Kali ini, kami ingin berkongsi resipi ringkas aiskrim homemade yang mampu menambat hati suami dan anak-anak anda. Jika anda penggemar aiskrim, wajib untuk anda cuba resipi ini. Dah tak perlu beli di kedai, boleh buat sendiri di rumah. Lebih puas hati.

Resipi ini dikongsi oleh Eyta Mazlie menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN) di Facebook. Jom kita lihat resipinya.

IKLAN

Aiskrim Homemade Dengan Resipi Paling Mudah. Suami Mesti Suka!

IKLAN

Bahan-bahan:

1 tin susu cair/susu kotak (saya guna susu tepung anak dibancuh dengan setin air masak)
¼ tin susu pekat @ ikut kemanisan
1 penutup esen vanila
1 sb ovallet (saya lebihkan 2 sudu besar)

IKLAN

Cara membuat:

  • Mix semua bahan sampai gebu
  • Masuk dalam bekas
  • Bekukan dalam freezer

Aiskrim Homemade Dengan Resipi Paling Mudah. Suami Mesti Suka!

Nota:

  • Kalau nak buat banyak, gandakan sahaja bahan-bahan.
  • Ini base untuk aiskrim vanila. Kalau suka perisa lain boleh letak apa-apa perisa yang anda suka.
  • Untuk aiskrim ni, saya warnakan untuk nampak lebih menarik.
  • Saya guna susu Everyday, jadi orang dewasa pun boleh minum. Nak lebih sedap gunakan susu kotak fullcream@lowfat. Tapi PKP ni kita guna bahan apa ada kat dapur saja.
  • Sebaiknya buat waktu malam supaya esok boleh terus makan.

Sumber: Eyta Mazlie via Masak Apa Hari Ni… (MAHN)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI