Ads

Kenal Sejak Sekolah, Anak Sulung Linda Rafar Selamat Bertunang Dengan Pilihan Hati

Daripada perkenalan di bangku sekolah, kini mengikat janji untuk melangkah ke fasa seterusnya. Anak sulung pelakon dan penyanyi Linda Rafar, Rezaril Keiflin, selamat bertunang dengan wanita pilihan hatinya, Nur Izzati Syafiqah, pada 15 Oktober 2026.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Habib Landmark, Kuala Lumpur itu tampil manis dengan pilihan rona merah jambu, menyerlahkan suasana romantis buat pasangan yang mesra disapa Aril dan Ika. Keserasian busana pasangan, gubahan bunga serta perincian dekorasi menjadikan majlis tersebut cukup indah untuk dikenang.

Di sebalik majlis pertunangan ini, tersimpan kisah perkenalan yang bermula sejak zaman persekolahan. Menerusi perkongsian kepada media yang hadir, Aril dan Ika sudah saling mengenali ketika masih di bangku sekolah. Namun, selepas tamat persekolahan, kedua-duanya membawa haluan masing-masing.

Mereka kemudian bertemu semula apabila masing-masing sudah berkerjaya. Pertemuan kembali itu membuka lembaran baharu dalam hubungan mereka, sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Ads

Pilihan tema merah jambu menjadi antara tarikan majlis pertunangan Aril dan Ika. Rona lembut itu diterapkan pada busana pasangan, selain turut mewarnai penampilan ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

Ika kelihatan anggun dalam persalinan merah jambu dengan perincian hiasan pada bahagian hadapan serta layahan kain yang melengkapkan penampilannya. Aril pula tampil sedondon meggayakan kurta berona merah jambu lembut.

Dekorasi ruang majlis turut mencuri perhatian menerusi susunan bunga dalam pelbagai tona merah jambu, diselang-seli dedaun hijau. Latar draping berwarna krim dan sofa putih memberikan sentuhan lembut, sekali gus menyerlahkan keindahan gubahan bunga.

Ads

Papan alu-aluan yang tertera nama Aril dan Ika melengkapkan dekorasi, menyambut kehadiran tetamu dalam suasana penuh kemanisan. Sentuhan dekorasi tersebut merupakan hasil kreativiti Cairana Weddings, manakala perjalanan majlis pertunangan dikendalikan oleh koordinator, The Majlis.

Buat seorang ibu, pertunangan anak pastinya membawa makna tersendiri. Pada usia Aril yang kini 26 tahun, Linda percaya anak sulungnya itu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami serta mengemudi keluarganya sendiri kelak.

Ads

Antara momen yang turut dirakamkan ialah ketika Ika menunduk mencium tangan Linda, melengkapkan kenangan manis majlis pertunangan tersebut.

Daripada teman sekolah kepada pasangan bertunang, perjalanan Aril dan Ika kini memasuki bab baharu. Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan menuju hari bahagia dan ikatan yang dibina terus dipelihara dengan kasih sayang serta saling menghormati.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Puteri Indonesia Berbakat 2022 Angelia Rizky Selamat Bertunang Dengan Jejaka Singapura

Anggun dalam persalinan kebaya rona coklat cair, Angelia Rizky melangkah ke fasa baharu dalam hubungan cintanya apabila selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati dari...