Tidak ada sesiapa pun mahukan rumah tangga yang dibina runtuh di tengah jalan. Jika boleh, masing-masing mahukan perkahwinan bersama insan tercinta berkekalan hingga ke hujung nafas.
Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, ada pasangan suami isteri yang mengambil jalan untuk berpisah lantaran tidak sehaluan lagi. Namun seboleh mungkin, biarlah sesebuah perkahwinan yang dilanda masalah itu diselamatkan.
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu meneruskan lagi inisiatif menangani masalah penceraian dengan membawa sebanyak 40 pasangan suami isteri yang mengalami masalah rumah tangga untuk berbulan madu kali kedua atau ‘second honeymoon’.
Ads
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, kebanyakan pasangan suami isteri yang dipilih itu terdiri dalam kalangan mereka yang telah mendirikan rumah tangga antara lima hingga enam tahun.
Menurutnya, pasangan berkenaan akan dibawa menyertai program tersebut secara berperingkat selama tiga hari dua malam di lokasi menarik di negeri ini.
Ads
“Pasangan tersebut akan diberikan motivasi untuk menjalinkan semula hubungan kasih sayang antara mereka sepanjang tempoh bulan madu tersebut.
“Setakat ini, hasil daripada program-program yang dijalankan sebelum ini terutama pada tahun lalu menunjukkan lebih 60 peratus pasangan yang telah menyertai program itu membatalkan hasrat mereka untuk bercerai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Terengganu For Turkiye di Masjid Rusila.
Sebelum ini, media melaporkan bilangan ibu tunggal di Terengganu meningkat hampir 10,000 orang dalam tempoh tiga tahun menjadikan keseluruhan golongan itu yang direkodkan seramai 43,471 orang pada tahun 2020.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor, statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah yang direkodkan seramai 35,000 orang pada 2018.
Ads
Jelas Zuraida, bagi mengekang peningkatan bilangan ibu tunggal, kerajaan negeri mengambil dua langkah iaitu mencegah dan memulihkan di samping menjaga kebajikan serta memberi perlindungan kepada golongan tersebut.
Pernahkah anda membayangkan dalam fikiran bahawa makanan yang diambil setiap hari mungkin mengandungi bahan toksik? Arsenik ditemui dalam produk bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan laut terutamanya beras.
Arsenik ialah sejenis unsur kimia dengan simbol As, nombor atom 33 dan jisim atom relatif 74.92. Unsur metaloid ini digunakan untuk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik dan sebagainya.
Kesan toksik arsenik biasanya muncul apabila tubuh terdedah kepada racun ini dalam dos yang tinggi. Dalam jangka pendek atau panjang, pendedahan kepada arsenik boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Berikut perkongsian bermanfaat daripada Dr Mazliana Mazlan tentang teknik memasak nasi bagi mengurangkan kandungan arsenik di dalam nasi yang kita makan. Semoga bermanfaat untuk semua.
Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi. Arsenik ini sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Dalam beras, hampir 10 hingga 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada juga yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.
Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Kita makan nasi hari-hari. Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.
Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza. Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.
Dikongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih – Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh. – Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali. – Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.
2. Rendam beras – Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali. – Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak – Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa. – Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50peratus tau. – Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak – Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi. – Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.
Dalam gambar langkah demi langkah, ini cara saya memasak nasi setiap hari, untuk kurangkan kandungan arsenik sebanyak mungkin. Anda boleh tengok betapa keruhnya air kanji dan arsenik selepas nasi dimasak.
Dengan cara masak macam ini juga, kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).
Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat satu je pun, cukup syukur dah kan. Kadang-kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Takpe, basuh je sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.
Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, InsyaAllah.
Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nabil Jeffri yang merupakan pelumba kereta Formula 3 dalam sebuah majlis tertutup, hari ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri Raysha, 27, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
“Alhamdulillah. I am officially engaged,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Raysha yang juga adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose turut berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangannya di Instagram Story.
Difahamkan hubungan rapat Raysha dan kekasihnya, Nabil sudah terjalin sejak mereka di alam persekolahan. Malah, katanya hubungan itu juga diketahui keluarga serta kenalan rapat yang mengenali mereka.
Pun begitu, kisah cinta Raysha mula menjadi perhatian terutama di kalangan warga maya selepas perkahwinan kakaknya, pelakon Uqasha Senrose dan suami juga pelakon, Kamal Adli diumumkan selepas sebulan bergelar suami isteri.
Perkongsian Raysha mengenai majlis pertunangannya mendapat perhatian warga maya dan juga rakan-rakan artis.
Berikut antara komen-komen di kalangan rakan-rakan artis:
Ramai para suami walaupun tidak semua lupa tentang keperluan menjaga emosi isteri tanpa sedar. Menjadi tugas suami untuk menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan untuk semua ahli keluarganya.
Sebagai suami, anda perlu memahami tujuan perkahwinan menjurus kepada perkongsian melaksanakan amanah untuk hidup bahagia dan membahagiakan satu sama lain.
Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta pada masa sama bekerja bagi meringankan beban kewangan suami bukanlah semudah yang disangka.
Dalam keadaan beginilah seorang isteri itu perlukan sokongan daripada pihak suami. Ketahuilah bahawa apabila seorang wanita itu mengambil keputusan untuk berkahwin maka seluruh hidupnya diserahkan sepenuh pada suami dan keluarga.
Berikut perkongsian Muhammad Hassan betapa penting suami mengambil berat soal emosi seorang isteri.
Kita rasakan cukuplah beri nafkah pakaian, tempat tinggal, makan minum dia, keperluan harian dia. Done. Kita suami kadang-kadang terlepas pandang tentang EMOSI isteri.
Betullah ada saya baca. Kesunyian wanita ketika alam perkahwinan lebih menderita berbanding kesunyian ketika dialam anak dara.
Lihat. Rasulullah SAW cukup peka tentang emosi isteri. Cukup Rasulullah SAW jaga. Terlalu banyak kisah Rasulullah SAW menitik beratkan emosi isteri dan wanita.
Nabi SAW teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang, bahagia saat isteri bersama baginda SAW, bahkan Nabi SAW melarang kita untuk memukul wajah, mengherdik isteri.
Lihatlah cinta Nabi SAW terhadap khadijah RHA Setelah 3 tahun wafatnya Khadijah RHA barulah Nabi SAW berkahwin dengan Saudah RHA dan seterusnya Aisyah RHA dan lain-lain.
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga si dia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama.
Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita,betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah.
Bang,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa(Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu, seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka, tiada lagi reunion bersama rakan perempuan, sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit.
Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung, bahkan kadang-kadang setahun sekali dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini semua untuk kita para suami.
Kadang-kadang merekalah doktor, misi, merekalah cikgu, merekalah ustazah, merekalah chef, merekalah security untuk anak-anak.
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap masa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya wanita diciptakan Allah cantik pada pandangan mata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk ‘bersedapan’ sahaja, bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah.
Boleh jadi perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.
Perbaiki niat kita,kahwin untuk dapat redha Allah,untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.