Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baik daripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai suami isteri menjadi kewajipan suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama, selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sebagai senjata untuk miliki rumah tangga bahagia.
Suami isteri yang sedang berdepan dengan masalah elok menjadikan wirid dan doa Al-Mathurat ini sebagai amalan di waktu pagi dan petang. Bahkan banyak ganjaran untuk rumah tangga yang anda berdua boleh peroleh dengan mengamalkan Al-Mathurat. Pasti selepas anda sudah mengetahui ganjarannya, anda akan rasa sayang untuk meninggalkannya walaupun satu doa.
KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MATHURAT
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya dengan apa yang sangat diperlukan dari segi urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Diredhai Allah SWT.
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Membacanya di waktu pagi akan dipelihara Allah SWT hingga ke petang. Siapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dari sudut zikir dan berdoa, dan pelbagai lagi kelebihan.
AMALAN SUAMI ISTERI
Jika anda berada di sebelah suami yang sedang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali sehingga habis sebagaimana yang terkandung dalam buku Al Mathurat.
Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti terutamanya ketika membaca sebelah pagi atau petang. Ada beberapa bahagian ayat perlu diubah mengikut masa membacanya. (boleh rujuk buku Al Mathurat)
Ads
Sebaiknya, bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana ingin cepat, kita mengelak daripada membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini sahaja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.
Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, selain mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.
Agar hidup yang baharu dibina diberkati dan dilindungi, cuba ikhtiar dengan pendekatan Islam. Nescaya kehidupan sebagai suami dan isteri akan mendapat rahmat juga keberkatan daripada Allah SWT.
DOA AKHIR
“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para du‘at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku. Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah Ya Allah ikatannya.
Ads
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
* Ketika membaca doa ini, niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa menyebut namanya.
Ads
PENGERTIAN AL-MATHURAT
1. Al-Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih. Rasulullah SAW adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperoleh daripada amalan doa dan wirid ini.
2. Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.
3. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi, memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
4. Bagi seorang Muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Di kala pagi dan petang, dia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal daripada Nabi SAW).
5. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Mathurat, anda akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al-Mathurat. Begitulah kekuatan doa dan wirid dalam Al-Mathurat yang dianggap senjata orang mukmin.
Sumber: Iluvislam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah rambut gugur memang selalu dialami oleh wanita yang berambut panjang. Kadang kala menggunakan shampoo sahaja tidak mampu menguatkan akar rambut. Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh cuba satu cara semulajadi yang pernah dilakukan oleh orang-orang zaman dahulu.
Bagi sesetengah wanita pula, masalah keguguran rambut menjadi lebih ketara selepas bersalin sehingga ada kalanya rambut menjadi terlalu nipis dan mencacatkan penampilan.
Santan bukan saja boleh digunakan dalam masakan harian, namun pada masa sama ia mempunyai banyak manfaat dan keistimewaan khusus untuk rambut.
Santan mengandungi protein dan zat besi yang bermanfaat dalam kesihatan, penggunaan santan antara kaedah terbaik yang mampu membantu dalam usaha mendapatkan rambut sihat serta cantik bersinar.
Antara Kebaikan Santan Untuk Rambut
Mencegah rambut kusut
Menggunakan santan sebelum diratakan ke seluruh rambut dan balutkan rambut anda dalam tempoh satu jam. Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya sekali seminggu dan anda pasti tersenyum melihat hasilnya yang membuatkan rambut anda tidak kusut.
Meningkatkan pertumbuhan rambut
Santan kelapa mengandungi lemak pati dan vitamin E yang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut serta menjadikan rambut lebih cantik. Campurkan santan bersama minyak zaitun sebelum diratakan ke seluruh rambut selepas menggunakan syampu, hasilnya memukau dan mampu mengelak masalah rambut gugur.
Mencegah kulit kepala kering
Kulit kepala kering dan bersisik tidak hanya menyebabkan masalah kelemumur, tetapi juga menyebabkan rambut rosak. Santan juga boleh dijadikan pelembap yang mempunyai lemak dan mampu membantu memperbaiki keadaan kulit kepala.
Mengatasi kerosakan rambut
Sinaran matahari dan kualiti udara turut menyebabkan rambut dan kulit kepala menjadi rosak. Lumurkan santan pada kepala menjadikan rambut lebih kuat dan tidak mudah putus.
Membuat rambut berkilau
Menambah madu pada santan dan dilumurkan pada rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu membuatkan rambut cantik berkilau dan sihat dari luar dan dalam.
SUMBER : PETIKAN bukanaku.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baginya komunikasi adalah asas dalam rumahtangga. Jadi balik je dari kerja lepas settle anak-anak, masak, basuh bajuh apa semua, cuba audit diri kita Bersama. Berhenti menyalahkan pasangan walau apa pun puncanya. Nak ubah sesuatu terutama kebahagiaan dan kewangan keluarga kita perlu bermula dari kita sendiri, bukan dengan melihat kelemahan orang. Ini perkongsian Mizan Dzai ;
Sering bergaduh
Bergaduh sesama suami isteri lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, itulah asbab rezeki disekat.
Merungut dan merasa anak adalah beban
Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana anak adalah rezeki Allah. Ibu bapa perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan merasa terbeban.
Mengeluh dengan apa yang dimiliki
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyyukur dengan apa yang ada tidak kira banyak atau sedikit. Syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
Lokek dengan pasangan dan anak-anak
Jangan berkira-kira mempermudahkan hal yang baik untuk keluarga. Perlu ada tolak ansur sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi Bersama.
Gagal mengawal emosi marah
Jangan tinggikan suara. Sebutkan kata-kata yang baik bila Bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buang cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan zahirkan layanan yang penuh mesra.
Kurang sabar
Bersabar dalam menangani kerenah suami, isteri dan anak-anak. Kadangkala ada sesuatu perkara yang kita tidak berkenan. Namun, carilah penyelesaian secara baik.
Kurang berdoa dan bertaqwa
Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak.ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.
Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.Perjalanan mencari syurga buat seorang isteri…
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
– Hadis Riwayat Ahmad.
4 syarat utama buat seorang isteri utk masuk ke syurga pilihannya ialah :
1 – Solat Lima Waktu…
2 – Puasa Di Bulan Ramadan…
3 – Menjaga Harga Diri…
4 – Taat Perintah Suami…
3 syarat utama untuk melayakkan isteri masuk syurga tu tak susah utk dipenuhi, tapi syarat ke 4…?
Ianya bergantung kpd siapa yg menjadi suaminya…
Adakah si suami memudahkan urusan si isteri utk taat? Atau menyukarkan isteri utk taat…?
Suami tak solat, isteri kena taat…suami tak puasa, isteri kena taat…suami culas bab nafkah serta tanggungjawab, isteri kena taat…suami pemalas, isteri kena taat…
Selagi suami tak suruh berbuat jahat, tak suruh melakukan perkara yg dilarang agama, tak suruh menyekutukan Allah s.w.t…
Tapi, isteri susah nak taat dan hormat pada suami yg tak memenuhi hak2 seorang isteri dan tak menjalankan perintah2 Allah s.w.t…ketaatan itu adakalanya dibuat dlm keterpaksaan disebabkan,
Rasa tidak puas hati dan tidak senang hati utk menurut perintah suami kerana suami tidak menunjukkan contoh2 yg baik sebagai seorang ketua keluarga…
Selagi masih bergelar isteri, walaupun dikurniakan dgn pasangan yg berbentuk ujian, ketaatan itu perlu ada dlm hubungan berkenaan selagi anda memegang status isteri dan dia suami…
Ini utk melengkapkan syarat ke 4 yg membolehkan anda memasuki syurga pilihan anda sendiri…bersabar dan bertabah lah duhai si isteri yg di uji…
Syurga tempat rehat utk kalian smua…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!