Pre-diabetes & diabetes telah mempengaruhi setengah masyarakat di Malaysia yang tinggal di bandar. Jika anda salah seorang daripada mereka yang ada diabetes atau pun pre-diabetes, teruskan membaca.
1. Pre-Diabetes Banyak Nama
Anda mungkin pernah mendengar doctor anda cakap pre-diabetes sebagai hyperglycemia ( terlebih glukos dalam darah ) ataupun insulin resistance syndrome ( badan tidak memberi respon kepada insulin yang terhasil). Jadi, jika doctor cakap anda pre-diabetes, bermaksud tahap gula dalam darah anda lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk mencategorikan sebagai diabetes type 2. Jika tidak dirawat, prediabetic boleh bertukar kepada type 2 diabetes dalam masa lebih kurang 10 tahun.
2. Diagnose Diabetes?
Ada dua cara doktor anda akan mengesan dan diagnose diabetes. Pertama, puasa. Doktor akan check kadar gula dalam darah selepas berpuasa 12 jam tanpa makan dan hanya dibenarkan minum air kosong. Jika result ujian anda dalam lingkungan 100-125mg/dL, bermaksud anda Pre-diabetic. Jika lebih daripada 125mg/dL, anda ada diabetes.
IKLAN
Cara kedua adalah dengan mengukur hemoglobin A-1 C levels, yang akan memberikan purata kadar gula dalam darah untuk 90 hari yang lepas.Jika A-1 C level anda adalah diantara 5.7 ke 6.4 anda pre-diabetes dan mengubah cara dan gaya hidup adalah diperlukan untuk reverse diagnosis ini.Jika A-1 C level anda 6.5 keatas, anda mempunyai diabetes. Dapatkan rawatan segera.
3. Kuncinya adalah…….. Weightloss
Weight-loss adalah cara termudah untuk memperlahankan progress of pre-diabetes kepada diabetes. Target pesakit diabetes adalah untuk maintain BMI kurang daripada 25. Tapi kalau dapat weightloss slow-slow pun akan membantu. Mengikut satu kajian, pesakit yang mempunyai prediabetes dan telah kurangkan 5%-7% berat badan mereka telah mengurangkan risiko diabetes sehingga 58%!!!! Amazing kan???
IKLAN
4. Kunci Weightloss, Diet Betul-Betul
Gaya hidup dan diet yang sihat pula membantu weightloss dan mengawal kadar gula dalam darah. Kurangkan makan simple carbs, bermaksud, jangan makan apa-apa yang ada tepung, nasi, kentang, gula putih, madu, dan beberapa jenis buah yang tinggi dengan gula seperti anggur, pisang, mangga, epal, nenas, pear, kiwi fruit dan banyak lagi. Jangan makan makanan yang bergoreng, processed meat, dan lemak daging. Cakap senanglaa kan?
IKLAN
5. Exercise, Jangan Malas!
Exercise membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. 30 min sehari exercise cardiovascular selama 5 hari seminggu mencukupi. Jangan risau jika anda bukan kaki gym, exercise seperti berjalan dan membuatkan jantung anda berdegup laju pun dah cukup. Muscle anda memerlukan glukos yg merupak gula dalam darah anda. Jika anda exercise berterusan, ia dapat merendahkan kadar gula dalam darah anda. Ia juga membuatkan insulin dalam badan anda berfungsi dengan lebih bagus. Jadi banyakkan bergerak dan jangan dok melepak sahaja!!!!
Menunggu saat untuk disatukan dengan pasangan adalah momen yang dinantikan buat sesiapa pun. Tentukan si gadis mahu bersolek rapi agar tampil menonjol di hari penuh bersejarah. Buat pengantin yang berhijab pastikan anda berdandan sebijaknya dengan memilih rekaan gaun perkahwinan yang sesuai dengan penampilan dan sempurna dipadankan dengan hijabnya.
Manfaat tip berikut untuk menentukan hijab yang sesuai dikenakan pada majlis berbahagia anda, yang penting ia tidak mencacatkan penampilan.
1. Tidak Jarang
Bagi wanita berhijab, rambut merupakan mahkota yang tidak boleh dilihatkan oleh orang lain yang bukan muhrim, sehingga sangat penting untuk memilih bahan hijab yang tidak telus pandang. Bahan yang ringan bukan bermaksud telus pandang ye. Walau mahu bergaya, aurat menjadi keutamaan.
2. Lembut
Hal lain yang perlu dipertimbangankan adalah memilih bahan hijab yang lembut, tidak licin dan tidak kasar. Hijab yang lembut tentu akan membuat penggunanya merasa selesa. Pastikan yang benar-benar selesa dengan anda, tidak mudaratkan anda jangan pula tiba-tiba diserang sakit kepala kerana dilanda kepanasan.
3. Ringan & Tidak Terlalu Tebal
Pilihlah bahan yang memiliki tekstur ringan dan tidak terlalu tebal agar tidak berat ketika dikenakan. Bahan yang ringan juga memungkinkan udara untuk dapat keluar masuk dengan mudah sehingga kulit kepala dan rambut tetap terasa segar meski tertutup hijab. Pilih juga bahan yang mudah menyerap peluh, tidaklah mengeluarkan bau yang kurang enak pula nanti.
kredit mekap: helmy sharip
4. Pertimbangkan Motif
Jika anda inginkan hijab yang memiliki beberapa motif, pilihlah motif yang sama pada dua sisi hujung hijabnya, agar memudahkan ketika digayakan nanti.
5. Fabrik Hijab Yang Sesuai
Ada banyak bahan yang dapat dipilih untuk hijab sehari-hari, namun untuk hari istimewa, pilihlah bahan terbaik yang akan membuat anda tampil cantik dan selesa. Berikut beberapa bahan fabrik yang boleh menjadi pilihan:
6. Sifon
Jenis tudung ini dibuat dari bahan dasar sutra, kapas dan serat sintesis. Ciri-ciri bahan ini memiliki sifat yang licin, tipis dan tidak panas. Kelebihannya, bahan ini sangat ringan dan mudah diolah ke pelbagai bentuk. Bahan sifon dapat memberikan kesan elegan pada pemakainya.
7. Hycon
Bahan ini mirip dengan dengan sifon namun lebih lembut dan tidak terlalu licin. Hycon memiliki serat kain yang lebih rapat dibanding kain paris kw1, lebih halus, bahannya pun jatuh dan tidak mengembang.
8. Spandek
Diperbuat daripada unsur non alami, bahan spandek sangat halus, lembut dan selesa, namun harganya agak mahal. Beberapa kain bahan spandek kebanyakannya sangat elastik dan mudah untuk dibentuk. Hijab dengan bahan spandek yang berkualiti mampu menyerap peluh dengan baik, sehingga akan rasa selesa dikenakan walaupun ketika cuaca panas.
9. Jersi
Ini merupakan jenis kain cotton stretch yang halus dan lebih tebal dari spandek rayon. Kainnya fleksibel, elastik, ringan dan tidak berbulu, sehingga sangat selesa. Sangat sesuai untuk anda yang berwajah tirus kerana akan membuat pemakainya kelihatan lebih berisi.
Kini semakin ramai isteri yang tidak tahu menjaga maruah suami. Ada antaranya sanggup menceritakan segala masalah rumah tangga sama ada melalui laman sosial atau ketika berbual-bual. Semua perkara yang sepatutnya menjadi rahsia suami isteri sudah menjadi pengetahuan umum. Isteri seumpama ini tak tahu hukum-hakam agama atau dia sengaja berbuat demikian untuk memalukan suaminya.
Kalau hendak bergaduh suami isteri atau ada masalah rumah tangga selesaikan secara berhemah bukannya cerita kat semua orang. Tahulah perempuan ini emosional tetapi biarlah bertempat. Tak ada faedah pun hendak mengaibkan suami sendiri kerana ia hanya mendatangkan dosa. Selain berkaitan masalah, ada pula perempuan yang buat sesuka hati walaupun sudah menjadi isteri orang. Kalau dia tu kaki mengumpat sampai beranak pinak pun perangai tu tak boleh nak ubah, satu taman perumahan dia nak ambil tahu.
Kadang kala dia bawa cerita fasal suami dia dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri, tetapi orang pun tahu sejauh mana kehebatan atau kemampuan suaminya. Malah ada pula yang memalukan suami apabila bangga tak bertempat dengan menceritakan bagaimana dia bergaduh dengan mak mentua.
Perempuan yang bergaduh dengan mak mentua ni ada masalah mental. Tak kiralah apa pun mak mentua kita buat, sepatutnya kita bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Tahulah tak semua mak mentua baik, tetapi kadang kala mak mentua baik pun, ada pula menantu macam hantu. Perempuan yang suka cerita dia bergaduh dengan mak mentua ni tak faham ke dosa pahala.
Apa yang paling kami simpati orang akan anggap suami dia tidak ada maruah kerana biarkan si isteri bergaduh dengan maknya. Kami hanya cerita beberapa kes sebagai contoh tetapi kami percaya banyak lagi perangai pelik yang dilakukan oleh perempuan yang tanpa mereka sedari telah mencemarkan maruah suami mereka.
Perempuan yang bergelar isteri orang sepatutnya berhati-hati, tidak kira setinggi mana pun jawatan yang mereka sandang. Begitu juga kalau mereka sekadar menjadi suri rumah, dalam situasi apa pun di mana sahaja, mereka mesti menjaga maruah suami hatta atas ranjang sekali pun. Kalau tidak tahu hendak menjaga maruah suami, baik jangan kahwin, bujanglah sampai akhir hayat senang begitu, dosa pun tak buat. Ini tidak bila dah kahwin perangai tak mahu berubah, pakai baju masih macam gadis terdedah sana terdedah sini, mulut tak ubah dari mulut longkang jadi pula mulut `kolam kumbahan', apa saja dia rasa nak cakap dia cakap. Perempuan macam ini hanya memalukan si suaminya sahaja.
Kami akui kadang kala perempuan jadi macam tu sebab si suami tak berani nak tegur. Suami ni malas nak bising-bising, takut nanti si isteri naik hantu menjerit-jerit habis satu kampung dengar. Lagi pun lelaki ni tak macam perempuan, nak bercakap 24 jam sehingga dalam tidur pun boleh bercakap. Lelaki lebih suka selesai masalah dengan cara berhemah dan bukannya dengan memecah barang di rumah!
Mintalah kepada perempuan-perempuan supaya berusahalah untuk menjadi isteri yang baik tidak kira di mana pun kita berada termasuklah di pejabat. Kalau mereka berperangai buruk, yang akan menerima tempiasnya ialah suami mereka, orang akan terfikir siapalah lelaki malang yang menjadi suami perempuan itu. Dah pasti mana-mana perempuan tidak mahu pandangan seumpama ini wujud.
PS : Jadi kami harap agar semua isteru supaya selain pandai menjaga maruah suami, jagalah juga tingkah laku.
Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka yang keras terutama suami, anak-anak dan orang tersayang adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. serta berdoa semoga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha).
.
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.
KAEDAH PERTAMA
Mengikut aturannya, bacalah
Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21
Maksudnya : “Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.”
Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.
Maksudnya :
“Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.”
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid” “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
.
KAEDAH KEDUA
Kaedah dengan cara zikir dan doa pelembut hati .
Zikir dan Doa Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati isterinya menjadi lembut.
Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : “Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir ”
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .
Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak 7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)
Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Hembus dimuka suami dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.
(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)
{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada perubahan dan kesannya.}
KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)
Maksudnya: “Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan.”
KAEDAH KELIMA
Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :
“Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :
“Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran.”
.
KAEDAH KEENAM
Doa untuk melembutkan hati anak
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19′
Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri
ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati
Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah
iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)
iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
.
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman, sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
“Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku.”
Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
“Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku”
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)
Sahabat yang dimuliakan
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.
Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.
Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita..
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.